Kecoh Perikatan Nasional buat naratif kata PMX salah tentang hutang peneroka FELDA.
InsyaAllah yg ni akan mudahkan semua utk faham cerita sebenar.
Tulisan ni aku kreditkan kepada sdr Ashraf di Twitter @aashrafz_ dan sdr Sulong Jamil, Ketua Peneroka Kebangsaan FELDA.
(THREAD)
Saudara Sulong berjuang utk hapuskan hutang peneroka. Sbb apa? Dah 15 tahun FELDA tak keluarkan penyata hutang kpd peneroka.
Ada hutang yg tak patut, salah satu contoh, sepatutnya membaja 5 kali setahun, tapi FELDA cuma buat 2 kali. Yang jd masalah, FELDA caj macam 5 kali.
Jadi, banyak rungutan dari peneroka. Sebab tu depa berjuang untuk hapuskan hutang peneroka.
Fast forward, zaman Muhyiddin Yassin, FELDA bersetuju untuk hapuskan hutang peneroka sehingga tahun 2019.
Ok, kat sini nak kena faham betul-betul.
Selama ini, antara hasil kewangan FELDA adalah pembayaran hutang dari peneroka. Tiba2 hutang dah terhapus. Banyaklah sumber kewangan FELDA hilang.
Bila tak cukup kutip duit, macam mana FELDA nak bayar hutang depa kat Maybank dan KWSP? Jumlah hutang FELDA adalah RM8 billion.
Kat sini lah di mana Pelan Pemulihan FELDA melalui sukuk(bon) berlaku.
Sukuk yang dijamin Kerajaan berjumlah RM9.9 billion akan diterbitkan.
RM9.9 billion tu akan digunakan untuk setelkan sebahagian hutang FELDA dan juga supaya FELDA dapat beli saham FGV Holdings.
Sukuk tu apa dia pulak? Nak mudah faham, tu duit yang dipinjam FELDA dari pelabur.
Bila pinjam duit, mestila kena bayar balik, kan? Prinsipal sukuk tu nak kena bayar balik RM990 juta setahun untuk tempoh 10 tahun.
Jumlah pinjaman RM9.9 billion ni cuma prinsipal, atau pokok. Kalau campur keuntungan yang dianggarkan kepada pelabur, mesti lebih tinggi dari tu.
Masalahnya, kan FELDA tak cukup duit, macam mana nak bayar balik tu?
Jadi, dalam Pelan Pemulihan FELDA tu, yg aku kotakkan merah, Kerajaan Muhyiddin setuju secara dasar utk beri suntikan geran tahunan berjumlah RM990 juta setahun, selama 10 tahun.
Bayaran keuntungan utk pelabur sukuk adalah dari hasil FELDA sendiri.
Tapi, ada something fishy.
Ha. Kat sini la yang Muhyiddin tak pernah buat walau dah ada dlm pelan pemulihan. Muhyiddin tak pernah buat perjanjian supaya Kerajaan suntik geran tahunan RM990 juta setahun tu.
2021 dia tak buat agreement. 2022 pun sama tak buat. Dua tahun tak pernah bagi geran kpd FELDA.
Bayaran prinsipal sukuk yang pertama adalah pada tahun 2023, selepas PMX yang sign.
Apa jadi kalau kita tak bayar loan? Bank akan ligan kita la kan? Silap-silap tinggal spenda ja, harta habis kena lelong.
Sama jugak kes ni. Mana FELDA nak cekau duit RM990 juta setahun untuk bayar prinsipal sukuk tu? Banyak lagi tanggungan lain seperti operasi FELDA.
Kerajaan Muhyiddin dah cakap nak bagi geran. Tapi dua tahun, tak pernah bagi.
FELDA pulak dalam proses pemulihan. Hutang peneroka dah dihapuskan. Sumber kewangan tahunan depa tak cukup pun.
Kalau PMX tak sign geran tahunan di masa FELDA baru cuba bertatih kembali, apa akan jadi?
