Account Share

 

Thread by @nasrulisaad: "Aku baru sedar 99 nama Allah punyai byk kelebihan kalau diamalkan. Just read a book regarding Asmaul Husna written by Ustaz Ku Asmadi, so na […]" #BercintaSelepasNikah #spreadlove

109 tweets
Aku baru sedar 99 nama Allah punyai byk kelebihan kalau diamalkan. Just read a book regarding Asmaul Husna written by Ustaz Ku Asmadi, so nak share sikit. A simple yet meaningless name bring thousands of miracle to everyone.

A thread’s of miracle.
1. Allah, Nama Allah S.W.T

Brgsiapa yg baca 5000x tiap hari, IA akn dimurahkan rezekinya. Dan jika dibaca 66x smpai 66 hari setelah solat fardhu, maka akn menjadi sebutan org besar dan mndpt kebaikan yg banyak.
2. Al-Rahman, Yang Maha Pemurah

Barangsiapa yg membacanya tiap-tiap selesai solat fardhu 100x, InsyaAllah ia akan terjaga dari sifat lupa dan lalai.
3. Al-Rahim, Yang Maha Mengasihi

Barangsiapa yg membacanya setiap hari 100x, InsyaAllah hatinya akan selalu mempunyai sifat kasih sayang akan sesama makhluk Allah.
4. Al-Malik, Maharaja Teragung

Brgsiapa yg berzikir setiap hari 121x sebelum fajar atau selepas tergelincirnya, InsyaAllah akan dikayakan dgn sebab atau pintu yg dibukakan Allah baginya.
5. Al-Quddus, Yang Maha Suci

Brgsiapa yg berzikir 100x setiap hari ketika tergelincir matahari, InsyaAllah menjadi bersih hatinya. Dan brgsiapa yg berzikir 1000x, InsyaAllah akan diselamatkan drpd bala.
6. Al-Salam, Yang Maha Selamat Sejahtera

Apabila dibacakn kpd org yg sakit kepala sbyk 121x atau 136x dgn suara yg dpt didengar org yg sakit dgn menadah tangan, IA akn disembuhkn dgn kurniaNya selama tdk dtg ajalnya atau dikurgkn drpdnya sakit.
7. Al-Mukmin, Yang Maha Melimpahkan Keamanan

Apabila dibaca sebanyak 136x org yg merasa ketakutan akn sesuatu, maka ia akn merasa aman dr apa yg ditakutkannya. Dan apabila dibaca oleh org beriman, maka ia akn bertambah imannya.
8. Al-Muhaymin, Yang Maha Pengawal serta Mengawasi

Brgsiapa yg berzikit 100x selepas solat sunat 2 rakaat (esp tengah mlm), IA akn dibersihkan zahir dan batinnya dan tetap bercahaya hatinya. Dan brgsiapa yg baca 145x selepas solat Isyak, IA akn kuat hafalannya.
9. Al-Aziz, Yang Maha Berkuasa

Brgsiapa yg berzikir sbyk 40x setiap hari selama 40 hari dan lebih baik dibaca selepas solat Subuh, InsyaAllah akan dikayakan dan dimuliakan oleh Allah dan tidak dihajatkan dia kpd seseorang dari makhlukNya.
10. Al-Jabbar, Yang Maha Kuat

Brgsiapa yg berzikir setiap hari sbyk 260x atau 226x pada pagi dan petang, InsyaAllah tidak akan boleh dizalimi orang yg zalim dan Allah akan membalas bagi org zalim itu seksa baginya.
11. Al-Mutakabbir, Yang Melengkapi Segala KebesaranNya

Brgsiapa yg berzikir setiap hari sebanyak 662x, InsyaAllah orang yg takbur itu akan tunduk kepadanya.
12. Al-Khaliq, Yang Maha Pencipta

Brgsiapa yg berzikir waktu tgh mlm sbyk 731x, IA akn diterangkn hatinya dan dirinya. Dan brgsiapa yg kehilangan hartanya atau lama ditinggalkan kekasihnya, maka bacalah sbyk 5000x. IA ia akan dtg dgn perintah Allah.
13. Al-Bari’, Yang Maha Menjadikan

