Profile picture
Duke of KL @TheDukeofKL
, 18 tweets, 6 min read Read on Twitter
Menilai Manifesto Pakatan Harapan : Adakah GST boleh Dihapuskan?

1.Pakatan Harapan ( PH ) telah melancarkan manifesto mereka yang disebut sebagai Buku Harapan bulan lalu.

Antara janji utama gabungan ini adalah untuk menggantikan GST dengan Cukai Jualan & Perkhidmatan ( SST )
2. Barisan Nasional ( BN ) menyatakan bahawa janji ini sebagai tidak realistik kerana penghapusan GST akan mengakibatkan kerajaan kekurangan RM43.8 bilion.

BN menyatakan bahawa Pemansuhan GST akan memberikan kesan terhadap perbelanjaan kerajaan dan sukar dilaksanakan
3. Menurut penilaian kami, SST yang akan digantikan oleh PH akan memberikan pulangan sekitar RM20 bilion* kepada kerajaan.

Ini bermaksud kekurangan yang dialami oleh PH adalah hanya sekitar RM23.8 bilion

*Berdasarkan kutipan 2014 + CAGR 4%
4. Melalui Belanjawan alternatif PH, mereka pula menyatakan bahawa akan mengurangkan perbelanjaan Jabatan Perdana Menteri ( JPM ) sebanyak RM12 bilion.

Tetapi angka ini agak mustahil kerana perbelanjaan keseluruhan JPM ialah RM17b dimana RM5 bilion perbelanjaan mengurus
5. Kami mengandaikan bahawa paling maksimum pun kerajaan PH boleh mengurangkan belanjawan JPM dari RM17 bilion kpd RM7 bilion iaitu penjimatan RM10 bilion melalui potongan perbelanjaan pembangunan.

Ini bermaksud kekurangan k'jaan sekarang ini adalah lebih kurang RM13.8 bilion
6. Kenaikkan harga minyak juga akan memberikan pendapatan lebihan kpd k'jaan. Pd pembentangan bajet lalu, k'jaan anggarkan harga minyak sekitar $52 setong.

Kini, harga minyak telah meningkat kepada $74 setong.

Bagi setiap $1 kenaikkan harga minyak, kerajaan menjana RM300 juta
7. Mengikut penganalisis antarabangsa, k'jaan Arab Saudi akan berusaha utk melonjakkan harga minyak kpd $80 setong.

Jika keadaaan ini berlaku, dengan adjustment purata $66 setong, kerajaan akan mendapat lebihan RM4.2 bilion+- .

Kekurangan kerajaan adalah sekitar RM 9.6 bilion
8. Gabungan PH juga menekankan isu pembaziran dan rasuah. Hal ini tidak boleh dinafikan kerana dibawah pentadbiran kerajaan Barisan Nasional, kita seringkali mendengar salahlaku penjawat awam seperti di beberapa kementerian.
9. Seperti contoh, Kementerian Belia & Sukan dilaporkan rugi RM100 juta akibat salahlaku pegawai kanan KBS,

Skandal Jabatan Air Sabah tahun lalu menemukan RM100 juta lebih dlm bentuk tunai

Kementerian Luar Bandar & Wilayah dikatakan mempunyai ketirisan lebih kurang Rm1.5bilion
10. Oleh itu, kiraan kami menganggarkan jika kerajaan boleh menjimatkan sekitar 3%-4% perbelanjaan melalui perbelanjaan secara berhemah dan teliti.

Gabungan Pakatan Harapan boleh menjimatkan wang sekitar RM8.4 bilion sehingga RM11.2 bilion.
11. Ini bermaksud kekurangan kerajaan yang bernilai RM9.6 bilion seperti di tweet yang lalu boleh ditampung dengan penjimatan yang akan dilakukan oleh kerajaan.

Dalam erti kata lain, GST mampu dimansuhkan oleh gabungan Pakatan Harapan jika mereka membentuk kerajaan.
12. Berkenaan dengan janji lain, PH banyak memfokuskan reformasi institusi yang merupakan punca utama segala masalah di dalam negara.

Perkara ini tidak dititikberatkan oleh Barisan Nasional di dalam manifestonya yang banyak memberikan janji-janji short term gain sahaja
13. Antara perkara penting yang ingin dilakukan PH adalah mengehadkan jawatan Perdana Menteri ( PM ) kepada 2 penggal serta menghalang PM untuk menjadi terlalu berkuasa dengan melarang PM utk menjadi Menteri Kewangan.

Perkara ini penting utk mengelakkan salahguna kuasa berlaku
14. Gabungan PH juga ingin menyelesaikan skandal FELDA, MARA dan 1MDB yang telah merosakkan nama baik Malaysia di mata dunia.

Tindakan ini begitu penting bagi memulihkan lagi keyakinan dan kewibawaan Malaysia di mata dunia sebagai sebuah negara berintegriti
15. PH juga akan memisahkan pejabat Pendakwaraya dan Pejabat Peguam Negara.

- Memberi status Menteri kepada Ketua Pembangkang
- Ingin memperkenalkan kaedah pembiayaan politik yang lebih berintegriti
- Membanteras rasuah dengan lebih menyeluruh
16. Melalui tindakan-tindakan ini, Malaysia mampu menjadi sebuah negara yang lebih berkesan sekaligus meningkatkan lagi pendapatan melalui keyakinan pelabur asing serta mengurangkan lagi ketirisan.

Hal ini akan memberikan manfaat kepada rakyat dalam jangka masa panjang
17. Dalam erti kata lain, manifesto PH ini lebih menyeluruh dan lebih menekankan kepada institutional reforms berbanding Barisan Nasional yang lebih memfokuskan short term gain sahaja kepada rakyat.
18. Sumber : Kementerian Kewangan Malaysia
Manifesto Pakatan Harapan
Oilprice com
SPRM
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to Duke of KL
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member and get exclusive features!

Premium member ($3.00/month or $30.00/year)

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!