Discover and read the best of Twitter Threads about #Bebenang

Most recents (24)

Nombor 105 Anwar adalah solid; 115 yang Mail Sabri adalah superficial; sebab sokongan adalah secara individu, pasti akan ada yang lompong; terutama sekali "there is no honor among thieves". Even KuLi sudah pasti tak sokong Mail Sabri.

#bebenang
Jangan kita lupa ada 2 lagi roadblock, MRR akan bersidang Jumaat ini. Kalau Kerajaan Gagal yang sama di lantik yang mana derhaka perintah MRR; it's like putting an old wine in the the new bottle.
Mail is not even trying to apologize bila Taki berbohong di Parlimen, dan keputusan kabinet adalah kolektif. Jadi Mail adalah as guilty as Taki dan Mahiadin dalam kes derhaka titah YDPA. And don't make me start on siapa punca PKP 2.0 with double standard SOP/hukuman.
Read 6 tweets
NOTA SOLAT SUNAT GERHANA BULAN. #bebenang
1. Hukumnya sunat muakkad sekalipun bersendirian, makruh ditinggalkan dan sunat berjemaah.
2. Hikmahnya adalah untuk menyedarkan bahawa Bulan adalah makhluk dan ia patuh dibawah kekuasaan Allah.
Read 11 tweets
RM 1000 je Pampasan?

Tahukah anda Tajuddin Rahman selaku pengerusi Prasarana dikatakan campur tangan projek di stesen LRT Dang Wangi yang mungkin melibatkan pampasan setinggi RM 80 juta diberikan kepada syarikat sebahagiannya dimiliki oleh Isteri dan Anaknya.

#Bebenang
Projek yang dimaksudkan itu ialah Latitud 8 bangunan terbengkalai di atas stesen LRT Dang Wangi. Sebagaimana laporan The Edge, projek ini ialah usahasama antara Crest Builder Holdings Bhd (51%) dan Detik Utuh Sdn Bhd (49%).

theedgemarkets.com/article/newsbr…
Detik utuh pula dimiliki oleh Tindakan Juara Sdn Bhd (40%), Obata-Ambak Holdings Sdn Bhd (35%) dan Vignesh Naidu Kuppusamy Naidu (25%)

Pemilik Tindakan Juara Sdn Bhd pula Sri Rahayu, 35% Datin Seri Rohkiah Abd Samat and 30% by Firdaus Tajuddin, ahli keluarga Tajuddin.
Read 9 tweets
Adakah mendesak PM meletak jawatan sebagai menderhaka pada titah YDPA?

Untuk memahami perkara ini kita kena balik semula pada asas perlembagaan Malaysia yang mana Malaysia adalah negara Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan.

#bebenang #MuhyidinOUT
Sebagai Demokrasi Berparlimen, kita ada pemisahan kuasa (seperation of power) antara , kehakiman, eksekutif dan legistatif. Tujuan pemisahan kuasa ini adalah utk melindungi kepentingan rakyat jika ada mana2 pihak yang cuba hendak melanggar Perlembagaan untuk cita-cita peribadi.
Pada post lepas saya sudah jelaskan yang Najib Razak cuba pinda Akta MKN untuk ambil alih secara kecil ( tidak di jelaskan secara teliti skala dia) kuasa untuk isytihar Darurat dari YPDA. Dia sendiri bulldoze akta tersebut tanpa kelulusan YPDA ( jelas ini sebenarnya yang ..
Read 18 tweets
BAKUL SAMPAHKAN SAHAJA BAHASA KEBANGSAAN
#Bebenang Sempena Merdeka

Saya punya kawan dari luar negara. Kadang bila mereka datang ke Malaysia, sudah pasti banyak perkara yang mereka ingin pelajari, tentang sosio-budaya masyarakat setempat, tentang keadaan politik dan sebagainya.
Maka banyak pula soalan yang diutarakan. Antaranya:

“Why did you use English with your fellow Malaysian?”

Ini di antara soalan yang biasa. Kadang bila malas untuk membahaskan perkara ini, aku cuma sekadar menjawab;

“Because I want to be respectful”
Sudah tentu bila ada rakan yang tidak boleh berbahasa Malaysia, apatah lagi mereka yang datang dari luar negara, untuk menghormatinya, kita tidak akan bercakap dalam bahasa yang tidak difahami olehnya, bila dia bersama.
Read 21 tweets
Sementara UAE melancarkan Al-Amal yang akan capai orbit Marikh pada Feb 2021, China juga akan melancarkan Tianwen-1 pada 23 Julai yang akan mendarat di Marikh pada April 2021, menjadikan China negara ke-3 yang mendarat di Marikh selepas USSR & US.

