Discover and read the best of Twitter Threads about #AIMIGYN

Most recents (9)

"Cik nak kahwin dua bulan lagi kan? Boleh dah mula makan asid folik ni untuk persediaan sebelum hamil."

Aku nampak matanya ter'besar' sedikit merenungku di sebalik penutup muka ombrenya.

'Ah, mesti musykillah tu,' detikku dalam hati.

"Boleh ke doktor? Tiada masalah ke?"
"Apa masalahnya?"

Soalan aku jawab dengan soalan. Tidak menjawab soalan namanya ni. 😇

Sama sahaja persoalan apabila dinasihatkan untuk ambil asid folik sebelum hamil dan kalau mahu hamil sebaik sahaja nikah, maka sebelum nikahlah.

Ruang masa sama tetapi berbeza ikut kefahaman
"Asid folik ni bukan tablet orang dah kahwin sahaja. Sebelum hamil, disarankan makan 3 bulan sebelum hamil dan disambung hingga 12 minggu/3 bulan kehamilan. Jadi kalau rancangnya nak hamil terus selepas nikah, 3 bulan sebelum nikahlah kena makan. Tiada masalah."
Read 9 tweets
Hari ini giliran nasihat yang mudah. Cerita kita simpan dahulu. Hehe.

3 Persediaan Penting Sebelum Hamil

...

Ibarat ladang yang perlu dijaga, disiram dengan air dan baja, begitulah juga wanita yang sedang berusaha untuk hamil atau 'trying to conceive' (TTC).
Perlu ada 'setting' yang baik agar tanaman yang diharapkan akan tumbuh dengan subur.

Perlukan tapak yang gembur dan subur, air yang cukup serta cahaya matahari yang menyinari.

Untuk hamil pula 'setting' yang bagaimana?
Persediaan penting untuk hamil ini perlu ditekankan. Ramai masih keliru apabila ditanya mengenainya.

Kebiasaannya, persediaan bakal ibu banyak berkisar persiapan menyambut bayi. Baju, barut, minyak telon, 'diapers'. Tetapi si ibu mungkin tidak optima persediaan dirinya sendiri
Read 20 tweets
BUNTING PELAMIN DAN KERISAUAN SANG ISTERI

Rasanya ramai yang tahu apa maksudnya terma Bunting Pelamin.

Ia berlaku apabila si isteri hamil sejurus selepas berlangsungnya pernikahan.

Kalau dikira-kira, doktor atau bidan akan kira usia kehamilan lebih daripada usia pernikahan. Image
Dan akan timbullah isu kehamilan itu anak siapa?

Bagi makcik bawang yang tidak faham, akan mengupas bawang sampai lunyai. 😑

Dan ada suami pula akan secara tiba-tiba samada terpengaruh atau tidak dengan makcik bawang, mempersoalkan kandungan isterinya. 😰.

Jangan segera
menuduh isteri tidak setia atau sudah ditebuk dara sebelum nikah, takut-takut anda yang sebenarnya tidak tahu dan tidak faham isu sebenarnya. Dara tidak dara, hanya anda dan isteri yang tahu.

Saya terbaca persoalan di salah satu grup FB daripada seorang isteri perihal ini.
Read 9 tweets
“Pernah dengar tak makin besar bayi, makin kurang gerak sebab ruang di dalam rahim kecik nak tampung bayi? Betul ke tak betul awak rasa?”

Laju sahaja aku tengok anggukan si bakal bapa ini. Macam burung belatuk lagaknya.

“Kalau ikut logik, betullah doktor. ‘Space’ sudah makin
kurangkan, bayi tidak bebas bergerak.”

Mitos yang membahayakan. Wajib dibanteras.

---

Masih ingat lagi bila kali pertama merasai pergerakan bayi di dalam kandungan?

Perasaan tentunya sukar untuk digambarkan dengan kata-kata, bukan? Lebih-lebih lagi apabila anak yang dikandung
adalah anak yang ditunggu sejak sekian lama.

Kebiasaannya, pergerakan bayi pertama kali dapat dirasai ketika kandungan berusia 18 hingga 20 minggu. Si ibu bakal merasai keaktifan bayi dan pergerakan menjadi semakin teratur ‘pattern’nya. Sehinggalah hari terakhir bayi di alam
Read 15 tweets
"Doktor, saya tidak boleh tinggallah kopi doktor, rasa janggal je sehari tidak pekena kopi. Saya ni hantu kopi doktor, entah-entah hantu pun tak macam saya."

Diey berlelucon pagi-pagi ini.

“Memanglah hantu pun takut, dia kata macam gila iseng kot!”