Brgsiapa yg berzikir siang hari 100x, IA ia akn selamat dr kebinasaan dan tdk akn merasa takut ia dlm kubur. Dan brgsiapa baca pd mlm selama 7 hari berturut sebyk 100x, IA akn disembuhkan segala penyakit dlm tangannya.
14. Al-Musawwir, Yang Maha Pembentuk

Apabila dibaca sebanyak 336x atau lebih, maka InsyaAllah akan menjadi baik segala perbuatannya atau apa yang dikerjakannya.
15. Al-Ghaffar, Yang Maha Pengampun

Brgsiapa berzikir sbyk 100x sambil mengiringi solat Jumaat, Ia zahir baginya akan mndpt keampunan. Menurut Ulama Sharaf, brgsiapa yg ingin byk harta dan anak, bacalah 70x setiap hari. IA hajatnya akan dikabulkan.
16. Al-Qahhar, Yang Maha Menundukkan

Apabila dibaca setiap hari dan mlm sbyk 306x atau lebih, IA keluar dr hatinya cinta dunia dan kebesaran brg lain drpd Allah dan zahir baginya pertolongan Allah atas musuhnya.
17. Al-Wahhab, Yang Maha Penganugerah

Brgsiapa yg kekal membacanya setiap hari selepas solat fardhu sbyk 300x, IA akn dikabul dan hebat baginya kekayaan dan kebesarannya. Dan brgsiapa mengekalkan membacanya pd akhir sujud solat Dhuha 40x, IA dimudahkan baginya kekayaan.
18. Al-Razzaq, Yang Maha Pemberi Rezeki

Brgsiapa yg berzikir sebyk 20 hari berturut-turut dan setiap hari 20x pada waktu pagi sebelum sarapan, InsyaAllah akan diberikan padanya fahaman yg dalam dan sempurna.
19. Al-Fattah, Yang Maha Pembuka

Apabila dibaca setiap selesai solat Subuh sbyk 71x dgn tangan di atas dada, InsyaAllah hatinya akan bersih dan bercahaya, dimudahkan segala pekerjaannya dan keluar cinta dunia dari hatinya.
20. Al-‘Alim, Yang Maha Mengetahui

Brgsiapa yg berzikir tiap-tiap setelah selesai solat 5 waktu sebyk 100x, InsyaAllah akan mendapatkan ilmu makrifat dan kasyaf serta iman yg sempurna.
21. Al-Qabid, Yang Maha Pengekang

Apabila dibaca setiap hari sebanyak 100x, InsyaAllah akan terhindar dari pengancamnya.
22. Al-Basit, Yang Maha Melimpahkan Nikmat

Apabila dibaca selesai solat Dhuha 10x, InsyaAllah akan diluaskan rezeki dan ilmunya.
23. Al-Khofidh, Yang Maha Perendah (Pengurang)

Apabila diamalkan setiap hari dlm keadaan khusyuk dan bersih (berwuduk) sbyk 500x pasti dijatuhkan martabat musuh atau lawan penentangnya serta dikabulkan hajatnya.
24. Al-Rafi’, Yang Maha Peninggi

Apabila dibaca setiap hari terutama pd malam hari sebyk 70x, pasti hartanya terjaga dari pencuri, perompak, penipuan dan sebagainya.
25. Al-Mu’izz, Yang Maha Menghormati (Memuliakan)

Untuk menumbuhkan kewibawaan org ramai terhadap kita apabila dibaca setiap hari sebyk 140x.
26. Al-Muzill, Yang Maha Menghinakan

Apabila dibaca sebyk 75x dlm sujud terakhir solat dan sebutkan nama yg ditakuti mereka itu, InsyaAllah aman daripadanya. Dan apabila dibaca 1000x setiap hari selama 7 hari, InsyaAllah akan dijauhkan musuh drpdnya.
27. Al-Sami’, Yang Maha Mendengar

Apabila dibaca 500x selepas solat Dhuha pd hari Khamis, maka Allah akan sembuhkan pendengarannya drpd penyakit tuli dan pendengarannya akan menjadi lebih baik.
28. Al-Basir, Yang Maha Melihat

