Discover and read the best of Twitter Threads about #TwtCukaiMY

Most recents (24)

Sumber income dari semua tempat ni perlu dapatkan CP58 (Maklumat income sumber komisen), next apa kena buat?

1. Buat kiraan CP58 tolak kos yang dibenarkan tolak untuk jana income komisen dapatkan komisen bersih. Buatlah kiraan melalui excel sebagai contoh.

Sambung

#TwtCukaiMY
2. Kena ada bukti dokumen transaksi yg berlaku utk penolakan tadi. Resit, bil, invois or apa-apa dokumen yang berkaitan.

3. Buat pelarasan pendapatan, utk keluarkan mana-mana transaksi yang tak dibenarkan penolakan cukai. Boleh buat kiraan pakai excel. Janji ada asas nak rujuk.
4. Transfer pengiraan tadi dalam borang declare pendapatan untuk dicukaikan iaitu borang B secara online. Combine semua income.

5. Bila ada asas kira-kira awal tadi, akan memudahkan untuk isi borang B. Borang B ada perbezaan dengan BE yang orang guna declare income makan gaji.
Read 3 tweets
"Bang boleh ajar isi e-filing tak? Saya tak tahu. Memang zero bab ni. First time ni."

Banyak terima DM gini. Saya cubalah ye untuk memudahkan korang dengan ajar, ambik information dari EA form transfer ke e-filing (borang declare income bercukai).

Harap membantu.

#TwtCukaiMY
First sekali korang kena ada login sistem MyTax dulu. Saya anggap korang dah ada access masing-masing. Kalau takda, try follow step ni

Next korang kena ada borang EA untuk declare income dalam e-filing ni. Borang EA tu borang cerita gaji tahunan korang. Untuk detail lanjut pasal borang EA, bacalah sini.

Read 22 tweets
"Dah submit borang cukai, terlupa pulak nak masukkan resit pelepasan cukai. Boleh ke nak betulkan balik lepas dah submit?"

Jawapannya, BOLEH!

Tapi macam mana?

#TwtCukaiMY
Kena tengok dulu nak buat pembetulan apa? Kalau pembetulan tu melibatkan resit ada yang terlepas kita nak masukkan untuk pelepasan cukai, tak perlu submit atau edit semula apa-apa borang cukai.
Langkah mudahnya,

1. Semak dulu fail cukai kita dekat mana. Dalam MyTax kita boleh tengok cawangan kita berdasarkan negeri mana, Wilayah Persekutuan KL ke, Selangor ke atau negeri-negeri lain (LHDN sekarang pecahkan fail cukai ikut negeri). Image
Read 13 tweets
First time nak declare cukai (makan gaji), ni ringkasan. Harap membantu tunjuk jalan nak mula dari mana. Korang follow jelah step ni ye.

#TwtCukaiMY
1. Kena ada nombor cukai dulu. Tak kisah LHDN daftarkan automatik ke, majikan dah daftar ke, belum daftar ke, buat semakan dekat website mytax.hasil.gov.my, klik pada e-daftar.
2. Masukkan maklumat yang diperlukan macam dalam untuk semak dah ada nombor cukai atau belum. Kalau belum ada nombor cukai perlu daftarlah.
Read 17 tweets
Ni adalah antara yang kena daftar nombor cukai individu,

1. Bujang gaji lebih RM34,000 setahun lepas tolak KWSP.
2. Berkahwin gaji lebih RM46,000 setahun, pasangan tak kerja.
3. Individu yang ada bisnes Enterprise (walaupun bisnes rugi).

Sambung.

#TwtCukaiMY
4. Pekerja baru yang kena penolakan PCB dari gaji.
5. Individu yang ada pendapatan layak kena cukai (Contoh pendapatan sewa).
6. Individu yang ada jual beli hartanah.

Pergi website mytax.hasil.gov.my , daftar dekat sana.
Berkenaan soalan, bukan ke LHDN dah daftarkan nombor cukai automatik sekarang?

Ni jawapannya ye.

Read 5 tweets
Harini hujung bulan Februari. Harini hari terakhir patutnya majikan kena keluarkan borang EA atau EC kepada pekerja selewat-lewatnya.

