Discover and read the best of Twitter Threads about #UntaianZM

Most recents (21)

Sekitar 30-60% manusia yang mempunyai gigi berhimpit (crooked/crowded). Gigi macam ini hanya terjadi pada manusia moden.

Gigi bongsu (wisdom teeth) manusia moden juga tak tumbuh menegak. Kenapa manusia moden ada gigi macam ini?

#UntaianZM Image
Sebabnya manusia moden mempunyai rahang yang kecil. Nak tahu tak leluhur kita dalam kalangan pemburu mempunyai rahang yang besar, tuntas menjadikan gigi mereka tersusun rapi dan sempurna.

Gigi mereka tidak berhmpit dan bertindih. Gigi bongsu mereka tumbuh menegak. Image
Kenapa rahang kita lebih kecil berbanding leluhur kita? Sebab diet pemakanan. Leluhur kita banyak makanan yang liat dan keras, menjadikan rahang mereka lebih besar.

Sejak manusia mula bertani 10,000 tahun lalu, banyak makanan manusia jadi lembut dan mudah dikunyah. Image
Read 9 tweets
Mungkin ramai tak tahu banyak tumbuhan & buah kita makan hari ini sebenarnya tak tumbuh secara semula jadi atau tumbuh secara liar tetapi tumbuh secara kacukan atau secara pembenihan terpilih (selective breeding) yang dibuat oleh leluhur kita sejak 12,000 tahun lalu.

#UntaianZM Image
Ambil contoh sayur kubis. Kubis liar (brassica oleracea) merupakan antara kubis yang tumbuh secara semulajadi. Ia banyak didapati di Britain, Perancis dan negara-negara Mediterranean. asyarakat Yunani purba dulu nak dapatkan kubis yang lebat daunnya.
Jadi, mereka cuma tanam kubis liar yang lebat daunnya. Jadi, kubis liar yang daunnya tidak lebat tidak akan ditanam. Proses ini berterusan sehingga beberapa generasi sehinggakan mereka berjaya menumbuhkan kubis daun (kale) yang kita makan di zaman moden ini. Image
Read 9 tweets
Ringkasnya:

- Evolusi itu berlaku ke atas manusia, haiwan & tumbuhan, cuma tak berlaku pada Adam a.s.

- Manusia moden telah wujud 300,000 tahun lalu, cuma manusia moden bersemenda dengan keturunan Adam a.s sehingga manusia moden hari ini semua dapat jejak ke Adam.

#UntaianZM
- Bila Adam turun tak tahu, tetapi pendapat yang kuat cenderung ke arah sekitar 10,000 tahun lalu. Sesuai dengan tahun lahirnya aktiviti pertanian. Peristiwa yg mengubah sepenuhnya sejarah hidup manusia.

Saya nak kongsi satu perspektif lain, apa kesannya Revolusi Pertanian ini?
Manusia asalnya hidup secara nomad dalam kumpulan yang kecil. Apabila sumber dia suatu kawasan semakin susut ataupun tempat semakin bahaya, mereka akan berpindah cari tempat lebih baik.

Mungkin ramai tak tahu, manusia pra-sejarah dulu amalkan egalitarian. Image
Read 14 tweets
Pada tahun 2017, sepasang suami isteri menghadiri sebuah persidangan yang dianjurkan oleh He Jiankui di SUSTech, Shenzhen.

Si lelaki daripada pasangan ini menghidap penyakit HIV dan ditawarkan oleh Jiankui untuk menjadi subjek dalam projek penyuntingan gen.

#UntaianZM🧵 Image
Pasangan ini menjalani proses persenyawaan in vitro dengan sperma dan telur mereka disenyawakan di dalam makmal sehinggalah menjadi embrio. Jujukan DNA embrio ini disunting menggunakan teknologi CRISPR supaya terlindung daripada penyakit HIV yang dihidap oleh si ayah. Image
Sasaran Jiankui ialah menyunting gen CCR5 iaitu gen yang digunakan oleh HIV untuk menceroboh sel.

