, 54 tweets, 8 min read Read on Twitter
#VOODOO — Sejarah, Evolusi dan Mitos.
Sebut sahaja voodoo - juga dipanggil vodou / voudon - pasti sahaja imej anak patung dicucuk pin dan zombie bermain di fikiran.
Praktis sebenar voodoo telah banyak terhakis oleh penyalahgunaan imejnya oleh pop culture dan filem-filem Hollywood.
Asal usul voodoo tidak diketahui secara spesifik, namun ia dipercayai berakar umbi di Benin, Afrika Barat. Nama voodoo itu sendiri ...
... bermakna 'roh' dalam bahasa lokal Fon. Voodoo merupakan tradisi kuno penyembahan nenek moyang, diadunkan dengan kepercayaan animisme.
Namun begitu, voodoo yang diamalkan hari ini dilahirkan dari aktiviti perdagangan hamba abdi Afrika dari abad ke 16 hingga 19.
Ada juga teori yang mengatakan voodoo berasal dari Hindi Barat / West Indies sewaktu era kolonial Perancis - dan masih diamalkan di Haiti.
Voodoo berkembang di Haiti dengan kemasukan hamba abdi dari Afrika di abad ke 17. Haiti yang agak terpencil dari perspektif sejarah ...
... membolehkan voodoo berkembang dengan tradisi, kepercayaan dan tuhan-tuhannya yang unik. Hamba-hamba abdi yang datang dari sepelusuk ...
... Afrika, walaupun berbeza budaya, masih mengamalkan kepercayaan yang sama: penyembahan leluhur; menyanyi, bergendang dan menari ...
... sewaktu upacara keagamaan; dan keupayaan dirasuk oleh roh-roh. Masyarakat Afrika berbilang bangsa dan budaya yang berkumpul ...
... di Haiti ini kemudiannya berkongsi kepercayaan, menyerap tradisi dan tuhan-tuhan yang dilihat lebih berkuasa. Pengaruh dari populasi ...
... native Indian yang menetap di Haiti juga diintegrasikan ke dalam kepercayaan voodoo mereka yang 'baru'. Kebanyakan hamba abdi Afrika ...
... menganggap tradisi kerohanian voodoo ini sebagai sumber kekuatan mental dan emosi untuk mengharungi kesukaran hidup.
Walaupun kepercayaan mereka kepada voodoo tidak berjaya membebaskan mereka dari belenggu kehambaabdian, setidak-tidaknya mereka berjaya ...
... menakutkan tuan-tuan berkulit putih mereka. Pemilik mereka - orang berkulit putih - telah melarang hamba abdi dari mengamalkan ...
... kepercayaan mereka, dengan ugutan seksaan dan hukuman mati. Hamba abdi mereka juga dibaptiskan sebagai Katolik. Kepercayaan Katolik ...
... ini kemudian dicampuradukkan dengan ritual dan kepercayaan Afrika. Voodoo masih diamalkan secara senyap, di dalam bentuk tarian dan ...
... pesta. Mereka menokok saint Katolik ke dalam kepercayaan voodoo mereka, bersama dengan hymn Katolik, doa, patung berhala, lilin dan ...
... relik suci berserta ritual. Hari ini, masyarakat Haiti pertengahan dan atasan telah meninggalkan voodoo dan mengamalkan ajaran ...
... Katolik secara eksklusif. Namun begitu, voodoo masih diamalkan oleh golongan miskin / bawahan - masyarakat majoriti di Haiti.
Voodoo juga telah berhijrah bersama warga Haiti yang mencari rezeki di tempat lain: New Orleans, Miami, Charleston dan New York.
APAKAH KEPERCAYAAN VOODOO?
Penganut voodoo percaya kepada dunia yang dapat dilihat dengan mata kasar dan dunia ghaib. Mereka juga ...
... percaya kedua-dua dunia ini saling berkait. Kematian adalah pertukaran ke alam ghaib - dan mereka percaya leluhur masih bersama ...
... mereka di dalam bentuk roh, dan mengawasi setiap tingkah laku anak cucu mereka.
Selain daripada nenek moyang, pengamal voodoo juga ...
... percaya kepada 'lwa' / personaliti berwibawa seperti #MarieLaveau di New Orleans. Mereka menjalinkan hubungan istimewa dengan lwa ...
... untuk mendapatkan nasihat tentang urusan duniawi. Seperti juga saint Katolik, lwa boleh didekati manusia sedangkan Tuhan nun jauh ...
... di Langit, tak tercapai dek tangan.