Borang EA - Pekerja Swasta
Borang EC - Pekerja Agensi Kerajaan

#TwtCukaiMY
Borang EA/EC ni majikan kena keluarkan tak kisahlah pekerja tu gaji kena cukai ke, tak kena cukai ke. Borang ni cerita summary gaji yang diterima sepanjang tempoh tahun lepas.
Pentingnya borang EA/EC ni sebab waktu pekerja nak declare pendapatan dekat dalam sistem cukai/borang cukai nanti, semua maklumat penting dalam borang EA/EC ni pekerja perlu masukkan dekat sistem/borang selewatnya 30 April nanti.
Read 6 tweets
PERMOHONAN MAAF.

Saya sekali lagi memohon maaf kepada peserta-peserta yang terlibat dalam webinar saya harini.

Asalnya penganjur ada masalah teknikal dengan Zoom. Jadi penganjur telah share link baru melalui applikasi Google Meet.

#TwtCukaiMY
Link applikasi google meet telah di ceroboh oleh individu dari luar negara yang tidak bertanggungjawab. Mereka telah kongsikan video-video lucah di dalam webinar saya, share lagu dan keadaan jadi huru-hara.
Jadi pihak penganjur telah mengambil tindakan pantas dengan send link baru yang ketiga secara private kepada peserta-peserta dan saya turut share link melalui mereka yang whatsapp saya secara terus.
Read 6 tweets
Accounting software ni cuma tools. Mcm kereta. Kau tahu pandu, selamat. Kau gagal, kereta kemalangan dan kau boleh cedera.

Nak pakai accounting software bukan setakat tekan-tekan dah selesai. Kau kena faham 2 benda penting.

1. Transaksi bisnes
2. Transaksi personal

#TwtCukaiMY
1. Transaksi bisnes

Duit yang masuk dan keluar dari bisnes memang tujuan jana pendapatan bisnes. Masuk dari customer, modal dari pemilik, keluar kepada pembekal, keluar belanja bisnes, keluar beli aset bisnes dan lain-lain yang lebih kurang macam tu.
2. Transaksi personal

Duit dalam bisnes yang biasanya, owner keluar untuk tujuan peribadi. Dia bukan macam hutang pakai dulu dan bayar balik. Dia lebih pada keluar untuk bayaran peribadi, lepastu tak masuk-masuk dah.
Read 13 tweets
Sebab ramai yang masih kurang jelas pasal makan gaji, ada income tetap dalam masa sama buat bisnes, ada SSM, sini saya ringkaskan sikit dari sudut cukainya.

#TwtCukaiMY
Asalnya kalau makan gaji semata-mata, kena tengok syarat ni. Pendapatan gaji lebih RM34,000 setahun lepas tolak KWSP, kategori DAH perlu daftar file cukai. Ada kemungkinan gaji tu layak cukai. Kena submit ke LHDN income makan gaji sebelum 30 April setiap tahun melalui Borang BE.
Jika pendapatan gaji TAK lebih RM34,000 setahun lepas tolak KWSP, tak perlu daftar file cukai. Income ni kalau declare cukai pun takkan kena cukai. Apabila dah layak nanti baru daftar file cukai. Nak daftar, nak declare juga takda halangan.

Ok ni dua asas nak kena faham dulu.
Read 14 tweets
Semalam baru baca pasal Dr Say kena cukai RM40k lebih. Harini husband pada client saya mesej bagitau kena cukai amaun yang lebih kurang sama. Walhal berhenti kerja tahun 2015. Tahun 2016 dan 2017 tolong wife berniaga dan ambil sikit gaji.

Mana datang cukai RM40k?

#TwtCukaiMY
Dulu LHDN ada buat program Pengakuan Sukarela bagi mana-mana individu yang tak pernah declare cukai dari tahun 2017 dan tahun-tahun sebelumnya. Apa yang LHDN janjikan masa tu, siapa yang sukarela declare income bagi tahun 2017 dan sebelum, takkan dikacau audit.
LHDN kata tutup buku. Mereka akan terima semua declaration tersebut in good faith. Jadi beruntunglah mereka yang ambil peluang waktu tu. LHDN dah takkan kacau.

Jadi siapa yang LHDN cari sekarang ni?

