Profile picture
nzh
, 33 tweets, 3 min read Read on Twitter
Assalamualaikum semua, harini aku nak share pengalaman aku dengan classmates aku masa form 3. Cerita ni pasal budak baju pbsm. #threadseram
sebelum aku cerita pasal hari kejadian, aku nak cerita sikit pasal sekolah aku. dekat sekolah aku ada satu blok ni khas untuk bengkel,
nama blok tu blok al-razi kalau tak silap. dekat blok tu adalah bengkel memasak, menjahit, bertukang(?) xD dan lain-lain yang melibatkan KH.
so, blok ni memang selalunya sunyi la sebab digunakan masa KH dan budak yang ambil ERT je guna. and nak cerita lebih lanjut lagi, blok ni
ada dua tangga, satu yang connect dengan blok class + makmal, satu lagi yang tak connect dengan mana-2 blok, kira hujung gila la tangga ni.
blok ni ada 4 tingkat, sama je dengan blok class, ada 4 tingkat. time form 3 class aku kat tingkat 3, so kena turun ke tingkat 1, sebab
bengkel yang nak digunakan kat tingkat 1, bengkel kayu, nak kena bertukang tu la, hm. sebelum aku dengan classmates yang lain nak gerak, ada
yang dah gerak dulu. and ada juga yang baru nak gerak, sebab nak bertukangkan, kitaorang tak berapa suka sangat nak ketuk kayu ni. so, masa
aku dengan yang lain ni nak gerak, kitaorang nampak la tiga orang kawan kitaorang ni, tak tahu la kenapa berani sangat pergi lalu tangga
hujung tu. tangga yang connect dengan blok class + makmal ni pun sunyi, lagikan kat tangga hujung tu. jiwa kental la diaorang ni, kononnya.
masa aku dengan classmates yang lain nak gerak. tetiba ada budak perempuan bertudung putih pakai baju pbsm yang lama tu jalan depan aku.
tak tahu la dia datang dari mana, mungkin dari blok makmal. yang peliknya, harini bukannya hari koko, and jarang ada orang pakai baju pbsm
yang lama, ada pun yang baru, yang atas putih bawah warna merah. tapi aku tak kisah pun pasal dia, ye la, orang nak lalukan, biar je la dia
aku pun jalan je macam biasa. then, kawan aku kat sebelah ni pun Tanya "siapa tu weh?". aku jwab la "entah, senior kot". sebab perempuan ni
jalan sorang-2, so, aku anggap dia ni senior la, sebab berani kan jalan sorang-2 nak pergi blok al-razi. then, kawan aku yang kat belakang
ni jenis tegur je semua orang, so dia ni pun dengan beraninya mendekati perempuan tu, time ni pun kitaorang jalan dah nak dekat dengan
tangga. tapi kitaorang tunggu la si jun ni tegur perempuan tu, sebab dalam diam curious juga nak tahu siapa kan. betul ke anggapan aku yang
perempuan tu senior? jun tu pun ikut perempuan tu sambil cakap "eh siapa ni? awak siapa?" lebih kurang macam tu la, aku tak berapa ingat dah
jun cakap sambil panjangkan leher nak tengok muka perempuan tu, tapi dia tak nampak muka perempuan tu. time ni geng aku dah malas nak tunggu
yang lain still menunggu nak tengok siapa, geng aku yang 4 orang ni dah turun, tinggal aku dengan yang lain ni la still kat atas, bertujuh
kalau tak silap. aku nampak time tu jun sentuh bahu perempuan tu. aku pun pusing nak turun sebab geng aku dah turun dah malas nak tunggu
diaorang semua. then, baru beberapa anak tangga aku turun, diaorang semua menjerit dan berlari turun. ofc la aku pelik, aku tanya diaorang
"WEH KORANG! KENAPA?!" and yeah, aku dipalau. aku pun pusing belakang aku tengok tak ada sesiapa pun kat belakang aku, termasuk perempuan tu
kiranya aku la yang paling last time tu, tapi aku tak lari, aku jalan. tak tahu kenapa, macam bodoh-2 je aku ni, tak terfikir pasal
perempuan tu langsung. masa kat bawah, masing-2 yang tunggu jun tu macam senyap je. kecuali yang dah turun awal tu la.
lepastu, ada sorang kawan aku ni bagitahu kat budak yang gerak guna tangga hujung tu, dia cakap yang budak perempuan diaorang jumpa tu
tiba-2 hilang, aku pun terkejut la, rupanya diaorang lari sebab tu, meremang juga la time tu. sebab aku tak terfikir langsung pasal
perempuan tu. then, masa form 4 aku buka balik cerita ni kat diaorang, kawan aku yang lalu kat tangga hujung tu bagitahu yang diaorang pelik
kenapa kitaorang menjerit, sebab diaorang kat sana tak nampak pun perempuan baju pbsm tu, dia nampak kitaorang je yang ada time tu.
so, betul lah tujuan perempuan baju pbsm tu memang nak ke blok tu. and memang patut la perempuan tu berani.
alhamdulillah juga tak jadi apa-2 dekat kitaorang time tu.
so, korang jangan main tegur je kalau orang tu lain macam, lagi-2 kat tempat yang selalu jadi kes ni.
aku harap korang dapat ambil iktibar dari cerita ni. terima kasih sudi membaca. sekian.. assalamualaikum.
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to nzh
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member and get exclusive features!

Premium member ($3.00/month or $30.00/year)

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!