Profile picture
Faith @santeira
, 82 tweets, 24 min read Read on Twitter
Bila berlaku penculikan, nyawa mangsa yang diculik menjadi keutamaan polis. Justeru, terdapat sekatan melapor kepada pihak media mengenai kes penculikan melainkan jika polis merasakan perlu untuk membuat hebahan tentang kes penculikan tersebut. Ini kerana, campur tangan pihak
media dan orang ramai akan membahayakan nyawa mangsa.
Ini terbukti melalui satu kes penculikan anak gadis seorang selebriti di Taiwan pada tahun 1997.

Ini Pai Hsiao-Yen, gadis 17 tahun yang merupakan anak tunggal kepada penghibur terkenal di Taiwan, Pai Ping-ping.
Ping-ping lahir dalam satu keluarga miskin dan berhenti sekolah masa masih remaja.

Tahun 1973 dia menang satu pertandingan nyanyian anjuran stesen TV Taiwan mula membina kerjaya sebagai penyanyi di sana. 1975, Ping-ping berpindah ke Jepun untuk belajar lakonan & nyanyian.
Di Jepun Ping-ping bercinta dengan penerbit filem dan penulis Manga , Ikki Kajiwara, dan dorang berkahwin. Hasil perkahwinan tu dorang dapat anak perempuan, Hsiao-Yen pada tahun 1980. However, Kajiwara jalin hubungan sulit dengan perempuan lain dan terbabit daklam keganasan
rumahtangga lepas tu. Ping-ping buat keputusan berpisah kemudian bawa Hsiao Yen balik Taiwan, besarkan anak dia sebagai ibu tunggal di tanah air dia.
Occasionally, Kajiwara datang Taiwan melawat Hsiao-Yen, tapi Kajiwara meninggal dunia masa Hsiao Yen umo 10 tahun.
Pagi 14 April 1997, Hsiao Yen, masa tu umo 17, keluar ke sekolah berjalan kaki masa Ping-ping masih tidur. Ping-ping ingat dia dengar Hsiao Yen masuk bilik dia, tolong kuncikan jam loceng jenis lama (yang kena pusing tombol tu) supaya mak dia bangun pada pukul yang mak dia nak.
Dia cakap goodbye kat mak dia, pastu keluar rumah, masa tu pukul 7.00 pagi.

Ping-ping bangun bila jam loceng berbunyi, pegi studio rakaman sebab dia tengah rekod album, pastu petang tu dia dapat satu panggilan telefon.
Suara lelaki dalam telefon meleweh, macam orang tengah high sebab dadah atau mabuk arak. Lelaki tu bagitau dia ada tinggalkan barang kepunyaan Hsiao-Yen dekat satu padang golf, dia suruh Ping-ping pergi cari.
Ping-ping terus rasa pelik dan cemas. Dia bagitau pengarah studio rakaman tu. So dorang start kecoh sebab pengarah studio rasa Hsiao Yen dah kena culik, kemudian suruh Ping-ping buat laporan polis.

PIng-ping report polis, dan dengan bantuan polis, dorang sama-sama cari ‘barang’
Hsiao Yen yang ditinggalkan di situ. Sampai tengah malam dorang cari, tapi tak jumpa apa-apa. Masa tu polis fikir, mereka dah diperbodohkan dan panggilan tu satu prank je.

Masa Ping-ping dah start give up, duduk dalam kereta, dia ternampak satu plastik dekat dengan pintu kereta.
Dia pegi kat plastik tu, ada satu lunch box. Polis suruh Hsiao Yen buka lunch box tu tapi takleh gunakan tangan sebab bahan bukti tak boleh ada cap jari orang asing. So Ping-ping buka lunch box tu guna chopstick dan garfu.
Mula-mula, Ping-ping tak tahu apa benda yang dia nampak
dalam lunch box tu. Dia kutip benda tu pakai chopstick, baru perasan ia jari kelingking manusia yang dah dikerat dan berlumuran darah.
Dalam lunch box tu juga ada satu nota yang ditulis atas kertas yang dikoyak dari buku latihan Hsiao Yen. Hsiao-yen sendiri tulis minta emaknya sediakan USD 5 juta dan serahkan pada penculik-penculik tu untuk pastikan Hsiao-Yen pulang dalam keadaan selamat.
Polis sahkan Hsiao-Yen dah diculik, dan jari kelingking yang dikerat tu ialah bukti keseriusan dan keganasan penculik tu. Sepanjang malam tu, Ping-ping menangis memikirkan nasib Hsiao-Yen, sebab dia feared the worst untuk anak dia. Suara penculik dalam telefon tu buat dia rasa
yakin yang anak dia dalam bahaya.

