Profile picture
Duke of KL @TheDukeofKL
, 24 tweets, 7 min read Read on Twitter
Peratusan Keluar Mengundi Rendah Akan Untungkan BN! Kajian Kes di Teluk Intan & Kuala Kangsar ( Ini adalah thread )

1. Pada Selasa lalu, Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia ( SPR ) telah mengumumkan tarikh mengundi iaitu pada 9 Mei ( Rabu ). Ia menimbulkan reaksi negatif org ramai
2. Rata-rata berpendapat bahawa keputusan untuk memilih tarikh tersebut tidak tepat kerana ia menyukarkan orang ramai membuang undi terutamanya mereka yang tinggal di Kuala Lumpur kerana hari pengundian di buat pada pertengahan minggu bekerja.
3. Keputusan ini sehingga kini tidak diberikan apa-apa justifikasi oleh SPR. Bahkan SPR menyalahkan pengundi kerana tidak menukar alamat mengundi. Satu kenyataan jadong kerana SPR juga membenarkan pengundi untuk mengundi di kawasan bukan tempat tinggal mereka.
4. Bahkan Dato’ Seri Najib yg menetap di Langgak Duta, Jalan Duta turut mengundi di Parlimen Pekan, Pahang. Oleh itu, ia satu kenyataan tidak b'jawab oleh SPR kerana tidak mengambil kira aspek tersebut tambahan lagi tugas SPR adalah utk memastikan peratusan keluar mengundi tinggi
5. Walaubagaimanpun, satu-satunya rasional kami berkenaan keputusan SPR untuk memilih hari pengundian di tgh2 hari bekerja adalah kerana ingin mengurangkan peratusan mengundi dgn menyukarkan mereka yang tinggal di tempat lain untuk pulang mengundi. Hal ini akan menguntungkan BN
6. Terdapat dua kajian kes iaitu di Kuala Kangsar dan Teluk Intan. Kita akan bezakan pengundi sama ada pengundi asal ( yang tinggal tetap di dalam Kawasan Parlimen mengundi ) dan pengundi luar ( yang pulang mengundi & tinggal di luar kawasan parlimen )
7. Bagaimana kami bezakan mereka?

Kami membezakannya mereka berdasarkan perbezaan jumlah pengundi yg keluar mengundi di antara Pilihanraya Kecil & Pilihanraya Umum. Pengundi yg mengundi di PRK adalah pengundi asal manakala LEBIHAN pengundi di PRU adalah pengundi luar.
8. Kenapa Pengundi luar tidak mengundi pada PRK?

Andaian : Pengundi luar tidak akan pulang mengundi pada PRK kerana mereka berpendapat bahawa satu kerusi parlimen tidak mampu untuk mengubah kerajaan yang sedia ada berbanding pada PRU.
9. Kebiasaannya, peratusan keluar mengundi adalah rendah pada PRK dan peratusan keluar mengundi pada PRU adalah lebih tinggi. Peratusan keluar mengundi yang rendah memberi impak yang negatif pada pembangkang berbanding Barisan Nasional
10. Di Parlimen K. Kangsar, Pada PRK, BN menang dengan majoriti 2,086 undi ( digabungkan undi pembangkang ) berbanding 1,082 undi pd PRU.

Peningkatan majoriti BN ini adalah disebabkan oleh peratusan keluar mengundi yg rendah ( disebabkan pengundi luar tidak mengundi ) pada PRK.
11. Di Parlimen K. Kangsar, bagi setiap 100 orang pengundi luar yang pulang mengundi,

62 orang akan mengundi pembangkang
38 orang akan mengundi Barisan Nasional
12. Di Parlimen Teluk Intan impaknya lebih ekstrem, DAP telah kalah kepada BN dengan 238 undi pada PRK meskipun menang pada PRU dengan majoriti 7,313 undi.

Kenapa?

Puncanya adalah kerana pengundi luar ( 7,409 orang ) tidak keluar mengundi
13. Undi pada DAP telah berkurang dari 27,399 undi kepada 19,919 undi ( berkurang 7,480 undi ) manakala undi BN hampir sama pada PRK tersebut ( 20,157 undi ) berbanding PRU ( 20,086 undi ). BN berjaya wujudkan 71 swing vote dari DAP
14. Data ini bermaksud hampir kesemua pengundi luar di Teluk Intan mengundi DAP. Jika terdapat 239 orang pengundi luar yang pulang mengundi, calon jelita DAP, Dyana Sofya sudah pasti menjadi ahli parlimen Teluk Intan.

* Sadly dia baru saja bertunang
15. Di Permatang Pauh juga sama, BN berjaya mengecilkan majoriti PKR akibat peratusan kadar mengundi yang rendah dari 88% kepada 74%.

Bagi setiap 100 orang pengundi luar, 64 orang akan mengundi PKR manakala 36 orang akan mengundi BN.
16. Disebabkan inilah, BN akan memperoleh manfaat jika peratusan keluar mengundi rendah kerana pengundi asal merupakan sasaran mudah BN berbanding pengundi luar yang pro-pembangkang. Data kami sebelum ini juga menunjukkan trend yang serupa.
17. Pemimpin-pemimpin BN juga kelihatan tidak ingin orang ramai pulang mengundi. Timb. Menteri KDN, Dato Nur Jazlan mengecam Cathay Pacific kerana mengurangkan caj penukaran tarikh penerbangan dengan berkata bahawa regime change merupakan sebahagian drpd modul perniagaan mereka
18. Beliau juga berkata bahawa menggunakan pengundi luar untuk memenangi kerusi parlimen adalah salah kerana wakil rakyat pembangkang seringkali berpindah-pindah kawasan.

???
19. Timb. Perdana Menteri pula mengingatkan pengundi-pengundi yang bekerja di Singapura agar tidak pulang mengundi jika tidak mendapat kebenaran bercuti daripada majikan. Satu kenyataan yang tidak sepatutnya dilontarkan oleh seorang pemimpin tertinggi negara
20. Walaubagaimanapun, pelan BN ini mungkin akan backfire pada PRU14 ini terutamanya di kawasan-kawasan seperti K. Kangsar. Ini kerana pengundi2 luar pembangkang yang lebih teruja untuk menukar kerajaan akan lebih cenderung untuk pulang mengundi berbanding pengundi pro-BN.
21. Di kawasan-kawasan ekstrem seperti di Teluk Intan, peratusan keluar mengundi yang rendah sememangnya akan meningkatkan lagi peluang BN untuk menang tambahan lagi dengan pertarungan tiga penjuru diantara Gagasan Sejahtera, Pakatan Harapan & Barisan Nasional.
22. Kajian diatas telah menolak undi dari pihak ketiga ( seperti calon BEBAS dsb ) dan menggunakan formula mudah melalui jumlah pengundian diantara PRK & PRU untuk mengenalpasti bilangan pengundi luar.

Teruskan ikuti kami,

Teirma kasih.
Adakah anda faham dengan thread ini?
Apakah thread lain yang anda inginkan?
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to Duke of KL
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member and get exclusive features!

Premium member ($3.00/month or $30.00/year)

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!