Najib Razak hari ini didakwa berkaitan transaksi SRC International Sdn Bhd.
Eh, bukan 1MDB ke? Apa kaitan SRC International dengan 1MDB? Kenapa tak pernah dengar pasal SRC?
1/ SRC ini sebenarnya bekas anak syarikat 1MDB sebelum diambil alih oleh Kementerian Kewangan dalam 2012
2/ Saya dan rakan sekerja lama di WSJ telah mula menjejak dan melapori hal ehwal 1MDB sebelum isu RM2.6 bilion timbul. Nama SRC muncul semasa dibongkar oleh WSJ pada 2015.
Pada masa itu, penyiasat kerajaan telahpun mengesan duit SRC ke dalam akaun peribadi Najib Razak.
3/ Semasa isu 1MDB terbongkar di Julai 2015, ramai yang mempertikaikan dan menyerang WSJ kerana menggunakan maklumat dari sumber yang tidak bernama.
Pengkritik WSJ terlepas pandang [ataupun sengaja tidak mengendahkan] sumber yang dipetik: PENYIASAT KERAJAAN.