Esoknya, dia berusaha sediakan USD 5 juta tu dengan bantuan sedara mara dan dari duit simpanan dia sendiri. Ping-ping dapat kumpulkan duit tu, just tunggu penculik tu telefon dia dengan arahan terbaru di mana hantarkan duit tu.
Dalam masa 14 hari lepas tu, Ping-ping hanya tunggu penculik call. Dia makan dan tidur tak tentu sebab penculik Hsiao Yen akan call bebila masa dorang suka. Dalam masa 2 minggu ni, polis Taiwan berusaha trace dari mana penculik buat panggilan, tapi gagal. Polis dapati penculik ni
guna lebih dari 10 nombor untuk buat panggilan menggunakan satu telefon bimbit menggunakan teknologi yang illegal pada masa tu.

Pada masa itu, polis menghadapi tekanan yang besar untuk mencari penculik Hsiao-Yen, dalam masa yang sama polis terpaksa berhadapan dengan satu lagi
cabaran yang amat besar: pihak media Taiwan.
Masa first time Ping-ping terima call dari penculik tu, dia tengah buat recording kat studio. So berita tu sampai ke pengetahuan media. Start hari esoknya, media bawak trak satelit, berkampung depan rumah Ping-ping.
Ini memberi hint pada penculik bahawa Ping-ping sudah memaklumkan penculikan Hsiao-yen pada pihak polis, sebab pihak media pun tau.

Jadi pelan asal penculik untuk blackmail Ping-ping secara senyap dah gagal. So penculik ubah pelan jenayah mereka banyak kali dan ini mengganggu
siasatan polis. Ping-ping beritahu, dalam panggilan terakhir penculik tu, penculik tu cakap, “aku tau kau dah beritahu semuanya pada polis.”

Kemudian penculik kata Ping-ping permainkan dorang, kemudian penculik tu maki Ping-ping.
Dorang kata, dorang akan pastikan Ping-ping menyesal seumur hidup.

Sampai hari ni, Ping-ping masih ingat apa yang penculik tu kata.
Selepas 2 minggu memantau panggilan telefon, polis dapat satu breakthrough. Mereka berjaya kesan panggilan-panggilan yang dibuat ke rumah Ping-ping kepada seorang suspek, iaitu seorang yang pernah didapati bersalah di mahkamah kerana rompakan, Lin Chun-sheng.
Dari situ, polis pantau panggilan-panggilan telefon yang dbuat oleh Chun Sheng.

Dari sini, polis berjaya kesan seorang lagi suspek, Chen Chin-hsing.
Chin-hsing ni seorang perogol yang ganas, dan bekas banduan. Chin-hsing dan Chun-sheng pernah duduk dalam penjara yang sama, so that was how they knew each other.

Chin-hsing pernah masuk penjara dua kali. Sekali tu, dia masuk penjara sebab itu hukuman yang diringankan dari
hukuman asal iaitu hukuman mati.

Let me tell you something. Kita boleh rationalize macam-macam tentang kenapa perogol merogol dan pembunuh membunuh. Bagi Chin-hsing, dia dilahirkan dalam keluarga miskin tanpa bapa. Chin-sing tak tahu dan tak pernah kenal bapa dia.
Mak dia pregnant, kemudian mak dia kawen lelaki lain, dan Chin-sing tak baik dengan bapak tiri dia. So Chin-hsing klear rumah, duduk dengan opah dia.

Opah Chin-hsing ni ada masalah penglihatan kabur. Sebenarnya opah dia tak dapat nak jaga dia bebetul, jadi Chin-hsing tak ada
sokongan keluarga & tak didisiplinkan dengan baik. Boleh kita katakan, kebanyakan pejenayah asalnya membesar dari broken homes. So kau nak caras laki orang/ tinggalkan bini kawen lain? Think twice sebab kau tak tau apa sebenarnya kesan pecah belahkan keluarga orang di masa depan.
Untuk Chin-hsing, ini dipercayai akar umbi kepada kenapa dia menjalankan hidup jadi penjenayah.

