Discover and read the best of Twitter Threads about #bmfuntiljannah

Most recents (9)

Apabila menyebut Pulau Pinang, terbayang sewaktu remaja bersama rombongan Cik Kiah ke pesta Pulau Pinang, bekal wang beberapa belas ringgit sudah memadai. Itu semua sudah di telan zaman. Pulau Pinang pantas berkembang sebagai pusat industri dan wajar menjadi negeri maju.
.
Di mana silap parti Melayu Umno yang pada ketika itu mempunyai majoriti menyerahkan pemerintahan kepada Gerakan (Gerakan meninggalkan BN juga). Sejak itu negeri Tanjung ini tidak lagi di tadbir kerajaan Melayu.
.
Era pemerintahan dap, negeri ini melakukan penambakan laut, compact kan perkampungan Melayu di gantikan rumah kotak merpati. Gedung dan perumahan mewah di wujudkan sebagai helah menolak Melayu ke seberang Perai, Butterworth, Juru, Bukit Mertajam dan sekitarnya.
.
Read 10 tweets
Baru berbunyi guruh, belum lagi hujan - sudah gegak gempita jembalang maya bergentayangan mengilai di hutan medsos membawa jamuan sampah nan hanyir untuk majlis kenduri para petualang penagih berita fitnah sebagai juadah utama.
.
Berselang tempoh seminggu dua, beberapa sesi lelongan fitnah hanyir dibawa lagi.

Tanah LGM disebut "dijual", padahal transaksi belum pun melepasi Badan Penilai Kerajaan.
.
Begitulah otak kecil sang koruptor menggulai fitnah buat hidangan para jembalang medsos. Jariah dosa dilambakkan ke hadapan masyarakat kurang akal untuk sama² dilahap rakus. Tiada lagi usul periksa hingga sampah hanyir sebati di dalam diri menghalang hidayah dan petunjuk.
.
Read 12 tweets
Tidak semua yang BENAR itu adalah yang SEBENAR

Sebenarnya apa yg diceritakan oleh si nini siron tu bukan fitnah...dia ceritakan apa yg dia nampak... Melainkan jika MB tak pernah pi pun tempat tu, tapi dia kata MB ada di situ, itu baru namanya FITNAH...
.
Dalam isu ini, MB tidak menafikan pun kehadiran beliau di situ pada waktu itu...

Cuma yg jadi masalahnya iaitu si pencerita kemudian buat andaian sendiri atas apa yg dia nampak, walhal bukan sebagaimana yang dia fikirkan atau andaikan...maka timbul lah FITNAH...
.
FITNAH 1

Kononnya MB ke situ dengan tujuan nak beli kereta di musim pandemik Covid-19 yang mana semua orang tengah susah. Fitnah ini bertujuan nak menggambarkan bahawa MB Kedah adalah seorang yang tidak bertimbangrasa.
.
Read 10 tweets
Masa Ada Kuasa Bergasak, Masa Tak Ada Kuasa Pun Bergasak .

Pening dengan perangai mereka ni. Pembangkang yang tidak membawa manfaat kepada rakyat. Tidak ada dalam agenda mereka melainkan politik....politik....politik. Setiap perkara hendak dipolitikkan.
.
Negara lain ada juga pembangkang. Tetapi kerajaan dan pembangkang bekerjasama dalam menangani wabak yang telah banyak meranggut nyawa di seluruh dunia.
.
Keluarkanlah rakyat dari kemelut darurat kesihatan dan ekonomi ini dahulu. Berperang politiklah selepas itu. Sekarang rakyat yang hendak mengundi kalian sedang terancam dengan corona virus ini. Rakyat dalam darurat kesihatan dan darurat ekonomi.
.
Read 11 tweets
Yang Jahil Menyanggah Yang Alim.