Gen CCR5 disunting supaya tidak berfungsi, membuatkan HIV tidak dapat memasuki sel anak pasangan tersebut. Harapannya apabila lahir kelak, anak itu bebas daripada HIV. Image
Read 16 tweets
Pada 66 juta tahun lalu, dinosaur pupus dihentam oleh asteroid. Lebih 75% spesis pupus. Pada masa itu, asteroid ini hanya menghentam satu tempat sahaja, iaitu di perairan Semenanjung Yucatan.

Bagaimana hentaman satu asteroid boleh musnahkan hidupan Bumi?

#UntaianZM
1. Asteroid yang menghentam Bumi 66 juta tahun dahulu mempunyai diameter sepanjang 10 km. Saiznya lebih besar daripada gunung Everest. 10 km dari permukaan Bumi dapat cecah ruang udara pesawat.
2. Ketika masuk ke atmosfera Bumi, asteroid ini bergerak selaju sekitar 30,000 m/s iaitu sekitar 87 kali ganda lebih laju daripada bunyi.
Read 14 tweets
Beberapa hari lepas, pemindahan organ haiwan dari organ khinzir kepada manusia berjaya dilakukan di Amerika Syarikat. Ini merupakan kali pertama manusia berjaya menggunakan buah pinggang khinzir bagi menggantikan organnnya yang tidak berfungsi lagi.

Kenapa khinzir?

#UntaianZM
Projek menggunakan organ haiwan dikenali pemindahan-xeno (xenotransplant) telah bermula sejak 70-an lagi. Pada ketika itu, saintis pernah menggunakan organ primat (chimpanzi, bonobo, dll) untuk menggantikan organ pesakit yang telah rosak.
Primat adalah calon terbaik pada waktu itu kerana anatomi & fungsi organnya menyamai manusia. Projek ini menemui kegagalan & dihentikan kerana terdapat banyak komplikasi & penolakan oleh tubuh pesakit. Organ primat memberikan risiko bawaan virus yang berbahaya kepada manusia.
Read 10 tweets
Sejak Mo Salah bermain dengan Liverpool, percanggahan antara norma masyarakat British dan Islam semakin berkurangan — menandakan persepsi terhadap Islam dalam kalangan warga Liverpool semakin baik.

Apa sebabnya?

Baca bebenanag ini.

#UntaianZM
1. Pertama sekali sebab media selalu gambarkan Salah dengan nada yang positif. Pendedahan positif Mo Salah yang berterusan oleh media menjadikan peminat Liverpool FC memandang Islam hal yang positif. Media memainkan peranan sangat penting.
2. Disebabkan identiti Islam yang kuat pada Mo Salah (Salah menunjukkan dirinya seorang muslim kerana kelihatan sering bersujud dan berdoa) menjadikan tahap Islamofobia semakin menurun. Amnya, kalau Salah tidak tunjuk bawah dirinya Muslim, persepsi terhadap Islam tidak berubah.
Read 12 tweets
Tema utama Hadiah Nobel Fizik 2021 adalah memahami kejadian alam yang rumit & rawak. Rukun utamanya adalah kejadian rawak ini dapat diramalkan & terdapat hukum tersembunyi disebaliknya.

Albert Einstein pernah lakukannya ketika meramalkan pergerakan zarah yang rawak.

#UntaianZM
1905 merupakan tahun keagungan buat Einstein — dapat menerbitkan empat penemuan besar dalam fizik moden. Teori kerelatifan khas, pembuktian teori kuantum, pembuktian kewujudan molekul dan kesaksamaan tenaga-jisim. Pada ketika itu, umurnya baru sahaja 26 tahun.
Einstein membuktikan kewujudan molekul dengan mencipta model untuk memahami dan meramal pergerakan rawak zarah Brown. Kalau tengok gambar rajah di bawah, pergerakan zarah tidak menentu dan tiada corak yang seragam. Rawak.
Read 9 tweets
Eksperimen khayalan (thought experiment) kucing Schrodinger yang dibuat oleh Erwin Schrodinger adalah untuk memberitahu realiti dunia kuantum yang pelik dan mengarut — melanggar intuisi manusia.