Dari rekod panggilan telefon juga, polis mengesan sorang lagi suspek, Kao Tien-min.
So sekarang, polis Taiwan dah ada identiti kesemua suspek, dan ketiga-tiga mereka mengenali antara satu sama lain sebab pernah duduk penjara sama-sama.
Ketiga-tiga suspek ada rekod jenayah ganas yang lampau, dan mempunyai kecenderungan sosiopatik.

Pada 25 April 1997, penculik-penculik ini membuat panggilan wang terakhir pada Pai ping-ping., meminta wang tebusan berjumlah USD 5 juta dihantar ke satu lokasi rahsia di Taipei
(ibu negeri).

Tapi pihak media Taiwan tak dapat dikawal. Dorang mengekor Ping-ping ke lokasi tersebut untuk ambil gambar. Walaupun Ping-ping dah muncul di lokasi tu dengan duit yang dorang mintak, penculik tu tak muncul-muncul.
Apa yang dapat diperhatikan di sini, disebabkan campur tangan pihak media yang nak dapatkan scoop terkini tentang kes penculikan anak selebriti terkenal tu, penculik beberapa kali membatalkan hasrat untuk mengambil wang tebusan seperti yang dirancang.
Tak kira media cetak atau digital, coverage pihak media memberi kesan pada penyiasatan polis, dan itu sepatutnya tak berlaku.

Disebabkan penculik tak datang pun ambil wang tebusan seperti yang dirancang, polis terpaksa menggunakan cara lain untuk kesan mereka.
Polis berjaya kesan alamat rumah keluarga penculik, dan cuba kesan alamat rumah isteri Chin-hsing. Bila dah dapat kesan, dorang datang rumah Chin-hsing di sebuah flat. Wife dia buka pintu & polis cakap nak jumpa Chin-hsing. Disebabkan Chin-hsing takde kat rumah & wife dia kata
Chin-hsing akan balik, polis tunggu kat rumah tu, plan nak tangkap dia bila dia masuk rumah.

Polis juga masa tu dapat pantau Chin-hsing melalui CCTV. Rancangan polis hampir menjadi, sebab Chin-hsing didapati balik ke rumah masa tu. Tapi bila dia sampai kat pintu, wife dia jerit
suruh dia lari. Chin-hsing pun lari. Dikejar polis & walaupun ada tembakan yang polis lepaskan, Chin-hsing berjaya lepaskan diri, hilang lesap dari kawasan rumahnya.

Harapan untuk menyelamakan Hsiao-yen kini menjadi semakin tipis.
Terdesak, Pai ping-ping keesokannya mengadakan satu sidang media, menangis dan merayu meminta anaknya diselamatkan.

“Hsiao Yen ibarat kertas putih. Dia cuma sorang budak. Tolong saya selamatkan anak saya.”
Polis juga sedar Chin-hsing dan gengnya tak lagi menelefon Ping-ping untuk minta wang tebusan dengan kerap lepas seminggu Hsiao-yen diculik. Hsiao-yen juga tak dibenarkan lagi bercakap dengan emaknya.

Berdasarkan pengalaman, polis merasakan sesuatu yang buruk telah pun berlaku.
Pada 28 April 1997, seorang awam yang bekerja memasang kabel ternampak satu mayat di sebuah longkang besar, lebih kurang 12 km dari lokasi Hsiao-yen telah diculik. Pai Ping-ping mengetahui satu mayat telah dijumpai melalui laporan televisyen. Dia kemudian dipanggil polis untuk
membuat pengecaman. Hatinya hancur luluh tapi dia pergi juga.