Mereka yang gagal declare pendapatan tahun 2017 dan tahun sebelum-sebelumnya.
Read 8 tweets
Kerap terima DM tanya gini,

"Baru kerja, gaji sikit kena declare cukai ke?"

"Selama bertahun kerja tak pernah declare cukai, kena penalti ke?"

"Boleh ke gaji sikit nak declare cukai?"

"Boleh ke sekarang baru nak declare cukai?"

#TwtCukaiMY
Dia macam ni, ni asas cukai. Selagi mana kau orang pemastautin dan terima pendapatan dekat Malaysia, selagi tu kena declare cukai. Ni asas.

Walaupun gitu, LHDN wujudkan ketetapan khas bagi orang yang makan gaji.
Kau orang gaji lebih RM34,000 setahun lepas tolak KWSP, wajib daftar fail cukai.

Apa maksud daftar fail cukai?

Kau orang mungkin dah layak kena cukai. Mungkin. Jadi sebab tu perlu daftar fail cukai. Dapat nombor cukai dan perlu declare pendapatan setiap tahun.
Read 14 tweets
Seorang sahabat di FB ada hantarkan gambar perbezaan cukai Enterprise VS Sdn Bhd ni.

Pengiraan ni sejujurnya SALAH!

Ini kebiasaan berlaku, bila nak tunjukkan yang Enterprise tu buruk dari segi kadar cukai, inilah pengiraan mereka.

Saya hurailan dalam bahasa mudah.

#TwtCukaiMY
Sebelum pergi ke pengiraan, lebih baik kita tahu dulu, kadar cukai Enterprise dan Sdn Bhd.

1. Kadar cukai Enterprise adalah 0% - 30% bagi tahun taksiran 2020. Makna kata, kadarnya boleh jadi 0%, 1%, 3%, 8% sehingga 30% mengikut kepada berapa amaun baki untuk dicukaikan.
Macam mana pengiraan cukai bagi Enterprise berlaku? Contoh katalahh keuntungan bisnes buat pelarasan belanja tak dibenarkan tolak cukai, tolak elaun modal, tolak pelepasan cukai individu, baki tinggal RM90,000.

Jadi baki RM90,000 jatuh dalam range ni. Range RM70k - RM100k.
Read 12 tweets
Ada bisnes owner ni mesej tengah malam. Luar waktu kerja. Saya tak reply. Harini lepas settle-settle kerja, ada sikit lapang saya reply. Dia terus balas,

"Lambatnya reply."

Saya katakan yang dia mesej saya tak kena masa. Saya ada masa untuk keluarga juga.

#TwtCukaiMY
Tambah lagi, saya harini ada kerja utama perlu diuruskan. Selepas dah selesai, ada kelapangan saya reply pun.

Terus beliau tukar topik katakan nak dapatkan servis saya. Cuma, dia kata gini,

"Ada company boleh buatkan akaun dari 2015 sampai terkini dia caj...
..RM5,000. Kot kalau awak boleh caj lagi murah."

Saya beranggapan bisnes owner ni cuba nasib mungkin. Untuk tak buang masa siapa-siapa, saya katakan kepada beliau yang servis saya sejujurnya mahal.

Fee saya bermula dari RM1,800 setahun (perakaunan saja).
Read 7 tweets
Cara paling ringkas untuk declare cukai dekat sistem E-Filing. Cara ni boleh guna pakai bagi income makan gaji dan juga bisnes.

#TwtCukaiMY
Ni kesinambungan dari thread lalu, lepas korang dah daftar nombor cukai dan dah dapat nombor pin-efiling. Kalau tak daftar lagi nombor cukai, takda nombor pin-efiling memang tak follow step ni.

Nombor pin e-filing penting sebab tu benda utama untuk access e-filing kali pertama.
Kalau ada yang tertinggal thread sebelum ni, boleh cek dekat sini dulu ok. Baca sampai habis. Sampai bawah thread. Saya compilekan juga soalan kebiasaan korang. Sentiasa ingat, ciri-ciri orang rajin bila dia luangkan sikit masa untuk membaca.

Read 26 tweets
Ini adalah thread macam mana nak kemaskini nombor akaun bank terkini dekat website LHDN e-filing bagi urusan BPN.