Apabila dibaca sebelum solat Jumaat 100x, InsyaAllah fikirannya akan bertambah cerdas dan hatinya terbuka.
29. Al-Hakam, Yang Maha Mengadili

Apabila dibaca setiap malam sunyi serta suci dari hadas dan najis sebyk 68x, InsyaAllah akan dijadikan hatinya tempat rahsia dan hikmah ilmu agama.
30. Al-‘Adl, Yang Maha Adil

Apabila dibaca selepas solat 5 waktu 104x, InsyaAllah dia akan menjadi pemutus hukum yg adil dan akn merasa tertarik hati org lain kepadanya.
31. Al-Latif, Yang Maha Lembut serta Halus

Apabila dibaca sebyk 129x atau 130x, InsyaAllah usahanya atau perniagaannya akan maju dan akan merasa kejayaan dalam pekerjaannya.
32. Al-Khobir, Yang Maha Mengetahui

Apabila dibaca selama 7 hari 812x, IA akn dtg kpdnya rahmat dgn segala khabar yg dikehendaki. Apabila ingin melihat sesuatu, hendaklah membaca Surah Al-Mulk: 14, ketika hendak tidur, IA akn bermimpi melihat sesuatu yg dikehendakinya.
33. Al-Halim, Yang Maha Lemah Lembut

Apabila dibaca sesudah solat 5 waktu sebyk 88x, InsyaAllah akan dipelihara dari pangkatnya, jabatannya, atau kedudukannya.
34. Al-Azim, Yang Maha Agung

Apabila dibaca setiap hari sebyk 12x, InsyaAllah penyakitnya akan segera sembuh dan akan terhindar kejahatan.
35. Al-Ghafur, Yang Maha Pengampun

Brgsiapa menuliskan atas org yg sakit bacalah sebyk 3x, InsyaAllah akan segera sembuhlah ia.
36. Al-Syakur, Yang Maha Bersyukur

Apabila ditulis sbyk 40x dgn za’faran org yg sesak nafas, penat badan dan dhaif mata lalu direndam dan dihancurkan ke dlm air dan menyapukan air trsebut kpd bdn atau matanya dan diminum, InsyaAllah akn mendpt berkat.
37. Al-‘Ali, Yang Maha Tinggi

Apabila ditulis pd kertas dan direndamkan pd segelas air (tulisannya sbyk 110x), kemudian airnya diberi minum kpd ank kecil, InsyaAllah dia akan menjadi anak yg cerdas dan pandai.
38. Al-Kabir, Yang Maha Besar

Apabila dibaca dlm masa 7 hari selepas solat hajat sbyk 1000x setiap mlm, Insyaallah akn dikembalikan lagi jawatannya, pekerjaanya selama bukan kerana dipecat, kecurangan atau makan hasil rasuah, dll.
39. Al-Hafiz, Yang Maha Memelihara

Untk menjaga keselamatan diri dari binatang buas atau dari hantu malam, dibaca sebyk 99x, InsyaAllah akan diselamatkan drpd segala gangguan tersebut di atas.
40. Al-Muqit, Yang Maha Menjaga

Utk melepaskan rasa haus dan lapar dibaca selama terkena penderitaan itu (bacalah sebyk byknya), InsyaAllah akan sembuh.
41. Al-Hasib, Yang Maha Penghitung

Utk mengukuhkan jawatan atau pekerjaannya apabila dibaca selepas solat Subuh atau sebelum terbit matahari. Dan petang sesudah solat Maghrib, bacalah sebyk 777x, InsyaAllah akan dijaga kedudukannya atau jawatannya atau pekerjaannya.
42. Al-Jalil, Yang Maha Mulia

Apabila dibaca setiap pagi (jam 2.30pagi) sebanyak 73x, InsyaAllah usahanya, perkerjaannya atau kedudukannya akan meningkat dengan menakjubkan.
43. Al-Karim, Yang Maha Pemurah