Ok.
Sebelum korang nak rasa aku merapu, ini pesakit yang biasa berjumpa denganku di klinik, sudah jadi baik mudah bergurau. Oppsss…!

“Kot-kot ada drakula yang hisap darah malam-malam tak tahulah!”

“Ish, doktor!”

---

Semasa mengandung, antara masalah yang biasa dialami oleh
wanita ialah masalah kurang sel darah merah atau ‘anaemia’. Antara simptom yang biasa diadu kepada doktor atau jururawat di klinik ialah kepenatan.

Ada yang cepat mengah semasa berjalan atas permukaan yang landai atau semasa menaiki tangga
Read 13 tweets
Ala doktor, tu sebab saya makan 'cheese cake' tu yang sangkut tu. Tak boleh ke tak ambil insulin ni? Saya janji selepas ini saya kawal diet saya, tak makan manis-manis dah."

"Sebaiknya kena ambil, sebab beberapa minggu selepas Puan mula dikesan ada kencing manis semasa hamil, Image
doktor di KK dah mulakan dengan cara kawal pemakanan terlebih dahulu. Jika masih merah macam ni, kena mulakan dengan ubat-ubatan. Bacaan ini sangat tinggi Puan. Bahaya kepada bayi dan Puan."

---

Yang pernah minum air gula mesti terbayang-bayang di deria rasa sekarang ni.
Rasa air gula pekat likat tu. 🤢

Bab nak telan tu yang payah tu, selepas tu takut pula nak tahu nombor magik yang akan keluar, yang menentukan kita dapat kencing manis ke tak masa hamil ni.
Read 21 tweets
"Kami sudah buat imbasan 4D doktor, nampak muka baby dah gembira dah kami. Ada pakej imbasan 2D, 4D dan 2D+4D, kami ambil 4D sahaja sebab bajet kami pun cukup untuk satu imbasan sahaja," pesakitku menunduk dan menangis.

" Bila doktor maksudkan 'detail scan', maksudnya
imbasan 2D, bukan 4D. Kalau puan ada bajet untuk satu imbasan sahaja, pilihlah imbasan 2D."

Salah faham yang sering berlaku.

...

Risiko kecacatan bayi boleh berlaku kepada semua kehamilan, namun kehamilan berisiko tinggi ialah kehamilan penghidap diabetis atau kencing manis,
pernah mengalami kandungan bayi yang mempunyai kecacatan seperti tulang belakang berlubang (spina bifida) dan tempurung kepala tidak terbentuk (anencephaly), pesakit yang mengambil ubatan anti-epilepsi, kurangnya simpanan/tidak makan asid folik.

Oleh sebab itu, setiap wanita
Read 21 tweets
Minat itu datang entah dari mana.

Dari keenakan membelek helaian buku bertanah coklatkah?

Dari bau buku yang unik hanya buku baru yang ada, kah?

Masih terbayang-bayang, saat di bangku sekolah. Kunjungan ke kedai buku akan berakhir ke lantai, kerana lutut dan punggung
bersilih ganti bertemu lantai, membelek buku di rak paling bawah, rak buku murah.

Biasanya bahagian buku RM8, buku novel English aku capai. Buku paling murah, paperback coklat. Itu yang termampu, aku ingin membeli menambah koleksi.
Buku apa? The Railway Children, Heidi, Oliver Twist masih kuingat antara tajuk yang dicapai. Setiap kali pergi, aku beli satu sambil memasang angan akan membeli tajuk buku impian seterusnya.

Tidak pernah bermimpi, menjadi penulis adalah satu mimpi. Pun aku juga tidak ingin
Read 7 tweets
ROKOK DAN KEHAMILAN ; SATU KEJAYAAN HARI INI 01012019

Tidak kira samada anda, wanita yang sedang merokok dan sedang hamil, atau sedang mencuba untuk hamil, tidak merokok namun dikelilingi oleh mereka yang merokok. Maklumat ini untuk anda.
Tabiat merokok tidak dinafikan adalah satu tabiat yang ‘addictive’, gian. Namun jika anda, wanita yang merupakan seorang perokok, berhenti merokok adalah salah satu hadiah terbaik bukan sahaja buat diri anda namun juga untuk anak anda di dalam kandungan; peluang untuk memastikan
kesihatan bayi adalah optimum, daripada mula-mula janin terbentuk dan perkembangannya 9 bulan di dalam kandungan.

Jika anda berhenti merokok, kesannya adalah berkadar terus dan langsung dengan perkembangan positif kesihatan anda dan bayi.
Read 12 tweets

Related hashtags

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!