Buat apa ke Marikh?

#bebenang
Penerokaan angkasa (space exploration) selain untuk kajian sains, ia adalah sebahagian daripada politik antarabangsa.

Let's call it "astropolitics". Macam "geopolitics" di mana negara merebut kawasan strategik, cuma ia bukan berlaku atas bumi (geo) tapi di angkasa (astro).
Di zaman Perang Dingin (1948-1991), US dan USSR berlumba-lumba di angkasa ("space race") sebagai sebahagian daripada game diorang untuk dominasi dunia.
Read 18 tweets
Ini gambar sahabat saya, Dr Ahmad Zakimi Abdullah.

Berikut adalah reaksi spontan beliau saat mendengar pengumuman PM siang tadi.

Syukur.

Excited!

Mari baca kisah Dr ini ya.

#bebenang
#COVID19 Image
Mendengar pengumuman khas PM kita sebentar tadi aku terus teringat peristiwa-peristiwa yg dilalui.

Tanggal 18hb Mac 2020 bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan fasa pertama akibat pandemik COVID-19 melanda negara kita.

Banyak memberi kesan kpd kita semua termasuk aku sendiri. Image
Sesuatu yang paling menakutkan ketika aku lakukan intubasi kepada pesakit SARI (severe acute respiratory infection) yang disyaki COVID-19. Perasaan yang paling tak dapat aku lupakan sepanjang tempoh itu sebagai frontliner. Image
Read 14 tweets
Ibrahim Pendek;
Anak Melayu pertama ke Hollywood

#bebenang

[1/11]
Sesiapa sahaja yang sering menonton filem melayu pasti mengenali susuk tubuh Ibrahim Pendek ini

Beliau berjaya membuktikan bahawa kekurangan bukan penghalang untuk seseorang mencapai impian dan cita-cita

[2/11]
Ibrahim pendek ataupun nama sebenarnya Ibrahim bin Hassan dilahirkan pada tahun 1932 di Taiping, Perak

Beliau digelar pendek kerana tubuh badannya yang kerdil dengan ketinggian hanya 130 sahaja

[3/11]
Read 14 tweets
Aku tertarik dgn beberapa komen mengatakan yg sistem undang2 Malaysia tidak adil sebab, kalau pemandu tu didapati bersalah, denda tu hanya diberikan kpd kerajaan sahaja, & tidak kpd keluarga si mati.

Sebenarnya, ya, duit denda tu takkan diberikan kpd keluarga si mati.

#bebenang Ini cara keluarga mangsa tu...
Namun begitu, sebenarnya, ada cara untok keluarga si mati ni dapat ganti rugi daripada pemandu mabuk ni.

Keluarga boleh failkan saman ke atas pemandu mabuk tersebut.

Bila boleh saman ni?

Sekarang pun boleh. Image
Maknanya, pemandu mabuk ni akan menghadap 2 mahkamah berbeza. Satu, mahkamah yang bicarakan kes jenayah dia. Dua, mahkamah yg bicarakan kes saman keluarga si mati.

Mahkamah tu, Hakim nya bukan org yg sama, perbicaraannya bukan pada tarikh yang sama, dan hukuman pun takkan sama.
Read 31 tweets
Isteri listkan 6 barang untuk saya beli. Bila sampai di kedai, beliau ubah fikiran, saya diminta tunggu di dalam kereta, dia yang pergi beli.

Akhirnya, saya kena scam.

Tapi ini scam yang baik untuk family lah. 🤣

#bebenang Image
Perempuan tak perlu tulis barang apa yang nak dibeli.

Segala folder, file, partition ada dalam otak.

Ia akan berfungsi ke tahap maksima bila diperlukan. 🤣 Image
Jadi, belajarlah untuk memahami pasangan masing-masing ya.

Kadang-kadang terbalik, suami yang ada sikap sebegini. Hehe

Pokok pangkalnya adalah, saling melengkapi dan memahami. Image
Read 4 tweets
Satu isu besar yang Covid-19 datangkan kepada kita adalah menggantung pendidikan tak bertali.