Kalau FELDA tak mampu bayar prinsipal tahunan sukuk tu, apa akan jadi?
Tentu pelan pemulihan FELDA gagal. Masalah kpd peneroka akan bertambah parah.
Kenapa Muhyiddin tak sign geran tahunan tu? Tu kena tanya dia lah.
Yang pasti, melalui bukti yang PMX sertakan, geran tahunan RM990 juta utk bayar prinsipal tahunan sukuk tu bermula zaman PMX.
Konklusinya,
Hutang peneroka kepada FELDA sebenarnya bersamaan sebahagian hutang FELDA kepada bank.
Apa yg Muhyiddin buat, ibarat dia delete angka di excel sheet pc dia. Tapi angka tu tak affect bank.
Kita bersorak tgk excel tu. Seolah excel tu connected to data centre bank.
Bank tahu, FELDA hutang sekian2 jumlah. Hutang tu di FELDA atas nama peneroka ka, siapa ka, bank tak peduli.
Bila Muhyiddin tak sign apa2 agreement sbg geran utk FELDA, ibarat dia suruh baby yg baru bertatih terus bangun dan lari sepak bola cam Lionel Messi.
Gitulah ceritanya.
Status sdr Sulong Jamil
Selain RM990 juta setahun untuk prinsipal sukuk, banyak peruntukan baru yang diberikan PMX kepada FELDA.
-Pemasangan lampu jalan berjumlah 37,012 lampu jalan di kesemua rancangan FELDA, bayaran bil bulanan ditanggung kerajaan.
-12 pusat hemodialisis di kawasan rancangan FELDA
Subsidi diesel RM36 juta setahun penjanaan tenaga dan air bersih di Sabah. Akan manfaatkan 40,000 isi rumah
-Peneroka usia 65 tahun ke atas, manfaat kesihatan RM300 untuk rawatan di klinik swasta
-Digital Madani, untuk ekonomi Gig anak-anak peneroka
-Bantu peneroka getah beralih kepada sawit
-Isu perumahan Generasi Baru FELDA, jaminan kerajaan yang 283 rumah terbengkalai akan disiapkan. Peruntukan untuk rumah Generasi baru akan disiapkan kajian.
• • •
Missing some Tweet in this thread? You can try to
force a refresh
CEO MBI sebuah negeri di utara semenanjung ditahan, kes rasuah RM13 juta. Kes berkaitan REE.
Jeng jeng jeng.
Petikan berita:
Satu sumber mendedahkan, aktiviti perlombongan yang dijalankan secara haram oleh sebuah syarikat terlibat mendapat perlindungan daripada pihak berkuasa tertentu sejak tahun 2020.
Kata sumber itu, hasil siasatan yang dijalankan dpt mengesan bahawa beberapa pembayaran disyaki melibatkan rasuah berjumlah lebih RM13 juta diberikan syarikat terlibat sebagai sogokan bagi melindungi kegiatan perlombongan haram ini dlm tempoh 2020 hingga tahun ini.
Kes kecurian REE / nadir bumi di Kedah semasa pemerintahan Sanusi. Kompleks cerita ni. Aku cuba mudahkan berdasarkan keterangan akhbar dan dokumen yg terdedah.
PART 1
Sebelum mula, aku nak ucapkan selamat berjaya kepada Sanusi yg akan didakwa di Mahkamah esok.
(THREAD)
Ok jom.
Penting utk faham, byk negeri di Malaysia ada REE dalam tanah, bukan Kedah saja.
Setakat ini, belum ada SOP dan garis panduan yang dikeluarkan oleh Kerajaan Pusat berkaitan perlombongan REE.
Jadi, mana2 Kerajaan Negeri tak boleh lagi melombong REE selagi tiada SOP.
Ok, back to Kedah.
Terdedah surat dari MB Sanusi kepada ex-Menteri KDN Hamzah Zainuddin pada 3 Ogos 2020.