Ikuti bebenang ini untuk tahu lanjut.

🧵#UntaianZM
Dalam eksperimen ini, bayangkan kucing diletak di dalam sebuah kotak yang berisi botol beracun. Kalau botol ini pecah, kucing dalam kotak akan mati. Kalau tidak, kucing masih hidup.

Jadi, sebelum kita buka kotak ini, kita tidak akan tahu sama ada kucing ini hidup ataupun mati.
Manusia akan berintuisi kucing cuma boleh berada dalam satu keadaan (state) sahaja — sama ada hidup ataupun mati.

Tetapi mengikut mekanik kuantum, sebelum kotak itu dibuka, kucing itu berada dalam dua keadaan serantak iaitu hidup & mati serantak. Ia dipanggil "superposition".
Read 11 tweets
Lelaki & perempuan jadikan rupa kayu ukur utama dalam memilih pasangan. Kalau tengok graf, warna kuning positif, ungu negatif. Taburan di graf tunjuk kalau lelaki tak kacak tapi pandai, masih tinggi peluang dapat pasangan berbanding perempuan tak cantik tapi pandai.

🧵#UntaianZM
Walaupun rupa menjadi kayu ukur utama bagi perempuan, mereka juga sangat menghargai kepentingan kecerdikan pada lelaki. Lelaki kalau pandai, kemaskan diri sikit, terus jadi bernilai di mata wanita. Kalau tak kacak, tapi pandai, masih ada peluang dipilih dalam kalangan perempuan.
Bagi lelaki pula, kalau perempuan tak cantik tapi pandai, perempuan itu tiada peluang. Hasil negatif. Lelaki anggap perempuan yang tak cantik sebagai kurang pandai. Perempuan cantik pula dilihat sebagai pandai. Umumnya, lelaki menilai kepandaian wanita berdasarkan rupa.
Read 18 tweets
Nak kongsi tentang teori kerelatifan (theory of relativity). Teori popular dalam fizik. Teori kerelatifan ada dua: Teori kerelatifan khas & teori kerelatifan am.

Ini gambar Einstein tengah ajar teori kerelatifan. Orang depan yang pegang kepala itu dah pening.

Ini 🧵#UntaianZM Image
Teori kerelatifan khas ada 2 rukun:

1. Kelajuan cahaya bergerak dalam vakum selaju 300,000 km/s dan kelajuan ini tidak akan berubah dalam semua rangka rujuk inersia.

Okey, apa maksudnya ini? Pertama sekali kena tahu dulu apa maksud rangka rujuk inersia.
Rangka rujuk inersia adalah rangka rujuk yang mempunyai halaju malar (constant velocity).

Misalnyanya, kita duduk dalam kereta api yang bergerak malar selaju 100 km/j. Selagi kelajuan itu tak berubah, selagi itu kita berada dalam rangka rujuk inersia.
Read 19 tweets
Perang Arus (War of Current) dikenali sebagai perang antara arus DC (direct current) dan arus AC (alternating current).

Apabila melibatkan pertelingkahan antara DC dan AC, orang akan terus ingat Perang Arus ialah perang idea antara Thomas Edison dan Nikola Tesla.

#UntaianZM
Sedangkan, Perang Arus melibatkan 15 buah syarikat tenaga elektrik di Amerika Syarikat yang berperang untuk memonopoli perniagaan tenaga elektrik pada lewat kurun ke-19.

Bukan 1-2 syarikat elektrik (syarikat Edison & syarikat Westinghouse) seperti yang sering diromantiskan.
Sebelum lampu mentol yang beroperasi melalui arus DC diperkenalkan oleh Edison, A.S. menggunakan lampu arka yang beroperasi melalui arus AC.