Korea Selatan dah cuba buka sekolah minggu lepas, tapi cuma bertahan dua hari. Lepas tu ada student sangkut Covid, terus tutup semula sekolah.

#bebenang
#pidomat
Denmark, Norway, Poland, Perancis pun buka sekolah. Tapi dapat bantahan daripada ibu bapa. In fact di Denmark ada sekolah dah jadi cluster bila anak anak asymptomatic ni bawa balik Covid 19 dan jangkit ke ibu bapa.

Inilah dilemanya.
Setakat hari ni belum ada lagi satu negara pun yang boleh bagikan solusi terhadap masalah pendidikan akibat Covid 19.

Usahanya ada dibuat, kemudian gagalnya pun mendarat.

Itu belum kita kira mak ayah yang tersangkut tak boleh pergi kerja sebab anak anak tak sekolah. Haru biru.
Read 15 tweets
Bila sudah jatuh cinta dgn Al-Quran, tgh jaga lembu pun sempat lagi menghafal & tasmik Al-Quran. Inilah dia kisah Mustakim & abgnya, Naim.

Siapa mereka berdua ni? Anak org susah yg tinggal area Changlun. Parents depa OKU.

#bebenang Image
Namun semangat mereka nak menuntut ilmu dan mengubah nasib keluarga tu sangatlah besar.

Semua ni berkat hasil didikan cikgu-cikgu di Tahfiz Lembah Palas. Anak-anak sekitar kampung sentiasa diberi motivasi untuk ubah nasib diri dengan ilmu dan dalami Al-Quran. Image
Tak kisahlah siapa kamu, kisah silam dahulu, latar belakang keluarga, miskin ke, pernah minum ketum ke, ambil dadah, yg penting kamu ada masa depan utk berubah.

Jadi lebih baik dari yg sekarang. Ubah nasib diri. Ubah nasib keluarga. Ubah masyarakat. Ubah negara. Ubah umat Islam.
Read 8 tweets
17 & 18 Mei 2020 mempunyai makna khusus bagi orang Korea Selatan.

Pada hari ini, 40 tahun lalu, Leftenan Jeneral Chun Doo-hwan mengisytiharkan darurat yang mencetuskan Kebangkitan Gwangju (광주항쟁, Gwangju Hangjaeng).

#bebenang
Chun Doo-hwan adalah diktator ke-3 dan terakhir dalam sejarah Korea Selatan selepas Syngman Rhee (1948-1960) dan Park Chung-hee (1961-1979).
Seperti Park Chung-hee, Chun Doo-hwan adalah seorang tentera yang naik jadi presiden menerusi rampasan kuasa (kudeta).
Read 25 tweets
Habis ceramah, 4 5 org pelajar perempuan menghampiri sy.

"Bang, nak jumpa sekejap boleh? Ada benda kami nak share."

Sy duduk semula. Bersila. Bersama mrk di surau.

"Kami pernah kena cabul dgn cikgu lelaki kat sekolah ni. Dia buat masa ajar kami di makmal komputer."

#bebenang
"Allahuakbar! Baru je bro cerita pasal ni tadi dalam ceramah. Berapa ramai lg yg jadi mangsa?" Soal saya.

"Ramai bang. Yang dah habis belajar pun pernah kena. Kami form 4 kena. Senior kami form 5 pun kena."

"Setan tu buat apa pd awak semua?"

"Dia talik tari bra kami!"
"Then, bila ajar kat makmal komputer, sengaja rapat belakang kami, pegang & raba tangan kami yg tgh pegang mouse.

Paling teruk bang dia gesel kemaluan dia dalam seluar pd belakang kami."

Ya Allah! Nak pitam sy dengar kisah adik-adik ni.
Read 21 tweets
Drama The King: Eternal Monarch yang tengah bersiaran bercerita tentang Lee Gon (이곤) dari Kingdom of Corea (Daehan Jeguk / 대한제국) yang tersesat ke dunia Republic of Korea (Daehan Minguk / 대한민국).

Daehan Jeguk sebenarnya wujud dalam sejarah, cuma lain sikit.

#bebenang
Dalam drama, Daehan Jeguk adalah sebuah negara monarki berperlembagaan (constitutional monarchy). Lee Gon adalah maharaja (hwangje / 황제). Di bawahnya ada perdana menteri yang dipilih oleh rakyat.
Ada sekali Lee Gon yang tengah menunggang kuda di hutan buluh termasuk ke dunia lain iaitu Daehan Minguk.