Bila kita sakit, kita jumpa doktor. Kita tahu doktor lebih pandai dari kita dari segi kesihatan. Dia belajar di universiti yang diiktiraf. Dia mengamalkan ilmu yang dipelajarinya dengan merawat pesakit setiap hari.
.
Dia menambah ilmu pengetahuannya dari semasa ke semasa dengan menghadiri seminar dan konferen, membaca jurnal dan membuat penyelidikan. Mereka membuat keputusan berdasarkan ilmu dan fakta semasa.
.
Setiap perkembangan ilmu dan penyelidikan akan mempengaruhi keputusan dan tIndakan yang dilakukan.

Dalam kes pandemik covid 19 yang merupakan wabak pembawa maut, perangai penyebab covid 19 ini iaitu corona virus telah dikaji oleh ahli perubatan.
.
Read 15 tweets
Kepentingan Pemaju atau Kepentingan Rakyat.

PAS telah lama membantah projek Tambakan Laut Selatan Pulau Pinang (PSR) kerana mengabaikan kelestarian alam sekitar dan menjejaskan punca rezeki golongan nelayan.
. ImageImageImage
Sejak ianya di rancang pada tahun 2015, PAS Pulau Pinang yang di ketuai Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang dan beberapa NGO tidak jemu-jemu mengemukakan bantahan yang bukan sekadar secara lisan, malah dengan data dan argumatif berfakta.
.
Majoriti NGO menyatakan bantahan kerana bukan sekadar menjejaskan pencarian hidup beribu nelayan pesisiran yang bergantung kepada laut itu, malah ianya akan mengundang petaka kepada kampung-kampung sekitar nya dengan banjir kilat dan sebagainya.
.
Read 14 tweets
Betul bahawa setiap penyakit ada ubat...tapi tahukah kita apa deskripsi ubat kepada penyakit tersebut dlm ilmu Allah???...
. Image
Jwbnya, kita tidak pernah tahu dan tidak akan pernah tahu kerana bandingannya jika dihimpun ilmu manusia sejak Nabi Adam alaihissalam sehingga hari Kiamat dengan ilmu Allah, ilmu manusia hanya seumpama kabus air berbanding air 7 lautan, malah ilmu Allah lebih lagi daripada itu.
.
Jika manusia telah benar menjumpai ubat kepada sesuatu penyakit, tidak ada lagi orang yg perlu berulang alik ke hospital setiap minggu atau bulan hingga bertahun, hanya untuk merawat penyakit dihadapinya....
.
Read 10 tweets
Bila disemak, rupa2nya ni puak2 hizbut tahrir...puak2 ni memang pembawaan depa suka menimbulkan konflik dengan pemerintah sbb depa tak iktiraf mana2 kerajaan yg dipilih melalui jalan demokrasi sebagai pemerintah melainkan hanya sistem Khilafah....
. Image
Kalau ikut puak2 ni, biar negara ditadbir oleh kafir pun tak mengapa...depa hanya mahukan sistem Khilafah...maka tak hairan lah perkara2 sebegini yang depa mainkan...
.
Apa yg depa timbulkan iaitu kononnya haram menutup masjid kepada orang sihat utk bersolat... soalan aku, kalau dah sihat...kenapa pakai mask???...
.
Read 10 tweets
Ikut Pakar atau Jembalang?

Segelintir masyarakat Melayu amat percaya kepada jembalang dan penunggu. Ada yang mengunakan khidmat jin sebagai pelaris warong makanan. Ada yang mengunakan untuk mendapatkan nombor ekor, anehnya tak kaya-kaya juga hasil judi ekor itu.
. Image
Sehinggakan dalam mengusahakan kebunnya, ada yang sanggup berkawan dengan jembalang dan penunggu yang berakhir bukan sahaja aqidah nya tergelincir, malah keluarga porak peranda di buat nya.
.
Kampung nya pun tidak terkecuali, apabila tuan punya kebun meninggal dan tiada waris yang mahu mengambil alih sebagai teman sekali gus menyediakan makanan nya, maka habis sekampung diganggunya.
.
Read 9 tweets

Related hashtags

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!