Lampu jenis ini telah pun digunakan secara meluas di Eropah sebelum Tesla lahir lagi.
Read 29 tweets
Disebabkan berita tentang dunia selari (parallel universe) sedang hangat diperkatakan, saya nak kongsi bagaimana idea ini boleh muncul. Kenapa tiba-tiba ahli fizik boleh terfikir tentang idea dunia selari ini?

#UntaianZM
Dalam satu syarahan pada tahun 1952 di Dublin, Erwin Schrodinger pernah berseloroh idea yang dia bagi amaran awal-awal "kedengaran gila". Beliau berkata persamaan Schrodinger yang membolehkannya menang Hadiah Nobel menggambarkan dunia yang banyak (multiverse).
Kalau kita biasa dengar persamaan Schrodinger, automatik kita akan teringat dengan mekanik kuantum. Apa kaitan mekanik kuantum dengan dunia selari dalam topik ini?

Jadi, kita kena kenal dulu secara dasar konsep mekanik kuantum.
Read 18 tweets
Pada tahun 2019, Hyperstealth Biotechnology telah patenkan bahan yang berkeupayaan untuk berhalimunan (invisible).

Baju in dibuat untuk tujuan ketenteraan seperti menyembunyikan ejen, kereta kebal dan pesawat.

Bagaimana bahan ini boleh bersifat halimunan?

#UntaianZM
Sebelum saya menjelaskan lebih lanjut tentang sifat apa yang membuatkan bahan ini mempunyai keupayaan meng'halimunan'kan objek, eloklah saya kongsi dulu tentang asas penglihatan manusia.

Bagaimana manusia dapat melihat objek di sekeliling mereka?
Mudah. Manusia dapat melihat kerana ada cahaya yang dipantulkan daripada objek. Kemudian, cahaya tersebut masuk ke dalam mata.

Kita tidak dapat melihat dalam gelap kerana tiada pantulan cahaya daripada objek.
Read 13 tweets
Ini adalah senarai untaian (thread) yang pernah saya tulis di Twitter. Saya kumpulkannya di sini.

Boleh juga klik #untaianZM dan kemudian pergi ke bahagian "latest". Klik #triviaZM untuk bahagian trivia.

Semoga bermanfaat. Insya-Allah.
Read 22 tweets
Ini untaian teori-teori saintifik yang terkandung dalam filem Interstellar (2014). Filem ini mendapat seliaan seorang ahli fizik yang pernah menang Hadiah Nobel pada tahun 2017 iaitu Kip Thorne.

#UntaianZM ImageImage
1. Konsep Lohong cecacing (wormhole)

Lohong ini kita dapat tengok masa awal-awal filem mereka gunakan untuk merentas ke galaksi untuk cari planet baru.

Lohong ini macam terowong yang menjadi jalan pintas merentasi galaksi. Image
Contohnya, perjalanan dari Bumi ke Pluto mengambil masa lebih kurang 9-10 tahun. Tapi dengan lohong cecacing ini, mungkin mengambil masa 1 tahun ataupun 4 hari ataupun lebih pendek lagi.

Penjelasan lanjut boleh ikuti untaian di bawah;

Read 24 tweets
Pintu Doraemon ini sebenarnya saintifik berasaskan teori kenisbian umum (general theory of relativity) yang dilengkapkan oleh Albert Einstein. Ada konsep lubang cecacing (wormhole)

Cuma, kita masih belum dapat buktikan secara pencerapan/eksperimen.

#UntaianZM Image
Pertamanya, teori kenisbian Einstein telah dibuktikan benar berasaskan pelbagai eksperimen. Paling gempak ialah pengesanan gelombang kegravitian yang menang Hadiah Nobel tahun 2017.

Menurut teori ini, kewujudan lohong cecacing adalah "possible", cuma belum dapat buktikan lagi.
Bagaimana konsepnya? Sebelum itu, mari fahami dulu konsep ruang masa (space-time).

