"Mangsa ditemui dalam tandas sebuah pencawang elektrik TNB dalam keadaan nyawa-nyawa ikan. Mangsa yang baru berusia 10 tahun ketika itu bergelut antara hidup dan mati selepas didera secara seksual"
Kisah duka adik Nurul Huda Abdul Ghani, pengajaran buat kita semua
Al-Fatihah...
Pertama sekali, tiada niat lain selain untuk beri kesedaran kepada kita untuk berhati-hati. Penjenayah ada di mana-mana & kita tidak dapat sangka, kita atau sesiapa sahaja yg kita sayang boleh menjadi mangsa dalam sekelip mata sahaja. Thread ini 100% merujuk laporan mahkamah
(Citation kes : [2004] 7 CLJ 249 / PP v M Abbas Danus Baksan)
Kes melibatkan jenayah bunuh, kesalahan di bawah Seksyen 300 Kanun Keseksaan dan jika didapati bersalah, boleh dihukum di bawah Seksyen 302 kanun yg sama dgn hukuman gantung sampai mati.
Sekitar 8.05 pagi, 17 Januari 2004, adik Nurul Huda telah berbasikal ke sebuah kedai yg terletak lebih kurang 500 dari rumahnya untuk membeli telur, ikan dan serai. Kedai tersebut dikenali sebagai Kedai Wak Midek oleh penduduk di situ (di sebuah kg di Tg Kupang, Johor)
Mangsa ketika itu memakai T-shirt putih dengan lengan warna merah jambu serta seluar panjang warna biru, menaiki basikalnya yg berwarna biru. Terdapat sebuah pondok pencawang TNB dlm perjalanan ke kedai tersebut yg memang akan dilalui mangsa
Pondok tersebut letaknya kira-kira 300m dari rumah mangsa & 250m dari kedai Wak Midek. Kakak mangsa berasa risau selepas 20 minit mangsa tidak pulang dan minta bantuan seseorang ke kedai tersebut untuk mencari mangsa. Namun dikhabarkan mangsa mmg ada singgah tapi telah pulang
Kaka mangsa kemudiannya bergegas ke rumah sepupunya dan keluar mencari mangsa menaiki sebuah motosikal ke sekitar kawasan berhampiran. Mereka ke kedai semula dan mendapat jawapan yg sama. 9.30 pagi mereka pulang ke rumah & seorang lagi kakak mangsa sertai pencarian
Selepas gagal, sekitar jam 11.09 pagi, mereka hubungi abang mangsa dan bersama-sama keluar mencari menggunakan sebuah kereta, Proton Wira yg dipinjam. Mereka yakin mangsa berada di kawasan sekitar dan tidak pergi jauh
Mereka lewati pondok pengawal pencawang tersebut & tertuduh ada di hadapan. Mereka buat keputusam untuk bertanya namun mendapat respon yg negatif. Mereka berasa syak kerana jawapan dan tingkahlaku pengawal tadi sgt mencurigakan. Abg mangsa minta masuk namun dihalang
Jwpn tertuduh yg menyatakan langsung tidak melihat mangsa adalah sgt menghairankan kerana sesiapa sahaja dari arah rumah mangsa pasti akan melalui pencawang tersebut. Mereka putuskan untuk berusaha sedaya mungkin untuk masuk ke kawasan pencawang tersebut bagi tujuan pencarian
Kakak mangsa kemudiannya minta sepupu mereka utk panggil abang sepupu untuk turut serta mencari. Mereka memanggil nama mangsa namun tidak bersahut. Tertuduh hanya benarkan mereka masuk jika ketua benarkan dan dgn kehadiran polis bersama. Mereka akur dan pergi ke balai polis
Sekitar jam 1 tengahari, dua org anggota polis bersama mereka ke pencawang tersebut. Namun tetap tidak dibenarkan. Mereka menghubungi ketua pencawang tersebut dan diberi kebenaran namun tetap ditahan oleh tertuduh tadi
Seorang anggota polis tadi telah memanjat sendiri pagar pencawang tersebut dgn ketinggian 11 kaki dan diikuti abg mangsa, abg sepupu dan satu lagi. Dlm masa yg sama tertuduh naik angin dan mengeluarkan sebilah parang panjang. Tertuduh berjaya dikawal oleh polis dan org ramai
Anggota polis tersebut yg turut merupakan saksi pendakwaan ke-9 telah masuk ke pondok pengawal dan buka pintu tandas sebelum menemui mangsa dalam keadaan cangkung, tidak berpakaian. Mulut mangsa disumbat tuala, nyawa-nyawa ikan ketika itu
