, 49 tweets, 5 min read Read on Twitter
#MEREKA -
Juju sedang menepuk-nepuk bantal, bersedia untuk tidur, ketika Abang Jek masuk ke biliknya.
"Aiks... takkan nak tidur dah?"
"Dah pukul 12:30 lah bang. Pagi tadi saya bangun pukul 4"
Abang Jek ketawa berdekah-dekah.
"Weh. Minggu orientasi. Standard lah beb"
Juju hanya mampu mendengus.
"Saya ngantuk ni bang"
"Lepas kau dengar cerita aku ni, kenfem kau tak ngantuk dah"
"Cerita apa?"
Abang Jek duduk di katil kosong bersebelahan katil Juju dan bersandar ke dinding.
"Okay, macam ni ceritanya..."
"MAMA! PAPA! TOLONG!"

Mereka bergegas ke bilik sebaik sahaja mendengar jeritan Lina.
Pintu ditolak.
Lampu dibuka.
"Kenapa ni Lina?"
Lina hanya menangis teresak-esak sambil menarik selimut ke paras hidungnya.
Mama memujuknya.
Papa mengusap rambutnya.
Lina menunjuk ke arah almari di hujung katilnya.
"Apa lagi ni Lina?"
Lina kembali menangis teresak-esak.
Mama memujuknya.
"Lina nampak ada perempuan rambut panjang keluar dari almari tadi... Lina takut..."
Papa segera membuka almari itu.
Menyelak di sebalik pakaian yang tergantung, papa kembali memandang Lina.
"See sayang. There's nothing inside"
Lina mengesat air matanya.
"Go to sleep okay"
Mama mengucup dahi Lina sebelum keluar dari bilik bersama papa.
"Good night sayang!"
Begitu lah tabiat Lina yang sering terpekik terlolong setiap malam jam 12.
Ada saja gangguan yang dialami di dalam biliknya.
Wanita berambut panjang keluar dari almari lah.
Pocong meloncat-loncat di luar tingkap lah.
Benda di bawah katil lah.
Pelbagai gangguan.
Dan setiap kali Lina terpekik terlolong di tengah malam, papa dan mamanya akan berkejaran dan memeriksa setiap sudut biliknya.
Papa dan mama berusaha sebaik mungkin untuk memastikan emosi anak tunggal mereka tak terganggu.
Lina baru darjah lima.
Jiwanya rapuh.
Dan malam itu, seperti biasa, Lina menjerit lagi jam 1 pagi.
Papa dan mamanya bergegas ke bilik.
Lina hanya menunjuk ke atas siling.
Papa dan mama mendongak melihat siling.
"Kenapa sayang?"
"Lina nampak ada perempuan rambut panjang merangkak kat atas tadi"
Papa mendongak.
Mama memandang papa, dahinya berkerut.
Dipeluknya Lina sepenuh hati.
Mata papa masih liar mendongak.