JIKA VOODOO ITU CUMA AGAMA, MENGAPA IA DIGERUNI?
Jawapannya mudah.
Rasisme.
Voodoo berakar umbi di dalam perdagangan hamba abdi dan berkait rapat dengan evolusi politik dan sosial. Voodoo pada awalnya diamalkan ...
... di Amerika dan Kepulauan Caribbean oleh hamba abdi berketurunan Afrika, di mana budaya mereka digeruni dan dipandang jelek.
Hamba abdi tidak dianggap sebagai manusia oleh pemilik mereka. Agama mereka dilihat tahyul, paderi mereka dipandang hina sebagai ...
... bomoh ilmu hitam, tuhan-tuhan dan roh-roh mereka dianggap jahat.
Revolusi Haiti pada lewat 1700an berjaya menjatuhkan pemerintahan ...
... Eropah dan merampas semula negara mereka. Revolusi Haiti telah menanamkan rasa gerun koloni Eropah dan Amerika kerana mereka ...
... bergantung kepada hamba abdi untuk bekerja di ladang-ladang mereka. Imej voodoo terus-terusan dipandang hina: dilihat menakutkan ...
... dan dikaitkan dengan pertumpahan darah dan keganasan.

Masa berlalu, dan voodoo kini dilihat oleh pop culture Amerika sebagai ...
... ketakutan yang disensasikan. Hollywood kemudian mengolah imej voodoo menjadi apa yang kita ketahui sekarang: anak patung dicucuk ...
... pin yang boleh menimbulkan kesakitan dan kematian ngeri kepada mangsa.
Hollywood mencipta mitos voodoo.
Di Amerika, pengamal voodoo mempraktikkan agama mereka secara senyap-senyap, kerana takut menjadi mangsa diskriminasi.
Ini telah menambahkan syak wasangka terhadap aktiviti keagamaan mereka, seolah-olah mereka menyorokkan sesuatu.
Fear begets fear.
APAKAH KAITAN VOODOO DENGAN ZOMBIE?
Zombie berasal dari istilah Kongo 'nzambi' - bermaksud roh.
Di dalam kepercayaan voodoo, manusia mati melalui dua cara:
1. Semulajadi - penyakit, ketentuan Tuhan
2. Bukan semulajadi - dibunuh
Mereka yang mati dengan cara bukan semulajadi tidak tenang rohnya, dan akan bergentayangan di kubur mereka kerana tidak dapat mengikut ...
... jejak langkah nenek moyang tanpa izin Tuhan. Roh-roh bergentayangan ini sangat rapuh dan lemah, serta boleh dicuri oleh boko / bomoh.
Roh-roh yang ditangkap ini kemudian akan dikurung di dalam botol, dan bakal mengikut telunjuk boko.
Namun begitu, voodoo dan zombie bukanlah satu kebiasaan. Ia diamalkan oleh minoriti secret societies.
Ada yang menganggap zombie ...
... tak lebih dari cerita dongeng, dan ramai juga yang melihatnya sebagai metafora kehidupan tanpa kenikmatan, kuasa - dan agama.
Masyarakat Haiti yang percaya kepada zombie tidak takut kepada makhluk itu, sebaliknya mereka gerun sekiranya roh mereka menjadi zombie.
Di dalam kepercayaan Haiti, menjadi zombie adalah lebih dahsyat dari kematian kerana zombie dilihat sebagai hamba abdi sepanjang hayat ...
... dibangunkan dari mati dan dipaksa bekerja di ladang-ladang.

Sedikit trivia, kaki zombie juga dikatakan tidak pernah mencecah tanah ...
... dan kerana itulah mereka sentiasa dilihat memakai dress panjang dan seluar yang mencecah tanah.
Apakah yang harus anda lakukan sekiranya diganggu zombie?
Menurut seorang penyelidik budaya Haiti, Jerry Gandolfo, caranya mudah sahaja.
'Jemputlah dia untuk makan malam dan hidangkannya garam. Selepas menjamah garam, dia akan sedar dia sudah mati dan akan pulang ke kubur'
Kalau dia tak nak datang makan?
'Lemparkan garam kepadanya'
Selain garam, zombie takut apa lagi?
'Zombie tersangat takut dengan katak'
Moga #ThreadCP ini dapat membetulkan persepsi umum terhadap voodoo, yang diburukkan lagi oleh semangat perkauman dan fantasi Hollywood. -End
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to creepyposta
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member and get exclusive features!

Premium member ($3.00/month or $30.00/year)

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!