Abg mangsa segera memakaikan pakaian mangsa semula sebelum bawa mangsa keluar dan dibaringkan pada platform kayu di tepi pondok itu. Mangsa segera dibawa ke klinik kesihatan berdekatan. Mangsa disahkan meninggal dunia sebaik sahaja tiba di sana oleh pegawai kesihatan
Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Sultanah Aminah untuk sesi bedah siasat. Basikal mangsa yg berwarna biru juga ditemui dalam tandas tersebut bersama-sama dengan mangsa. Suspek utama adalah pengawal keselamatan tersebut kerana hanya dia sahaja yg ada di situ ketika itu
Selain pengawal tersebut, terdapat seorang lagi suspek yg turut bersama-sama merogol mangsa. Sampel dari kedua-dua suspek diambil untuk dipadankan dengan sampel yg ditemui di tempat kejadian. Terdapat beberapa bahan bukti dibawa masuk
Pada hari kejadian itu juga, sekitar jam 6.30 ptg, baju yg dipakai oleh kedua-dua suspek ketika itu diambil selain seput kuku dan sampel diambil bagi padanan DNA. Selepas kajian, positif, kesan air mani pada seluar si mati padan dgn tertuduh
Turut dipadankan adalah kesan darah yy dijumpai pada selimut di pondok pengawal tersebut adalah sah dan padan dengan si mati. Kesemua rantaian pembuktian ini (chain of evidence) amat penting bagi pastikan tiada keraguan pd kes pendakwaan ini
Mangsa disahkan telah dirogol dan kemudian dicekik (manual strangulation) yg mengakibatkan kematian mangsa. Kes seterusnya disiasat di bawah Seksyen 300, bunuh dengan niat (matikan dgn salah) dan hukumannya adalah di bawah Seksyen 302, gantung sampai mati
Laporan bedah siasat menemui kesan lebam selain kesan koyakan pada kemaluan dan dubur mangsa. Laporan mengesahkan mangsa telah dirogol dan diliwat secara kejam. Selain itu, disahkan mangsa telah 'disenyapkan' sebelum dikasari secara seksual akibat kurangnya kesan pergelutan
Tertuduh utama, pengawal keselamatan beri keterangan hanya merogol dan tidak membunuh kanak2 malang itu. Menurut kesaksiannya, mangsa dibawa oleh tertuduh satu lagi ke pondok mereka. Kejadian dikatakan berlaku sekitar 9 pagi sehingga 1 tengahari.
Dalam pembelaan tertuduh yg satu lagi, dia beri kesaksian yg dia berada di rumah pagi itu bersama ibunya dan basikal kuningnya yg sentiasa dinaiki juga ada di rumah. Pokoknya dia mendakwa dia tidak ke mana-mana pada waktu kejadian
Namun bagaimanaoun, ketika kejadian, basikal kuning tersebut ada di pencawang tersebut dan tidak dapat dibuktikan siapakah pemilik basikal kuning itu dan bagaimana boleh ada di situ.
Kes ini agak menarik kerana tertuduh utama tidak mengaku bunuh tetapi hanya merogol sahaja dan bersaksi yg dua orang lain yg membunuh dengan cara mencekik mangsa ketika kejadian rogol berlaku. Tertuduh juga pilih untuk beri keterangan secara tidak bersumpah
Tertuduh menceritakan yg tertuduh lain (ngegel) mengaku mangsa adalah anak saudara dan akan dtg lagi seorang ke pondok tersebut (jojo). Apabila jojo masuk, tertuduh masuk sekali dan Ngegel ketika itu tidak berpakaian, menindih mangsa dan tangannya di leher mangsa
Selepas itu tertuduh pula bertindak merogol mangsa namun tidak pasti sama ada mangsa sudah mati atau masih hidup kerana mangsa tidak bergerak. Kemudian giliran Jojo oula sebelum Jojo dan Ngegel meninggalkan pondok menaiki motosikal Jojo
Pembelaan dalam hujahnya menyebut bahawa pembuktian dalam kes ini hanyalah circumstancial evidence atau pembuktian ikut keadaan sahaja. Maksudnya, tiada bukti direct (saksi lihat sendiri, pengakuan) tetapi hanya berdasarkan bukti yg dijumpai utk dipadan dan dikaitkan sahaja
Tertuduh dalam usaha untuk menimbulkan keraguan juga memilih untuk tidak bersumpah dalam beri keterangan, maka tidak terikat utk cerita hanya yg benar-benar sahaja. Namun nilai keterangan adalah sangat rendah kerana tidak disumpah benarkan.