Mayat yang ditemui, seorang female dianggarkan dah meninggal dunia dalam 8 ke 10 hari. Ping-ping datang ke lokasi penemuan pada pukul 8 malam dan mengesahkan mayat itu ialah Hsiao-yen yang dah hilang selama 15 hari.
Mayat tu dah mereput & bengkak menyebabkan sukar dikenal pasti. Polis terlebih dulu cuba kenal pasti ciri-ciri fizikal mayat tu dan dapati sebelah jari kelingking mayat tu tak ada. Lidahnya terkeluar dan terdapat kesan di leher menunjukkan dia mungkin telah dicekik hingga mati.
Pai Pingping kata:

Saya kenal dia dengan hanya lihat kakinya. Waktu pengecaman, saya sebenarnya bercakap pada Hsiao-yen, bahawa lebih baik dia mati, sekurang-kurangnya dia tak rasa sakit lagi. Seorang ibu tak minta anaknya mati, cuma ibu tak mahu anaknya rasa takut atau sakit.
Bedah siasat menunjukkan terdapat koyakan pada hymen, bermakna Hsiao-yen telah dirogol. Terdapat 3 kesan kecederaan di kepala. Hati & ususnya rosak. Terdapat kecederaan dalaman disebabkan dipukul dan ditendang dengan kuat, berkali-kali.
Penemuan mayat Hsiao-yen dan keadaan kecederaannya sangat membimbangkan rakyat Taiwan, terutamanya golongan wanita. Sebabnya, Chin-hsing diketahui terbabit dengan beberapa jenayah serangan seksual dan juga sangat ganas. Dia pernah merogol seorang anak di depan ibunya dan
seorang ibu di depan anaknya.

Jadi golongan wanita terdiri dari pekerja pejabat, pelajar dan ibu-ibu merasa takut dan bimbang untuk keluar atau balik lewat malam, memandangkan Chin-hsing dan rakan-rakannya masih terlepas. Terdapat tunjuk perasaan secara aman dianjurkan di
Taipei untuk mendesak pihak polis menangkap penculik Hsiao-yen dengan segera.

Berdepan dengan tekanan awam, polis Taiwan mencuba cara lain untuk cuba menjejak penculik Hsiao-yen, di mana mereka kini disiasat bukan lagi sebagai penculik, sebaliknya sebagai pembunuh.
Kesemua suspek menunggang motor. Suspek-suspek dipercayai membeli motosikal dengan menggunakan kad pengenalan curi atau hilang. Polis memohon pihak perbandaran mencetak senarai mereka yang telah hilang kad pengenalan (KP) dari April hingga September tahun itu. Sejumlah 30,000
orang telah disenaraikan.

Dari senarai itu, terdapat 692 pembelian motosikal telah menggunakan KP yang hilang atau dicuri. Polis mengambil masa seminggu untuk memeriksa kesemua motor tersebut, hanya dua motosikal didapati bukan dibeli oleh pemilik asal KP tersebut.
Bermakna ada dua motosikal ditunggang oleh anonymous di bandaraya Taipei.

Seterusnya, polis mencari dua motosikal ini di bandaraya yang didiami dua juta penduduk itu. Polis memeriksa motosikal dari jenis yang popular dan mudah dibeli (2 jenis) dan memeriksa cara motosikal itu
diparkir (sorok no plat) serta memeriksa bawah tempat duduk untuk melihat jika ada ubat gigi atau seluar dalam (menandakan pemiliknya sedang lari dari sesuatu).

Bagaimanapun, pencarian pihak polis tidak membuahkan hasil.
Pada 19 Ogos 1997, sorang awam telah menelefon polis apabila terlihat dua orang lelaki yang memakai helmet berkelakuan mencurigakan. Polis telah datang, dan dua suspek tersebut turun perlahan-lahan dari tingkap penghawa dingin apabila menyedari kehadiran polis.
Mereka lari dan bertembung dengan polis di satu simpang. Seterusnya, terdapat adegan tembak-menembak dengan polis.

Apabila mereka berdua cuba melepaskan diri polis mengenal pasti mereka sebagai suspek kes penculikan dan pembunuhan Hsiao-yen iaitu Lin Chun-sheng & Kao Tien-min.
Lebih kurang sepuluh orang anggota polis mengepung salah seorang suspek di satu lorong. Polis berbalas tembak dengan suspek, dan ini menyebabkan seorang pegawai polis terbunuh manakala sorang lagi cedera.