Sampai2 je terus kat Gwanghwamun Square, kena tahan dengan Inspektor Jung Tae-eul.
Read 25 tweets
Isteri sy suka menonton video masak2 di fb & ig.

Tetapi tak pernahlah sy cuba untuk tengok bersama. Bukan apa, sy nampak video berkenaan terlalu sempurna. 😅

Tapi bila viral pasal Puan Sugu Pavithra, melekat pula sy di youtube. Satu demi satu videonya sy tonton.

#bebenang Image
Terus rasa eh, senangnya, aku pun boleh buat.

Maybe sebab Puan Pavithra memasak dgn seadanya. Maksudnya, apa yg ada gunalah. Edit video pun biasa2 sahaja.

Beliau tak membebel masa cerita step nak masak. Cakap pelan2, lembut & bahasanya mudah. Minimum shj ayat yg digunakan.
Penonton pula mengingatkan antara satu sama lain untuk support Puan Pavithra dengan cara subscribe channel dan jangan skip iklan. At least, beliau boleh dapat income dari Youtube.

Paling best adalah hasil masakan tu kerjasama antara beliau dan suami.
Read 6 tweets
"Usul undi tidak percaya" tengah hangat diperkatakan.

Kebetulan pada hari ini, 80 tahun yang lepas (9 Mei 1940), UK pun mengalami krisis politik yang melibatkan undi tidak percaya ke atas PM Neville Chamberlain.

#bebenang
Undi tidak percaya (vote of no-confidence) dicipta oleh Parlimen UK untuk buang PM/kerajaan yang dianggap telah kehilangan "keyakinan" majoriti ahli parlimen akibat kegagalan atau salah laku.
Orang first yang kena no-confidence vote ialah Robert Walpole, PM Britain pertama (gambar kiri). Usul dibentangkan oleh Samuel Sandys (gambar kanan).

Walaupun Walpole selamat dalam undi, Walpole meletak jawatan pada tahun seterusnya.
Read 14 tweets
Ini adalah sebuah kisah yg saya tulis dgn penuh rasa bangga, sebak & keterujaan. Inilah dia kisah di sebalik pembinaan Tahfiz Saidina Abu Bakar, Changlun Kedah @ Lembah Palas.

Sblm tahfiz ni dibina, anak muda kampung byk terlibat dgn jenayah & masalah sosial.

#bebenang ImageImage
Berpuluh org budak sekolah rendah hisap rokok. Masuk remaja, hisap dadah terutama jenis ice. Maklumlah, hampir dgn sempadan Siam kan.

Ketum? Tak payah cakaplah. Senang sgt nak dpt.

Ponteng sekolah? Perkara biasa.

Masjid org tua je hadir. Anak2 muda hilang entah ke mana.
Lalu, Allah hadirkan insan2 hebat yg komited mengubah keadaan kampung.

Mereka terdiri dr individu yg berbeza profesion; guru, pensyarah UUM, bekas staf MARDI serta bbrp org penduduk kampung.

Misi mereka sama, memandaikan org kampung dgn ilmu pengetahuan terutama Al-Quran.
Read 20 tweets
Ada ramai yang buat kesimpulan konon wanita dulu kebanyakannya pakai macam ni. Zaman now je tutup melitup sebab "Arabisasi" & "Islamisasi".

Siap ada yang komen "we don't have awrah issue then".

Sekeping gambar tak memberi gambaran menyeluruh.

#bebenang
#biargambarberbicara
Dua2 gambar ni diambil oleh Gustav Richard Lambert (jurugambar Jerman yang aktif di Tanah Melayu dari 1867-1914). Yang kiri tahun 1880, yang kanan tahun 1890.

Ia menunjukkan dari dulu lagi ada orang Melayu yang pakai tutup melitup.
Wanita Melayu dulu2 (abad ke-19 & awal abad ke-20) ke mana2 akan pakai kelubung, samada kain pelikat sarung atau kain pelikat batik.

Tujuannya adalah untuk memelihara aurat.

Ye, aurat. Aurat was, is and always will be an issue sebab orang Melayu adalah Muslim.
Read 13 tweets
Orang yang gelar Parameswara sebagai "migran" sama macam orang Myanmar yang cop Rohingya sebagai pendatang Bangladesh.