#TwtCukaiMY
Cara ni adalah untuk mereka yang dah ada access untuk login ke e-filing sahaja. Jika tak pernah ada, anda perlukan buat step-step dekat sini dulu.



Jika dah ada access, barulah follow next step.
1. Pergi website dekat link bawah ni,

ez.hasil.gov.my/CI/

2. Masukkan Nombor Kad Pengenalan dan Klik Hantar

3. Pastikan Frasa Keselamatan korang

4. Barulah masukkan password masing-masing Image
Read 6 tweets
Waktu PKP kena duduk rumah ni, meh saya ajar macam mana nak daftar nombor cukai secara online dan mohon nombor pin secara online terus. Sambil-sambil website BPN tengah high traffic, isi masa terluang kalian dengan daftar nombor cukai.

#TwtCukaiMY
DAFTAR

1. First sekali, pergi website ni dulu.

edaftar.hasil.gov.my

2. Sebelum nak isi borang dekat website ni, semak dulu korang dah pernah ada nombor cukai atau belum. Sekiranya dah pernah ada nombor cukai, abaikan step pendaftaran. Terus skip ke step no pin efiling.
Untuk cek korang dah daftar nombor cukai or belum cek dekat link bawah ni. Kadang-kadang nombor cukai ni didaftarkan dalam keadaan korang pun tak sedar. Tu pasal better cek dulu.

edaftar.hasil.gov.my/semaknocukai/i…

Jika takda rekod, barulah korang ke step seterusnya ni.
Read 16 tweets
Sebab musim cukai akan bermula Januari sampai Jun 2020 nanti, ada beberapa dokumen yang korang boleh ready siap-siap. Kira macam checklist lah ni.

#TwtCukaiMY
1. Laporan Kewangan

Transaksi bisnes daripada Januari sampai Disember 2019 perlu convert dalam bentuk laporan kewangan. Dekat sini akan ceritakan untung or rugi bisnes. Laporan kewangan ni penting, dalam borang cukai nanti perlu isi maklumat ni.
2. Borang EA/EC/CP58

Orang kerja gomen, sediakan borang EC. Orang kerja swasta, sediakan borang EA. Orang terima komisen, sediakan borang CP58. Makan gaji semata, declare nanti sebelum 30 April 2020. Makan gaji sambil terima komisen or bisnes, declare sebelum 30 Jun 2020.
Read 18 tweets
Ada beberapa tarikh penting berkaitan cukai yang pekerja, majikan dan owner bisnes boleh ambil peduli. Ada banyak tarikh penting, ini antara yang paling feymes.

#TwtCukaiMY
1. Bayaran PCB - Sebelum 15 Haribulan Bulan Berikutnya.

PCB ni Potongan Cukai Bulanan. Potongan ni di buat tiap-tiap bulan dari gaji pekerja. Potongan PCB bermula bagi gaji bersih RM3,141.
Potongan yang dah buat dari gaji pekerja, majikan perlu buat bayaran sebelum 15 haribulan bulan berikutnya beserta borang caruman PCB, borang CP39.

Contoh gaji bulan November 2019, PCB perlu bayar selewatnya 15 Disember 2019.
Read 13 tweets
Owner bisnes Enterprise tak perlu nak wujudkan payslip kalau nak lulus loan. Tak perlu juga carum KWSP dan Perkeso kononnya lagi mudah loan lulus. Ketahuilah perkara tersebut syirik dan menyesatkan!

MITOS.
Alasannya mudah, pergi bank tengok checklist self-employed (Business Income) takda satu dokumen payslip diperlukan. Payslip orang bisnes adalah BORANG CUKAI. Declare income bisnes ke borang cukai cukup. Borang cukai tu bawa pergi bank.
Kenapa onwer bisnes masih terpengaruh dengan mitos macam ni? Sebab masih ada segelintir pegawai bank yang mengajar cara macam ni. Nak lulus kena buat sekian-sekian. Dah tentulah tu bukan cara yang betul.
Read 12 tweets
GST kadar sifar ni maksud dia, bagi pendiri bisnes. Sistem masih kekal. Submission masih perlu buat. Bezanya pada kadar sifar saja.