Lin Chun-seng terkena enam tembakan sebelum menembak dirinya sendiri.
Bimbang dua orang rakan jenayah Chun-sheng menyorok di sekitar kawasan tersebut, Jalan Wuchang telah ditutup dan lebih 100 polis dikerah untuk menggeledah kawasan itu. Operasi yang berlangsung selama 7 jam ini mendapat liputan besar dari puluhan wakil media, dan ada stesen
TV yang menyiarkan operasi ini secara langsung ke seluruh negara.
Kawasan itu dipenuhi oleh wakil media dan orang ramai. Liputan yang diberikan media secara langsung ini, dianggap telah menunjukkan seolah-olah pasukan polis tak tahu apa sebenarnya nak dilakukan.
Chun-sheng kemudian diisytiharkan terbunuh, namun dua lagi rakannya Chin-hsing dan Tien-min masih bebas. Seterusnya, mereka berdua bakal melakukan satu lagi jenayah kejam.
23 Oktober 2017, seorang pakar bedah plastik, isterinya dan seorang jururawatnya ditemui terbunuh di satu klinik pembedahan plastik. Sekali lagi, pihak media mendahului polis di mana ada wartawan yang membuat rakaman video di klinik tersebut dan rakaman ini disiarkan
di stesen televisyen. Kesemua mereka ditemui ditembak di kepala execution style. Jururawat yang masih muda itu juga didapati telah dirogol sebelum ditembak.

Komander Jabatan Siasatan Jenayah Balai Polis Bandar Taipei, Yu Ih-hou merasa bersalah apabila mengetahui tentang
perkara ini. Kali ini, Chin-hsing dan Tien-min telah membunuh mereka bertiga setelah memaksa doktor itu membuat pembedahan untuk mengubah wajah mereka berdua.

Disebabkan itu, Ijh-hou mengambil tanggungjawab dan balik lewat setiap hari, berusaha untuk menangkap mereka berdua.
Pada 17 Nov 1997, disebabkan poster wajah-wajah suspek telah disebarkan ke seluruh negara, Kao Tien-min telah dilihat oleh sorang awam masuk ke satu rumah urut di Taipei pada pukul 3.00 petang.

Tien-min dikatakan berkelakuan mencurigakan dan parkir motosikal dengan luar biasa
(sorok no plat) & motosikal tu jenama Guangyang. Orang awam ni pada masa tu ingat laporan media, polis kata, penjenayah yang bunuh Hsiao-yen besar kemungkinan menggunakan motosikal jenama tersebut.

Orang awam ni pegi sendiri ke post polis berdekatan minta pegawai polis check.
10 orang pegawai polis sampai ke rumah urut tersebut. Pertama sekali, salah sorang pegawai polis check motosikal yang dikatakan (parkir sorok no plat). Apabila dia check bawah tempat duduk, terjumpa berus gigi, ubat gigi dan tuala (menandakan penunggangnya dalam pelarian).
Enjin motor masih panas, menandakan moto tu baru je diparkir di situ.

Pasukan polis, secara senyap, naik ke bahagian bumbung bangunan (tempat rumah urut tu) kemudian beberapa orang lagi kat belakang bangunan. Pencarian suspek dimulakan di level paling bawah.
Sampai di level 2, dalam satu rumah, salah seorang pegawai polis terserempak Tien-min. Berlaku adegan tembak-menembak antara polis tu dengan Tien-min. Masa tu, polis tu nampak macam Tien-min nak pegi ke bahagian belakang rumah tu untuk lari, tapi tak jadi sebab kat belakang
dah ada dua orang polis tunggu dia.

Tien-min tahu dah tak ada jalan keluar. Tiba-tiba terdengar satu tembakan.

Kemudian, salah sorang polis beritahu guna radio, Tien-min buat jalan keluar dengan tembak kepala dia sendiri.
Kini, dua orang rakan jenayah Chen Chin-hsing dah terbunuh.
Dia terdesak keluar dari Taiwan untuk selamatkan diri dia.

Sekali lagi, dia buat satu lagi jenayah sebagai usaha untuk keluar dari negara tu. Chin-hsing cuba dapatkan perhatian antarabangsa kepada dirinya.
18 November 2017, Chin-hsing pecah masuk ke rumah Kolonel Edward McGill Alexander, Pegawai Tugas Khas Tentera Afrika Selatan di Taiwan dan menjadikan kolonel tu dan ahli keluarga dia tebusan. Komander You Ih-hou telah sampai ke tempat kejadian, kemudian telefon ke rumah kolonel
tu.