Setelah menilai semua keterangan dan pembuktian, Mahkamah putuskan mangsa bersalah dan hukuman Seksyen 302, gantung sampai mati diberikan. Kes ini kemudian dirayu di Mahkamah Rayuan dan keputusan juga dikekalkan bersalah oleh hakim kerana tiada keraguan berjaya dibuktikan
Sila pastikan keselamatan anak-anak, adik-adik kita. Malahan jika lihat anak kecil berseorangan di luar, tolonglah perhatikan. Jgn samakan zaman kita dan zaman mereka. Zaman kita memang hidup bebas, zaman skrg yg dijaga rapi pun boleh diambil dan dianiaya bila-bila masa
Kes ini, jenayah berlaku hanya beberapa jam sahaja dan tiada siapa menyangka dalam kawasan kampung sendiri boleh jadi kejadian jenayah seperti ini. Mangsa dijumpai tepat azan Zuhur berkumandang. Beri perhatian sepenuhnya. Benda nak jadi, sekelip mata pun boleh jadi
• • •
Missing some Tweet in this thread? You can try to
force a refresh
Tadi ada auntie masuk kedai. Mula-mula aku macam annoyed juga sbb auntie marah dia kata kenapa bagi duit baki RM 5 banyak-banyak. Kenapa kena order kat kaunter. Kenapa takde air panas. Kenapa itu, kenapa ini. Tapi nasihat auntie sebelum balik tadi buka mata aku.
Auntie kata, org cina suka jadi raja di kedai makan. Bila org cina boleh makan di kedai, bermaksud dia ada duit. Bila dia ada duit, dia suka dilayan macam org berduit.
Waiter mesti layan baik-baik. Jgn tiru KFC, McD. Itu kedai jual apa pun org ikut saja.
Air panas kena ada sebab org tua suka air panas. Kalau org tua suka satu-satu kedai makan, kita jgn risau nak cari pelanggan lagi sbb marketing mulut ke mulut org tua bukan sekadar kawan-kawan, tapi sampai ke cucu cicit.
"Tapi tak baik doh kau, Mal. Budak tu dahlah sorang-sorang. Tapi kelakar juga hahahaha"
Ikmal dan Nazri terus bergelak ketawa. Adi rakan mereka gemar benar pergi ke mana-mana berseorangan. Berulang kali juga ditegur keluar malam biar berteman.
"Tapi lewat juga budak Adi ni tak balik lagi. Call tak angkat. Komen kat IG tadi pun tak reply. Read saja"
"Aku call pun tak angkat. Aku tak sedap hati pula ni, Mal"
"Kejap lagi dia balik lah tu. Tengah mengaji kot haha"
Telefon bimbit Ikmal berdering. Nombor tak dikenali. Mulanya malas hendak diangkat bimbangkan scammer. Tetapi tiga kali berturut-turut berdering, diangkat juga.
Aku meniaga juga kedai makan. Mulanya nak ikut trend juga. Tapi lepas study market, kos dan sebagainya, aku beralih kepada kempen 'Belum Kenyang, Jangan Balik !'
Maksudnya sila tambah nasi, sup, sambal dan air secara percuma, free flow takde limit.
Rekod setakat ni, ada anak muda tambah nasi 4 kali, sambal 3 kali. Aku agak kagum tengok lain macam customer ni punya selera. Dia bertahan dengan seketul ayam. Tabik spring hahahaha. Tisu jangan cerita. Selori kesat air mata 🤣
Kedai saya di Muar awak. Bandar Muar. Belakang Marrybrown roundabout Wetex tu. Sebaria TM Point, hujung sekali. Kalau kita buka cawangan dengan konsep 'Belum Kenyang, Jangan Balik' ni, lokasi mana yang sesuai dan ramai boleh manfaatkan ?