Brgsiapa yg berzikir pada tiap-tiap sebelum tidur sebanyak 270x atau lebih, maka InsyaAllah akan mendapat kemurahan atau kemuliaan dunia dan akhirat.
44. Al-Raqib, Yang Maha Waspada

Apabila dibaca sebyk 50x pd setiap hari, InsyaAllah segala harta dan barangnya akan aman dari pencurian dan lain-lain.
45. Al-Mujib, Yang Maha Pengkabul

Apabila dibaca selepas solat Subuh setiap hari sebanyak 55x, InsyaAllah hajatnya dikabulkan Allah S.W.T
46. Al-Wasi', Yang Maha Luas

Apabila dibaca setiap hari (waktunya pagi, petang atau malam) sebanyak 128x, InsyaAllah dilepaskan kesulitannya dan dipelihara dari orang yang hasad.
47. Al-Hakim, Yang Maha Bijaksana

Apabila dibaca setiap hari sebanyak 300x, InsyaAllah akan menjadi cerdas akal fikirannya sehingga dengan mudah menerima ilmu-ilmu apa pun.
48. Al-Wadud, Yang Maha Penyayang

Apabila dibaca setiap mlm sebanyak 11,000x, InsyaAllah akan dikabulkan segala hajatnya dan akan dicintai orang dan mententeramkan dalam rumahtangga.
49. Al-Majid, Yang Maha Mulia

Apabila dibaca sebanyak 99x, InsyaAllah semuanya akan terasa aman dan tenteram semua anggota keluarganya.
50. Al-Ba'ith, Yang Maha Membangkitkan

Apabila dibaca sebanyak 100x dgn tangan diletakkan di dada, InsyaAllah akan diberi kelapangan ilmu dan hikmah.
51. Al-Syahid, Yang Maha Menyaksikan

Apabila dibaca setiap mlm sebyk 319x, InsyaAllah menyedarkan orang atau keluarga yang selalu menentangnya atau membangkangnya.
52. Al-Haqq, Yang Maha Benar,

Apabila dibaca setiap pagi, maka InsyaAllah keimanannya akan semakin bertambah.
53. Al-Wakil, Yang Maha Pentadbir

Dpt mnjga ketakutan drpd merbahaya spt bencana banjir, angin ribut, gempa bumi dll. Maka bykkanlah membaca kalimah ini. Dan apabila dibaca setiap hari siang atau mlm 66x atau lebih, InsyaAllah akan dibukan pintu rezeki dan kebaikan buatnya.
54. Al-Qawiy, Yang Maha Kuat

Apabila dizalimi org, maka bacalah 1000x, InsyaAllah akan dilepaskan ia daripada orang yang menzaliminya.
55. Al-Matin, Yang Maha Teguh

Utk mengembalikan kekuatan terutama dlm pertempuran, dibaca sebyk-byknya (keduanya Al-Qawiy dan Al-Matin), InsyaAllah kekuatan akan pulih kembali spt semula.
56. Al-Wali, Yang Maha Melindungi

Brgsiapa yang membacanya pada mlm Jumaat sebanyak 1000x, makan akan diberikan dia akan hisab yang mudah.
57. Al-Hamid, Yang Maha Terpuji

Apabila dibaca setelah selesai solat Maghrib dan Subuh sebyk 62x, InsyaAllah segala perkataan dan perbuatannya akan selalu terpuji.
58. Al-Muhsi, Yang Maha Penghitung

Brgsiapa yg membacanya sbyk 20x kepada roti atau makanan lainnya, kemudian diberikan kpd org yg dikehendakinya, InsyaAllah ia akan tunduk.
59. Al-Mubdi, Yang Maha Pencipta dari Asal

Utk menjayakan segala yg dirancangkan, dibaca setiap hari sebyk 470x, InsyaAllah apa yg dirancangkan itu terwujud atau berhasil dgn baik.
60. Al-Mu'id, Yang Maha Mengembalikan serta Memulihkan

Utk mengembalikan atau mencari sesuatu yg hilang, dibaca setiap sebelum solat fardhu 5 waktu sbyk 124x, InsyaAllah dgn kehendak dan izin Allah akan kembali lagi.
61. Al-Muhyi, Yang Menghidupkan