"HAHAHA"
Papa dan mama tersentak dengan tawa Lina.
Lina ketawa berdekah-dekah sehingga keluar air mata.
Papa dan mama tak faham.
"Apa ni sayang? You okay?"
Lina tersenyum.
"Papa dengan mama ni kelakar lah. Tiap kali Lina menjerit, papa dengan mama mesti datang"
Papa dan mama saling berpandangan. Tak faham.
"Kenapa Lina cakap macam tu?"
"Mana ada hantu pa! Lina tipu jer. Takder hantu lah"
Mama bingkas bangun - memeriksa tingkap, almari dan di bawah katil - sebelum berdiri di pintu bilik, bersedia untuk keluar dengan papa.
Papa memandang Lina yang masih tersenyum hambar di atas katil.
"Papa dengan mama bukannya apa. Kami cuma nak pastikan keselamatan sayang"
Lina mencebik bibir.
"Dulu, abang Lina pun macam ni jugak. Menjerit tiap malam - dalam bilik ni lah - tapi kami tak percaya" kata papa.
Senyuman kelat di bibirnya hilang.
"Abang? Lina ada abang?"
Mama mengangguk di tepi pintu.
Papa memandang Lina.
"Abang Lina selalu kata ada perempuan rambut panjang keluar dari almari. Tapi kami tak pernah percaya. Sampai lah satu malam tu..."
Suara papa tersekat-sekat.
"Tapi takper, papa dah check tadi. Tak ada apa-apa dalam almari tu. Night sayang"
Lampu ditutup.
Pintu dikatup.
Lina terkebil-kebil di atas katil, cuba menyesuaikan matanya melihat di dalam gelap.
*kreoook*
Pintu almari ditolak.
Di dalam kesamaran bilik, Lina nampak sesosok tubuh berkain putih dan berambut panjang keluar perlahan-lahan dari almari.
Lina mahu menjerit.
Namun suaranya tersangkut di leher.
-end-
Abang Jek tersenyum.
Juju berpeluh.
"Apa ni bang? Saya nak tidur ni"
"Tidur lah. Siapa larang kau?"
"Yang abang bukak cerita hantu ni?"
"Takkan kecut kot? Lelaki kena berani walaupun ko tidur sorang sebab katil sebelah ni kosong hahaha"
Juju tak ketawa.
"Cerita pasal katila ni kan, nak dengar tak cerita lain?"
Juju menggeleng kepala namun Abang Jek tak peduli langsung.
-kisah kedua-
Pernah terfikir tak kenapa orang percaya bawah katil ada 'benda' menyorok?
Ke sekadar urban legend?
Kalau ditanya pada opah dan atuk, mereka ketawa jer sebab tak faham konsep "benda" menyorok bawah katil.
Mereka tak tidur atas katil.
Opah dan atuk tidur atas lantai berlapikkan tikar mengkuang.
Tak perlu takut apa.
Tak macam kita - tidur atas katil.
Tapi bawah katil?
Ruang yang ada di bawah katil mungkin menjadi punca ketakutan orang ramai.
Ruang yang boleh memuatkan dua hantu.
Kami tak berniat nak takutkan sesiapa tapi ketakutan benda menyorok di bawah katil bukan perkara jenaka.
Tak.
Bayangkan bila lampu terpadam dan anda sedang nyenyak tidur jam 3 pagi dan...
Dia merangkak keluar dari bawah katil.
Merangkak...
Dan melihat anda nyenyak tidur.
Pernah tak tiba-tiba terjaga jam 3 pagi?
Orang kata itu tandanya ada yang memerhati.
Hurmmm.
Tak apalah.
Pergi tidur ok.
Tak ada apa-apa tu.

Eh kejap.
Bila kali terakhir awak check bawah katil?
-end-
Abang Jek tersengih sejurus ceritanya tamat.
Juju berkerut dahi.
"Bawah katil saya kosong" Juju menjawab, telus.
"Ko yakin?"
Juju diam.
"Bang, dah pukul 2 ni. Saya nak tidur..."
"Okokok sorry kacau ko nak tidur"
Abang Jek bangun dari katil.
"Eh kejap..."
"Mana ko dapat cadar putih untuk katil ko tu?"
"Saya jumpa dalam locker tadi. Saya ambik lah. Tapi macam kecik sikit"
Abang Jek terdiam.
"Kenapa bang?"
"Pernah dengar cerita student cilok cadar putih kat ampaian, pastu malam tu benda tu datang mintak lebihan kain kapan dia?"
"Alah... mender ni bang?"
"Aku nasihatkan jer sebab ko main sambar jer kain putih tu"
Juju menggelabah.
"Okay lah. Aku pun nak tidur. Night!"

Belum sempat Juju menjawab, lampu bilik dipadam.
Pintu ditutup.
Hanya cahaya dari koridor kelihatan.
Terkebil-kebil di dalam gelap, Juju menyesal menghalau Abang Jek pergi.
Ada kalanya ketakutan itu kurang dirasai sekiranya dikongsi.
Dan di dalam gelap, Juju seperti terdengar spring katil kosong di sebelahnya berbunyi seperti dihenjut berulang kali. -End
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to creepyposta
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member and get exclusive features!

Premium member ($3.00/month or $30.00/year)

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!