Discover and read the best of Twitter Threads about #ketahuihakanda

Most recents (5)

WAKTU IDDAH BAGI WANITA

Iddah ialah suatu masa yang wajib ikuti atau dipatuhi oleh setiap wanita yang diceraikan oleh suami.

Pada masa iddah ini para wanita tidak boleh bernikah dengan suami lain. Sebab apa?

Nak bagi jelas rahim wanita itu bersih atau punyai kandungan hasil
dari suami yang menceraikannya.

Pada masa ini juga suami boleh rujuk semula dengan isteri yang diceraikan jika perceraian baru terjadi pada talak satu dan talak dua. Ingat tidak sama sekali pada talak tiga.

Manakala waktu iddaj juga adalah berbeza:

1. Wanita yang diceraikan
suaminya, cerai hidup dan masih ada haidh. Maka iddahnya tiga kali suci. Hal ini boleh rujuk pada ayat 228 dalam surah al-Baqarah.

2. Wanita yg diceraikan suaminya dengan cerai hidup tapi tak ada haidh dah (haidh dah berhenti). Maka tempoh iddahnya adalah selama 3 bulan. Rujuk
Read 8 tweets
Cara Menambah Syarat Lain dalam Perjanjian Ta'liq
#KetahuiHakAnda #Telenisa
Ta’liq tambahan boleh dilakukan sebelum mahupun selepas nikah. Ta‘liq tambahan tidak disebut secara langsung dalam Undang-undang Keluarga Islam Negeri-Negeri.
Namun, pasangan dibenarkan untuk menambah sebarang Ta‘liq yang dirasakan perlu selain dari Ta‘liq rasmi yang dibacakan oleh suami ke atas isteri selepas akad pernikahan berdasarkan peruntukan berikut (seksyen mungkin berlainan bagi setiap negeri):-
Read 20 tweets
Bahagian Talak:

Talak ada dua bahagian, iaitu talak sunat & bidah.

1. Talak Sunat ni ialah talak yang ikut macam mana nabi telah garis sebelum ini.

Ingat lagi tak, ada saya nyatakan sebelum ini.

Iaitu talak yang dilafazkan pada permulaan suci dan tidak berlaku persetubuhan.
Manakala talak kedua ialah Talak Bidah.

Talak bidah ini ialah talak yang dilakukan dengan tidak mengikut garis panduan sebagaimana yang RasuluLlah sallaLlahu alaihi wasallam nyatakan sebelum ini, melafazkan talak dalam waktu haidh.

Maksud talak bidah ini bukan bermaksud
sebelum zaman nabi sallaLlahu alaihi wasallam, akan tetapi talak itu tidak menepati kehendak sunnah nabi sallaLlahu alaihi wasallam.

Mohon maaf kekhilafan saya dalam menjelaskan perkara ini. Sebarang penambahan amat dialu-alukan.

Wallahu'alam...

#KetahuiHakAnda
Read 4 tweets
Dalam pada sibuk cerita hal cerai, kena juga tahu waktu yang sesuai untuk melafazkan cerai.

Usah sembrono je nak lafaz, rasa tak suka, geram, benci je terus lafaz.

Ada kalanya lafaz dalam kereta lepas shopping la, lepas dinner la, sebab hanya hal-hal nak mengetahui jawapan dari
sang suami atau isteri.

Apa salahnya kawal sekejap. Ok!

Namun sekiranya sudah habis limit dan hendak juga menceraikan isteri, maka waktu yang paling sesuai ialah pada waktu permulaan isteri dalam keadaan suci dari haidh (darah bulan) dan sebelum dicampiri (setubuhi).
Walau bagaimanapun admin tak galakkan para suami melafazkan cerai di luar mahkamah syariah faham ke faham?

Usah kata esok admin Ketahui Hak Anda galakkan. Ingat tu!

Sebab apa kena menunggu tempoh itu? Kerana iddah akan dikira bermula tiga (3) kali suci.
Read 11 tweets
Perbincangan berkaitan talak tiga (3) sekaligus merupakan perbincangan hangat dalam masyarakat mutakhir ini.

Perbincangan ini melibatkan soal rumahtangga, soalan kahwin cerai ini sering bermain dalam masyarakat, lebih-lebih lagi dalam masyarakat Islam.
Fatwa Wilayah Persekutuan bertarikh (18 Januari 2016 / 8 Rabiulakhir 1437H) memfatwakan bahawa talak tiga (3) sekaligus jatuh tiga, menyebabkan suami isteri tidak boleh lagi kembali atau ruju'. Sama ada dalam iddah atau selepas iddah.
Kecuali kalau isteri tadi sudah kahwin dengan lelaki lain dan lelaki tersebut menceraikannya.

Adalah lebih baik dikupas supaya terang dan mengambil pengajaran dengan rujukan ilmu.

Agar kita semua yakin Insya-Allah.
Read 21 tweets

Related hashtags

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!