Apabila dibaca setiap hari sebanyak 58x, InsyaAllah akan memperoleh kemuliaan dan meningkat darjatnya berkat nama yang dibaca.
62. Al-Mumit, Yang Mematikan

Apabila dibaca sebanyak 490x atau lebih, maka InsyaAllah akan dpt menundukkan nafsu dan akan berbuat taat.
63. Al-Hayy, Yang Sentiasa Hidup

Apabila dibaca sebanyak 300,000x, InsyaAllah akan terhindar dari segala penyakit.
64. Al-Qayyum, Yang Hidup serta Berdiri Sendiri

Apabila dibaca keduanya (Ya Hayyu Ya Qayyum) setiap hari di waktu mlm yg sunyi sbyk 1000x, InsyaAllah akan dikabulkan hajatnya dan akan menjadi hartawan dan dermawan, disenangi kawan dan lawan juga besar kewibawaannya.
65. Al-Wajid, Yang Maha Penemu

Untuk menimbulkan kepercayaan pada diri sendiri.
66. Al-Majid, Yang Maha Mulia

Apabila dibaca sebanyak 400x tiap-tiap pagi dan petang, makanakan terang hatinya.
67. Al-Wahid Al-Ahad, Yang Maha Esa

Apabila dibaca setiap selepas solat 5 waktu sebyk 190x, dlm masa 1 bulan dan berpuasa pd Isnin dan Khamis, InsyaAllah segala hajatnya akan dikabulkan dan diberi keturunan.
68. Al-Samad, Yang Menjadi Tumpuan,

Utk memohon apa saja yg dihajatkan, dibaca sebyk 313x dlm waktu 3 hari disertai puasa selama 3 hari pula, InsyaAllah akan dikabulkan segala mcm hajatnya.
69. Al-Qadir, Yang Maha Berupaya

Apabila dibaca 200x setelah melaksanakan solat sunat 2 rakat ketika dlm keadaan dha'ir (da'if), InsyaAllah akan mendapat kekuatan.
70. Al-Muqtadir, Yang Maha Berkuasa

Apabila dibaca 100x setelah bangun tidur, InsyaAllah ia akan mendapat hidayah dan petunjuk dari Allah S.W.T
71. Al-Muqaddim, Yang Maha Menyegerakan

Utk menyegerakan apa yg diinginkan, dibaca setiap harinya sebyk 184x, InsyaAllah dgn cepat tercapai apa yg diinginkannya.
72. Al-Mu'Akhir, Yang Maha Penangguh

Brgsiapa yg membaca tiap-tiap hari sebyk 300x atau lebih, InsyaAllah dibukankan baginya pintu taufik dan diberikan kesedaran untuk bertaubat.
73. Al-Awwal, Zat Yang Pertama

Utk mendatangkan hajat, dibaca setiap hari sbyk 37x, InsyaAllah akan dikabulkan hajatnya.
74. Al-Akhir, Zat Yang Akhir

Apabila dibaca setiap selesai solat Isyak sebyk 1000x, InsyaAllah hatinya akan bersih dan bertambah kebaikan di akhir umurnya.
75. Al-Zahir, Yang Maha Nyata

Agar terbukanya segala ilmu, dibaca setiap selepas solat fardhu sebyk 1106x dlm masa 1 bulan, InsyaAllah akan mendapat ilmu-ilmu yg jarang dimiliki oleh orang biasa.
76. Al-Batin, Zat Yang Maha Ghaib

Utk ilmu yg jarang dimiliki oleh manusia biasa, dibaca setiap selepas solat fardhu 5 waktu sebanyak 30x, pasti akan dikabulkan ilmu-ilmu yg jarang dimiliki oleh manusia biasa.
77. Al-Wali, Zat Yang Wali/Yang Memerintah

Agar terbuka hatinya, dibaca setiap pagi dan petang sebanyak-banyaknya, InsyaAllah hatinya akan terbuka.
78. Al-Muta'Ali, Yang Maha Tinggi serta Mulia