Dua2 tak faham (atau buat2 tak faham) sejarah sempadan negara.

#bebenang
Konsep "migrasi" & "migran" atau lebih tepat "imigrasi" & "imigran" hanya wujud pada abad ke-19, apabila munculnya negara-bangsa (nation-state) yang ada sempadan jelas (defined borders) & kewarganegaraan.
Istilah imigrasi/imigran mula popular di US pada pertengahan abad ke-19 apabila orang Eropah berpusu2 pindah ke US, terutamanya orang Jerman & Ireland.

Maka perkataan imigran diguna untuk membezakan "native" & newcomer.
Read 23 tweets
Ramai ingat cuti umum Hari Pekerja 1 Mei adalah tanda penghargaan majikan kepada pekerja.

Sebenarnya asal usul Hari Pekerja adalah hari lawan majikan.

#bebenang
Kenapa 1 Mei ditetapkan sebagai Hari Pekerja?

Sebab ia adalah untuk memperingati Peristiwa Haymarket yang berlaku di Chicago, US pada 4 Mei 1886.
Pada abad ke-19 di US, ekonomi kembang dengan pesat akibat Revolusi Industri Kedua 1870-1910.

Pekerja (buruh) di kilang bekerja non stop, termasuk wanita & budak kecil.
Read 17 tweets
Baru-baru ni situasi Laut China Selatan (LCS) kembali tegang.

Walaupun isu LCS berkait rapat dengan kepentingan & keselamatan Malaysia, tak ramai yang cakna & ambil tau isu ni.

#bebenang #hubunganantarabangsa #geopolitik
Sementara negara2 ASEAN sibuk dengan COVID-19, China mengorak langkah terbaru bagi mengukuhkan penguasaan ke atas LCS.

Pada 6 April, sebuah kapal nelayan Vietnam dikatakan ditenggelamkan oleh kapal Pengawal Pantai China (Chinese Coast Guard / CCG).
Minggu seterusnya, kapal West Capella sewaan Petronas Malaysia pula diganggu oleh kapal hidrografi China bernama Haiyang Dizhi 8 yang diiringi oleh kapal CCG.
Read 29 tweets
Kenapa dlm Al-Quran, Allah tak spesifikkan apa yang perempuan perolehi dalam syurga?

Persoalan ini membuatkan sy bertemu video Ustaz Nouman Ali Khan mengulas hal ini.

Jawapan paling mudah yg ustaz berikan adalah, Allah tahu kehendak & psikologi manusia itu sendiri.

#bebenang
Suatu ketika Ustaz Nouman sampaikan talk kpd anak2 muda, 16 tahun ke atas usianya.

Beliau minta mereka tulis apa shj pkara yg diinginkan, selalu difikirkan, tak kisahlah benda itu halal atau haram, tulis je.

Tak sampai bbrp saat, budak lelaki siap. Terus hantar kertas ke depan
Yang perempuan pula request nak tambah masa. Susah nak tulis apakah yg diinginkan itu.

Bila tulis, ada yang padam semula. Akhirnya, byk kertas yg kosong. Rata-rata tak tulis apa pun. 😅

Maka, Ustaz Nouman sebutkan lihatlah bagaimana bezanya keinginan lelaki & perempuan.
Read 12 tweets
2-3 hari lepas kecoh berita konon Kim Jong-un meninggal.

Yang kelakarnya berita CNN Indonesia tersilap letak gambar Hyun Bin yang pegang watak Ri Jeong-hyeok dalam drama Crash Landing On You.

Kesilapan ini sangat on point sebab watak Ri memang berdasarkan KJU.

#bebenang
Pertama, kedua-dua Kim dan Ri belajar di Switzerland. Kim belajar di Berne dari tahun 1993-2000 pakai nama samaran "Pak-chol" dan "Pak-un".

Switzerland negara neutral tak ikut dasar anti-komunis negara2 barat lain, so senang orang KorUt nak hidup.

Cuba cari KJU dalam gambar.
Kedua, Kim pun suka main piano macam Ri. Minat Kim terhadap piano dipupuk semasa belajar di Switzerland.

Kim tak pandai bab akademik, tapi cemerlang dalam basketball dan muzik.
Read 12 tweets

Related hashtags

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!