Chin-hsing yang jawab. Komander cuba pujuk Chin-hsing untuk bebaskan tebusan. Tetapi pihak media dapat nombor telefon rumah tu dan try banyak kali telefon untuk cakap dengan Chin-hsing. Sekali lagi, sarkas media Taiwan meletakkan usaha polis untuk menyelamatkan tebusan
hampir gagal dan membahayakan nyawa tebusan.

Selah sorang wartawan yang call tu tanya Chin-hsing bila dia nak bunuh diri. Soalan tu buat Chin-hsing marah dan dia dah start maki-maki.

Lepas beberapa jam, satu pasukan SWAT tiba ke tempat kejadian. Chin-hsing nampak, so dia
start tembak pasukan SWAT tu, dan dorang berbalas tembakan. Kolonel Afrika Selatan tu dan anak perempuannya terperangkap di tengah-tengah adegan tembak menembak tu. Kolonel terkena tembakan di bahagian belakang. Begitu juga anak perempuan dia.
Bila Kolonel dah kena tembak, pasukan SWAT dan Chin-hsing berhenti menembak. Komander You kemudian masuk ke kediaman tu tanpa senjata untuk ambil kolonel tu.

Pada masa tu, Komander You dah tak kisah keselamatan diri dia lagi sebab dia nak selamatkan tebusan. Dia bawak kolonel
tu keluar. Bila pasukan perubatan ambil kolonel, tanpa pedulikan keselamatan diri dia, dia masuk balik ambil anak perempuan kolonel tu sebab tak nak anak perempuan kolonel kena bunuh.

Anak perempuan berjaya diselamatkan tetapi berlumuran darah.
Komander You nak masuk lagi untuk ambil cucu kolonel (7 bulan), tapi Chin-hsing kata dia tak nak release tebusan selagi dia tak jumpa wife dia.

Bagi Komander You, dia tak nak musnahkan kepercayaan yang Chin-hsing dah beri pada dia, so polis berusaha bawa wife dia
datang untuk pujuk dia bebaskan tebusan.

Keesokan paginya, wife dia sampai dan bercakap dengan Chin-hsing. Baby tu dibebaskan lepas tu.

Malam 19 November 1997, Chen Chin-hsing menyerah diri pada polis.
Dengan penyerahan diri Chen Chin-hsing pada polis, ketakutan yang melanda penduduk Taiwan selama tujuh bulan sejak penculikan Pai Hsiao-yen telah berakhir.

Pada 22 Januari 1998, Chen didapati bersalah atas 3 pertuduhan culik, 10 pertuduhan rogol dan 4 pertuduhan bunuh.
Mahkamah menjatuhkan hukuman mati sebanyak 5 kali pada Chen.

Di penjara, Chen mendekati ajaran Kristian dan menyatakan dia menyesal dengan kesalahan yang dia lakukan.
Pada 6 Oktober 1999, Chen telah menjalani hukuman mati dengan tembakan skuad penembak.

Walaupun begitu, Komander You tak percaya Chen menyesal. Baginya, Chen tak mungkin insaf dalam masa kurang setahun dan dia patut menerima hukuman setimpal.
Tapi, bagi Pai Ping-ping, dia rasa kematian Chen tak setimpal berbanding kejahatan yang dia dah lakukan. Ping-ping tak lupa dan tak maafkan semua penjenayah yang bunuh Hsiao-yen, sebab kalau dia lupa atau maafkan, tak ada keadilan buat anaknya.
Memori Hsiao-yen terus hidup kerana Ping-ping menubuhkan satu badan kebajikan atas namanya. Hanya dengarn membantu orang lain yang dalam kesusahan untuk Hsiao-yen buat Ping-ping rasa tenang.

END THREAD
Note: I might have confused 1997 with 2017 tapi tak dapat dah delete tweet. Mereng sikit sebab thread panjang gila, longest I have made so far. Semua timeline ialah pada 1997-1999 ya. Tq
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to Faith
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member and get exclusive features!

Premium member ($3.00/month or $30.00/year)

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!