Apabila dibaca setiap hari siang atau mlm sebyk 541x, InsyaAllah ia akan mendapat hasil yg baik dan mendapat darjat yg lebih tinggi.
79. Al-Barr, Yang Banyak Membuat Kebaikan

Utk memudahkan apa saja yg diinginkannya, dengan dibaca sebanyak-banyaknya.
80. Al-Tawwab, Yang Maha Menerima Taubat

Untuk mengembalikan ke jalan yg lurus, dibaca setiap saat, InsyaAllah akan berhasil segala apa yg diinginkannya.
81. Al-Muntaqim, Zat Yang Menghukum

Utk menolak perbuatan aniaya dan orang yg zalim, bacalah sesudah solat fardhu 5 waktu sebanyak-banyaknya.
82. Al-'Afuw, Yang Maha Pengampun

Bacalah sebanyak-banyaknya siang atau malam, maka InsyaAllah akan dikasihi oleh Allah.
83. Al-Ra'uf, Yang Maha Pengasih serta Penyayang

Bacalah sebanyak-banyaknya setiap saat supaya disenangi manusia yg kenal padanya.
84. Malik-Al-Mulk, Pemilik Kedaulatan Yang Kekal

Dibaca setelah solat fardhu 5 waktu 212x, InsyaAllah akan dipelihara daripada hasad dengki dlm hal pekerjaan, jawatan dan seumpamanya.
85. Zu Al-Jalal Waal-Ikram, Yang Mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan

Utk mendtgkan hajat, dibaca setiap hari sebanyak 1065x dlm masa 1 bulan, InsyaAllah akan dipenuhi segala hajatnya.
86. Al-Muqsit, Yang Maha Saksama

Apabila dibaca 209x atau lebih, InsyaAllah akan terpelihara dari was-was syaitan dlm ibadah.
87. Al-Jami', Yang Maha Pengumpul

Brgsiapa yg membacanya tiap-tiap hari sebanyak 300x, InsyaAllah akan dikumpulkan segala maksudnya.
88. Al-Ghani, Yang Maha Kaya serta Serba Lengkap

Apabila dibacakan sebyk 1060x pd org sakit atau mendpt bala dirinya dan org lain, InsyaAllah akan segera sembuh dari penyakitnya.
89. Al-Mughni, Yang Maha Mengkayakan dan Memakmurkan

Apabila dibaca pd tiap-tiap hari sebyk 1000x, InsyaAllah akan menjadi kaya berkat kurnia Allah S.W.T
90. Al-Mani', Yang Maha Pencegah

Utk menolak perlakuan org jahat dan org zalim, bacalah setiap selepas solat sunat Subuh (sebelum fardhu Subuh) sebyk 161x, InsyaAllah akan selamat dari perbuatan mereka itu.
91. Al-Dharr, Yang Mendatangkan

Utk menyembuhkan penyakit (yg bertahun-tahun tdk dpt disembuhkan), InsyaAllah dgn izin dan kehendak Allah penyakit tersebut akan segera sembuh, dgn dibaca sebanyak-banyaknya.
92. Al-Nafi', Yang Memberi Manfaat

Utk menyembukan penyakit dan menghilangkan kesusahan, nama ini dibaca setiap hari, InsyaAllah akan berhasil. Dan brgsiapa yg berzikir dgn hati ketika jimak dgn isterinya, InsyaAllah isterinya itu akn menaruh belas kasih dan diberi ank yg soleh.
93. Al-Nur, Yang Maha Menerangi

Apabila dibaca setiap hari siang atau malam, InsyaAllah akan diterangkan hatinya dan anggotanya.
94. Al-Hadi, Yang Memimpin dan Memberi Petunjuk

Utk menghilangkan kesukaran yg dihadapi atau tersesat di tengah-tengah jln, nama ini dibaca setiap hari pagi dan petang atau ketika ia memerlukannya.
95. Al-Badi', Yang Maha Pencipta Yang Tiada Tandingnya

Utk tercapai apa yg telah direncanakannya, nama ini dibaca setiap selepas solat fardhu sebyk 500x, InsyaAllah akan berjaya apa yg dirancangkannya.
96. Al-Baqi, Yang Maha Kekal