Tax invois masih perlu dikeluarkan kepada customer, format masih sama.
Yang mana submission sebulan sekali teruskan dengan sebulan sekali. Yang submission tiga bulan sekali kekal sama.
Sistem zero rated ni, untuk barang yang sebelum ni dijual pada pelanggan contoh RM50 termasuk GST. Bila dah jadi kadar sifar, kau kena tolak GST yang termasuk 6% tadi.
Read 9 tweets
Ini thread untuk aku ceritakan perbezaan antara GST (Cukai Barangan dan Perkhidmatan) dan Cukai pendapatan.

Sebab ramai dah konfius ni. Apa kejadah dua-dua nak kena bayor ni. Kerajaan dah sengkek sangat ke semua nak sauk. Jadi eloklah ia di faham secara adil.
1. Definisi

GST - Cukai yang dikenakan oleh sesebuah perniagaan kepada pelanggan di atas jualan barang atau perkhidmatan yang diberikan.

Cukai Pendapatan - Cukai yang dikenakan kepada individu atau syarikat di atas pendapatan yang dihasilkan setahun.
2. Cara Fungsi

GST - Cukai akan dikenakan 6% ke atas jualan barang atau servis. GST ada barangan yang berkadar sifar (0%).

Cukai Pendapatan - Cukai dikenakan bergantung kepada gaji, komisen, elaun, atau keuntungan sesebuah perniagaan/syarikat.
Read 15 tweets
Setiap kali client nak jumpa aku pasal servis pengurusan akaun dan cukai bisnes, aku akan mulakan dengan tanya apa masalah-masalah yang orang bisnes hadapi sebenarnya.

Daripada situ aku senaraikan beberapa masalah dan sedikit penyelesaian. Teruskan bacaan.
1. Tak pernah simpan dokumen niaga.

Majoriti client baru yang aku jumpa akan ada masalah ni. Tujuan simpan dokumen perniagaan ni untuk kita tahu bisnes kita ni sihat atau tidak, di mana prestasi bisnes kita atau kita saja bersangka bisnes masih untung. Walhal rugi. Tanpa sedar.
Aku selalu tak suka bebankan client dengan buat file berlambak-lambak untuk pengasingan jenis transaksi dari awal. Dah lah takda masa, lepastu nak buat macam-macam file. Mula-mula start dengan simpan dokumen dalam satu tempat. Dalam satu kotak or satu plastik sampah. Mula-mula.
Read 10 tweets
Aku jarang kirakan cukai untuk orang makan gaji. Biasa aku kira untuk orang bisnes saja. Orang makan gaji ni nak kira cukai dia kacang goreng je.

Refer EA/EC form, masukkan semua information ke dalam sistem Efiling, tekan-tekan next dan submit.

#TwtCukaiMY
Declare cukai makan gaji ni senang dia dalam 5-10 minit punya kerja. Jadi kalau aku caj ratus-ratus untuk kerja yang berapa minit saja, kena cop kapitalis nanti. Kalau kau memang sibuk sangat sampai takda masa nak declare, baru pakai servis aku.
Lagipun, kalau kau tak tahu macam mana nak declare cukai makan gaji, kau pergi saja LHDN terdekat. Diorang ada sediakan PC untuk kau declare dekat situ. Bawalah EA/EC form dan kad pengenalan kau siap-siap.
Read 7 tweets
Orang selalu tanya aku, antara Enterprise dengan Sdn Bhd mana yang best. Sukar aku nak kata mana paling best, sebab dua-dua pun ada lebih dan kurang dia.

Ni aku buat ringkasan Enterprise VS Sdn Bhd, kau decidelah sendiri mana best. Teruskan membaca.
1. Konsep

Enterprise ni baik milikan tunggal atau perkongsian orang panggil sebagai PERNIAGAAN.

Sdn Bhd orang panggil SYARIKAT. Jadi Enterprise bukanlah syarikat. Ia Perniagaan dua kali aku ulang ni.
2. Akta

Enterprise pakai Akta Pendaftaran Perniagaan 1956

Sdn Bhd pakai Akta Syarikat 2016, dulu dia pakai Akta Syarikat 1965. Terkini nak tunjuk pandai nampak bijak, rujuk Akta baru saja. Akta lama dah takda orang rujuk lagi.
Read 14 tweets

Related hashtags

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!