Discover and read the best of Twitter Threads about #1Hari1TriviaKTC

Most recents (5)

Sekilas pandang, ramai hanya akan anggap mereka ni sebagai wanita China/Cina biasa.

Mereka sebenarnya adalah keturunan orang Yahudi.

Ya, di China pun ada Yahudi. Mereka digelar sebagai "Kaifeng Jews" atau Yahudi Kaifeng (開封猶太人, Kaifeng Youtairen).

#1Hari1TriviaKTC
Kaifeng adalah bandar di wilayah Henan di China tengah. Di sini ada satu kejiranan sekitar 500 hingga 1,000 orang yang mendakwa diri sebagai keturunan orang Yahudi.
Rupa mereka ni tak nampak beza dengan orang China Han biasa. Nama pun nama gaya Han. Macam 5 wanita tadi nama mereka adalah Li Yuan, Yue Ting, Gao Yichen, Li Jing dan Li Chengjin. Tak nampak mana keYahudiannya.
Read 22 tweets
Islam berkembang dengan pesat di China pada zaman Ming (1368-1644).

Zhu Yuanzhang dan anak cucunya membenarkan Muslim untuk mengamalkan dan menyebarkan agama mereka, cuma dengan syarat ikut adat Cina Han.

Maka lahirlah etnik baharu yang bernama Hui (回).

#1Hari1TriviaKTC
Nenek moyang orang Hui merupakan orang Asia Tengah yang memasuki China semasa zaman pemerintahan Mongol di China (1234-1368). Kebanyakan mereka menetap di kawasan barat laut (seperti Gansu dan Ningxia) dan selatan (Yunnan). Di kawasan utara seperti Beijing juga ramai.
Zheng He iaitu pelayar terkenal pada zaman Ming adalah orang Hui dari keturunan orang Asia Tengah. Leluhurnya Sayyid Ajall Shams al-Din Omar berasal dari Bukhara dan dilantik sebagai gabenor Yunnan oleh kerajaan Mongol.
Read 13 tweets
Sosok sebenar Hang Li Po masih menjadi misteri sebab namanya tak disebut dalam rekod sejarah China ketika itu iaitu Ming Shilu (明實錄) dan Ming Shi (明史).

Sedangkan nama-nama Sultan Melaka dicatat termasuk Sultan Mansur Shah (suami Hang Li Po).

#1Hari1TriviaKTC Image
Menurut rekod sejarah China ni, Kerajaan Ming (1368-1644) ada hubungan yang sangat baik dengan Melaka atau Manlajia (滿剌加). Maharaja Yongle mengurniakan sepasang "jubah naga bersulam emas" (金繡龍衣) kpd Parameswara & mengurniakan darjat "raja" (王) kepadanya. Level Korea ni. Image
Ming Shi juga mencatat bahawa Sultan Mahmud Shah hantar utusan ke China untuk minta bantuan semasa Portugis menyerang Melaka. Tapi lambat sampai. Bila sampai je dah nampak Portugis menyamar jadi orang Melaka duduk kat istana Ming. Maharaja Ming lepas tahu terus halau Portugis.
Read 5 tweets
"Macam mana nak eja ABC dalam tulisan Cina?"

Tulisan Cina tak dapat dieja sebab tak wujud huruf/abjad Cina.

Apa yg wujud ialah "karakter". Kalau nak tulis "kuda", kena tulis 馬. Nak tulis "gunung", kena tulis 山.

Karakter2 ni sebenarnya berasal drpd lukisan.

#1Hari1TriviaKTC
Tulisan Cina yang paling awal ialah Jiaguwen (甲骨文) pada zaman Shang yang wujud antara tahun 1600 hingga 1046 Sebelum Masihi, iaitu 3622 hingga 3068 tahun yang lalu.
Tulisan ini ditulis atas cengkerang (jia) kura-kura dan tulang (gu) haiwan, sebab tu dipanggil Jiaguwen yakni "tulisan cengkerang dan tulang". Orang putih panggil "oracle bone script" sebab cengkerang dan tulang ni dipakai oleh orang China purba untuk tujuan tilikan.
Read 18 tweets
Di Johor Bahru ada banyak kubur lama dengan tulisan 㳉.

Perkataan ni tak wujud dalam Bahasa Cina tapi dihasilkan dgn buang karakter 主 ("tuan") drpd 清 (Qing).

Ramai orang Cina JB pada abad ke-19 adalah ahli Ngee Heng, cabang Tiandihui (天地會) yg anti-Qing.

#1Hari1TriviaKTC Image
Qing ialah kerajaan China yang didirikan oleh orang Manchu dari tahun 1644 hingga 1911.

Orang Manchu berasal dari utara China. Selepas kejatuhan kerajaan Ming (yang didirikan oleh orang Han) akibat pemberontakan dalaman, Manchu telah menguasai China dan mendirikan Qing. Image
Pada pandangan kebanyakan orang China (Han), Qing tidak mempunyai keabsahan untuk memerintah kerana Manchu dianggap sebagai kaum asing. Orang Han juga dizalimi dengan dipaksa untuk cukur rambut, simpan tocang dan tukar gaya pakaian. Image
Read 15 tweets

Related hashtags

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!