Ruang ialah tempat wujudnya kita dan segala objek dan hidupan di dunia ini. Ia mempunyai arah (belakang, depan, kiri, kanan, atas, bawah).
Read 12 tweets
Tahukah anda, otak Albert Einstein pernah dicuri dan hilang selepas kematiannya pada umur 76 tahun. Kenapa? Mari ikuti peristiwanya.

#UntaianZM
Pada 17 April tahun 1955, Einstein telah dihantar ke hospital di Princeton kerana mengadu sakit dada. Keesokan harinya pada pukul 1 pagi, Einstein dilaporkan meninggal dunia kerana saluran aorta pada jantungnya yang pecah.
Einstein meninggal pada usia 76 tahun. Ketika beliau meninggal, otaknya telah dicuri dan hilang selama 50 tahun. Orang yang mencurinya ialah Dr. Thomas Stolz Harvey kerana beliaulah yang ditugaskan mengkaji punca kematian Einstein setelah Einstein meninggal dunia.
Read 21 tweets
Apa itu Paradoks Fermi? Apa kaitan dengan alien? Umur alam ini sudah 13 bilion tahun. Kini, sudah terdapat jutaan galaksi, bintang & planet. Di galaksi Bima Sakti (Milky Way) saja ada 40 bilion planet yang boleh diduduki. Takkan kita saja ada, mana yang lain?

#UntaianZM
Umur Bumi 4.5 bilion tahun. Hidupan mula di Bumi 3.5 bilion tahun yang lalu. Homo sapien mula muncul 200,000 tahun yang lalu. Dalam tempoh 200K tahun, kita hampir eksploitasi seluruh jenis tenaga yang ada di Bumi. Dijangka dalam 100 tahun, Bumi akan mencapai tamadun tahap I.
Aduh, tamadun apa pula ini? Menurut Nikolai Kardashev, tahap suatu tamadun berdasarkan kemajuan teknologinya dapat diukur melalui penggunaan tenaga yang dapat digunakan oleh tamadun itu. Dengan cara itu, Kardashev mengusulkan idea Skala Kardashev seperti gambar di bawah.
Read 23 tweets
Adakah makhluk asing benar² wujud?

Pada bulan September 2015, ahli astronomi telah mengkaji pancaran cahaya sebuah bintang bernama KIC 8462852.

Dibandingkan dengan saiz KIC dan planet-planet sekitarnya, bintang tersebut mempunyai saiz yang jauh lebih besar.

#UntaianZM Image
Justeru, jika terdapat sebarang planet yang melintasi di depannya, gangguan pancaran cahaya yang tiba ke teleskop saintis sepatutnya amatlah kecil.

Bahkan jika planet Jupiter melintasi matahari sekalipun, gangguan cahaya hanya berlaku pada kadar 1%.
Namun, saintis dapati gangguan cahaya yang berlaku pada KIC sangat tinggi iaitu sebanyak 22%. Perkara ini tidak pernah berlaku sebelum ini.
Read 44 tweets
Kerajaan U.S, Google, Amazon, Microsoft, IBM, NASA & MIT bekerjasama bangunkan sistem untuk meramal sebaran CoViD-19 & buat simulasi untuk hasilkan vaksin.

16 superkomputer, 775,000 CPU cores & 34,000 GPU digunakan. Bagaimana sistem ini dapat bantu hasilkan vaksin?

#UntaianZM
Simulasi (simulation) ataupun modelling (permodelan) adalah kaedah meramal (predict) hasil penyelidikan menggunakan model matematik. Asasnya, simulasi ini dijalankan melalui pengiraan & pengiraan itu pula dilakukan oleh komputer. Lagi besar kapasiti komputer, lagi cepat ia kira.
Kelebihan besar guna simulasi ialah tak memakan kos & masa yang banyak. Dalam masa yang lebih pendek daripada buat eksperimen itu ialah kita boleh dapat hasil yang pelbagai.

Kalau satu eksperimen dapat satu hasil sehari, simulasi dapat hasilkan beribu hasil dalam satu kiraan.
Read 19 tweets

Related hashtags

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!