Discover and read the best of Twitter Threads about #FainniQarib

Most recents (4)

Pesan Selfcare Kisah Maryam

Maryam a.s melalui pelbagai kegetiran dalam hidup.

Bermula dengan dikejutkan dengan kedatangan Jibril a.s yang menyerupai lelaki ketika beliau sedang beribadat. Image
Tidak cukup dengan itu, beliau dikhabarkan bahawa akan mengandungkan seorang anak sedangkan dirinya tidak pernah disentuh oleh mana-mana lelaki.

Apa lagi yang menambahkan luka kepada dirinya lebih daripada ini?
Seorang wanita yang suci, berketurunan mulia dan ahli ibadat kini akan disyaki melakukan perbuatan keji.

Kemuliaan dirinya telah jatuh di mata masyarakat yang menyanjungnya. Hancur.

Sehingga tiba saat Maryam a.s ingin melahirkan Isa a.s.
Read 11 tweets
Keteguhan Dalam Mendepani Ujian Harta

Salah satu ujian yang disebutkan dalam surah al-Kahfi ialah ujian harta.

Ini dapat dilihat pada kisah lelaki yang memiliki dua kebun dengan lelaki beriman yang miskin (ayat 32-44).
Dalam kisah ini kita dapat melihat bagaimana lelaki beriman yang miskin dengan teguhnya menghadapi kesombongan dan kekufuran lelaki yang kaya raya.

Melalui kisah ini juga kita dapat melihat bagaimana harta boleh menjadikan manusia lupa kepada pemberi & pengurnianya iaitu Allah.
Ini adalah antara fitnah akhir zaman yang sedang dan akan terus berlaku, manakala kemuncaknya akan tiba dengan ujian Dajjal yang terbesar.

Bagaimana lelaki yang beriman tersebut menghadapi ujian harta?
Read 15 tweets
Surah al-Fatihah ialah surah yang mengumpulkan intipati al-Quran secara keseluruhannya.

Surah ini menjadi kesimpulan kepada tujuan-tujuan al-Quran diturunkan.

Manakala surah yang lain selepas al-Fatihah pada hakikatnya menghuraikan apa yang terkandung dalam surah ini. Image
Menurut Imam Ibn Qayyim, terdapat tiga tujuan surah al-Fatihah diturunkan:

1) Memperkenalkan kepada makhluk siapakah Tuhan yang layak disembah.

2) Menjelaskan cara-cara pengibadatan dan kehambaan.

3) Menjelaskan interaksi dan penerimaan manusia terhadap cara-cara ini.
Dari sudut mesej, surah ini mengandungi:

1) Penerangan asas-asas dan cabang-cabang agama Islam.

2) Ibadat dan pensyariatan hukum.

3) Keimanan kepada hari Akhirat.

4) Keimanan kepada sifat-sifat Allah yang Maha Sempurna.

5) Mengkhususkan ibadat hanya kepada-Nya.
Read 16 tweets
Alhamdulillah.

Buku #FainniQarib sudah pun berada di fasa akhir.

Semalam dah buat versi mockup untuk semakan.

Akhir Ramadan. Doa-doa dimakbulkan.

Mohon doakan ya semoga urusan seterusnya dipermudahkan.
Sedikit teaser buku.

Berbeza dengan buku buku lain, buku ini ditulis sebagai manual book untuk memahami al-Quran.

Sebagai langkah pemula untuk mengenal pasti dan memahami mesej-mesej penting yang ada dalam al-Quran.

Semoga tujuan ini tercapai insya-Allah.
Untuk pratempah fasa kedua hanya berbaki ini sahaja untuk diskaun 10% + infografik percuma bagi buku #FainniQarib.

Diskaun ini akan tamat Ramadan ini. Berbaki 10 hari lagi.

Selepas ini harga akan berbeza.

πŸ“Œbit.ly/fainni-qarib
Read 4 tweets

Related hashtags

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!