Profile picture
Duke of KL @TheDukeofKL
, 18 tweets, 5 min read Read on Twitter
Analisis PRU14 Johor : Pakatan Harapan Hampir Pasti Tawan Johor

1. Pada Pilihan Raya Umum ( PRU ) ke-14 ini, negeri Johor yang mempunyai 26 kerusi parlimen akan menjadi battlegroud ( medan pertempuran ) utk Barisan Nasional & Pakatan Harapan menunjukkan taring mereka
2. Negeri Johor mempunyai 26 kerusi parlimen dan lebih separuh daripadanya adalah kerusi campuran yang mana komposisi pengundi Cina agak signifikan.

Penganalisis politik menamakan Johor sebagai tiang seri BN kerana Johor terkenal sbg kubu kuat BN.
3. Bahkan UMNO telah lahir di Istana Johor pada tahun 1946. Pengasas UMNO juga dari negeri Johor.

Pada tahun 2004, Barisan Nasional memenangi kesemua kerusi parlimen BN dengan majoriti besar.*

*majoriti paling rendah ialah di Segamat dgn 7,800 undi
4. Walaubagaimanapun, pencapaian clean sheet BN itu telah dicalarkan pada tahun 2008 iaitu apabila Pakatan Rakyat berjaya memenangi kerusi parlimen Bakri melalui DAP dengan majoriti 722 undi.

Satu major breakthrough buat Pakatan Rakyat
5. Pada 2013, Pakatan Rakyat sekali lagi mendapat keputusan memberangsangkan di Johor apabila berjaya mendapat 5 kerusi.

Mereka berjaya menawan kerusi parlimen Bakri, Kluang, Batu Pahat, Gelang Patah dan Kulai.
6. Perkara itu sebenarnya bukan kejayaan terbesar Pakatan Harapan. Kejayaan terbesar PH adalah mengurangkan majoriti BN di seluruh negeri Johor. Sebagai Contoh :

Johor Bharu
2004 – 46,000
2013 – 10,495

Pasir Gudang
2004 – 31,121
2013 – 935

Pulai
2004 – 34,926
2013 – 3,226
7. Berdasarkan kajian terbaru Merdeka Center, PH mendapat;

28% sokongan Melayu
85% sokongan Cina dan
50% sokongan India.

Ini memberi indikasi jelas bahawa akan terdapat peralihan besar di kerusi-kerusi parlimen Johor kerana kebanyakkannya adalah kerusi campuran
8. Satu kenyataan dari Istana Johor juga boleh ditafsirkan akan terdapat peralihan undi daripada pengundi-pengundi di Johor sehinggakan mendapat respons daripada Tunku Mahkota Johor sendiri
9. Sebelum parlimen dibubarkan, TMJ ada mengeluarkan kenyataan di Johor Southern Tiger yang mana beliau meminta “ untuk jangan menukar enjin kapal dan membimbing nakhodanya sahaja “ .

Ini memberikan maksud jelas terdapat momentum kuat terhadap PH di Johor
10. Kenyataan Dato Puad Zarkashi yang dinasihati oleh Sultan Johor untuk tidak bertanding sebagai calon bebas di parlimen Batu Pahat juga memberikan petunjuk tersendiri.

Ia mungkin bertujuan utk mengurangkan kebarangkalian PH utk menang dengan lebih besar di situ.
11. Faktor Muhyiddin juga memainkan peranan yang penting. Beliau merupakan bekas Menteri Besar Johor selama 9 tahun dan telah berkhidmat di Pagoh selama 40 tahun.

Gandingan Mahathir-Muhyididn-Mukhriz dijangka dapat menarik sokongan Melayu di Johor
12. Dengan simulasi yang kami jalankan iaitu pada nisbah :

Melayu 60:30:10 – BN:PH:PAS
Cina 20:80 – BN:PH
India 50:50 BN:PH

Simulasi kami menjangkakan bahawa BN hanya menang selesa di

1.Tenggara
2.Kota Tinggi
3.Sembrong
4.Mersing
5.Penggerang
6.Parit Sulong
13.Kerusi-kerusi lain yang akan dimenangi PH dengan selesa adalah ( lebih 2000 undi ) ;

1.Segamat
2.Labis
3.Pagoh
4.Ledang
5.Ayer Itam
6.Batu Pahat
7.Tebrau
8.Pasir Gudang
9.Johor Bharu
10.Pulai
11.Tanjung Piai
12.Iskandar Puteri
13.Kulai
14.Bakri
15.Kluang
16.Sekijang
14.Kerusi-kerusi marginal ataupun berpeluang sama banyak ( 50-50 ) kepada Barisan Nasional dan Pakatan Harapan adalah ( kurang 2000 undi ) ;

1.Muar
2.Sri Gading
3.Simpang Renggam
4.Pontian
15. Jika melihat kepada angka simulasi kami, PH dijangka memenangi 18 kerusi parlimen termasuk Sri Gading & Simpang Renggam manakala BN dijangka memenangi lapan kerusi parlimen termasuk Pontian dan Muar.
16. Simulasi ini dianggarkan lebih tepat jika peratusan keluar mengundi sekurang-kurangnya 80%. Jika peratusan mengundi rendah, kebarangkalian untuk Barisan Nasional untuk menang lebih tinggi seperti yang dijelaskan dalam thread yang terdahulu
17. Simulasi kami dan ramalan Tan Sri Muhyiddin Yassin hampir serupa. TS Muhyiddin Yassin meramalkan PH akan mendapat lebih kurang 20 kerusi parlimen di Johor beradasarkan video tiga hari yang lalu.

* Kerusi-kerusi yang tidak dikira disebabkan terdapat majoriti besar oleh penyandang yang mana sukar untuk kedua-dua belah gabungan politik untuk merampas kerusi-kerusi tersebut.
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to Duke of KL
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member and get exclusive features!

Premium member ($3.00/month or $30.00/year)

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!