Dibaca sebanyak-banyaknya, InsyaAllah setiap pekerjaannya akan bertambah untung dan dijauhi daripada kerugiaan.
97. Al-Warith, Yang Maha Mewarisi

Dibaca setiap malam 707x, InsyaAllah usahanya akan bertambah maju.
98. Al-Rashid, Yang Memimpin (Kearah Kebenaran)

Utk menambah kecerdasan berfikir, dibaca setiap pagi dan petang.
99. Al-Sabur, Yang Maha Penyabar

Dibaca setiap hari 100x sebelum terbit fajar, InsyaAllah tidak mendapat bala pada hari itu juga dapat bersabar dalam menghadapi segala urusan.
Konklusinya.

"Sesungguhnya Allah memiliki 99 nama, 100 kurang 1, siapa yg menjaganya maka dia akn masuk syurga"

Riwayat Bukhari no. 2736, Muslim no. 2677 dan Ahmad no. 7493.

Menjaga bermaksud: menghafal, merenungkan maknanya dan mengamalkan kandungan maknanya.

Wallahualam. =)
It is “A simple yet meaningful ..” Sorry for grammatical error. Btw, every names has different counting for different intention. May refer to ustaz for further explanation, since I got no further knowledge in this. Everyone is learning, no judging please. ☺️
Serulah atau berzikirlah dgn nama Allah, disebut dgn “Ya” dan diikuti dgn nama Allah. Contohnya “Ya Razzaq”, “Ya Rahman”, “Ya Rahim”, “Ya Quddus”.
Tips utk dpt atau percepatkan jodoh. Berzikirlah dengan menyeru kalimah Allah:

1. Ya Rahman, Yang Maha Pemurah
2. Ya Rahim, Yang Maha Mengasihi
3. Ya Wadud, Yang Maha Penyayang

Tips drpd Ustazah Isfadiyah Dasuki #BercintaSelepasNikah
The Asmaul Husna from Hijjaz. How peaceful and melodiousness it was [Part 1]
The Asmaul Husna from Hijjaz. How peaceful and melodiousness it was. [Part 2]
Mashaallah, to all negative people out there, May Allah lead all of us to the right way. And to those who wishing good things, May Allah bless all of us and grant us the highest Jannah to us. ☺️ #spreadlove ❤️❤️❤️
Jangan kisah berapa bilangan (e.g 100x) yg perlu disebut, sebutlah dan serulah sebanyak yg boleh kerana Allah tahu apa dlm hati kita yg kita inginkan, InsyaAllah Allah dengar dan makbulkan.

Ustaz Azhar Idrus.

Waallahualam.
99 Asmaul Husna berserta fadilatnya ada disebut oleh Imam Nawawi Rahimahullah dlm Kitab Asmaul Husna, di mukadimah kitab.

Penjelasan Ustaz Azhar Idrus, dlm ceramahnya.

Waallahualam.
This content can be removed from Twitter at anytime, get a PDF archive by mail!
This is a Premium feature, you will be asked to pay 30$/year
for a one year Premium membership with unlimited archiving.
Don't miss anything from @nasrulisaad,
subscribe and get alerts when a new unroll is available!
This is a Premium feature, you will be asked to pay 30$/year
for a one year Premium membership with unlimited subscriptions/alert.
Did Thread Reader help you today?
Support me: I'm a solo developer! Read more about the story
Become a 💎 Premium member ($30/year) and get exclusive features!
Too expensive?
Make a small donation instead. Buy me a 🍺 beer ($5) or help for the 🛠 server cost ($10):
Donate with 😘 Paypal or  Become a Patron 😍 on Patreon.com
Using crypto? You can help too!
Trending hashtags:
Did Thread Reader help you today?
Support me: I'm a solo developer! Read more about the story
Become a 💎 Premium member ($30/year) and get exclusive features!
Too expensive?
Make a small donation instead. Buy me a 🍺 beer ($5) or help for the 🛠 server cost ($10):
Donate with 😘 Paypal or  Become a Patron 😍 on Patreon.com
Using crypto? You can help too!