Discover and read the best of Twitter Threads about #lestarikansyariah

Most recents (9)

Solusi Fiqh bagi mereka yang berkerja syif malam untuk mendapatkan kelebihan dan keistimewaan beribadah pada malam hari bulan Ramadhan.

Berikut bebenangnya ;

#lestarikansyariah
@health_malaysia
Ya, saya faham perkongsian saya pada kali mungkin agak terlambat memandangkan kita tidak lama lagi akan menyambut lebaran,

Namun disebabkan terdapat nya 'الوصف الحاجي' ataupun 'المصلحي المتضمن لحفظ مقصودٍ في محل الحاجة' iaitu kemaslahatan umat dalam beribadah secara umum,
Maka terdetik bagi saya untuk tetap berkongsi bebenang ini, berkemungkinan sebilangan besar individu yang berkerja syif malam kebingungan tentang bagaimanakah cara untuk mereka juga mendapatkan kelebihan dan keistimewaan,
Read 26 tweets
مسألة ؛ هل يمكنك تغيير ملفك الشخصي من مرتبطٍ إلى عازبٍ دون قصد الطلاق؟، وهل يقع أم لا؟ . . .

Polemik ; Bolehkah mengubah status perhubungan daripada sudah berpunya kepada bujang tanpa niat talak?, Berlaku kah talak ataupun tidak? . . .

Bebenang,
#lestarikansyariah
١. ق ؛ النكاح مبني على اليقين والأصل فيه عدم الفراق أو الطلاق.

1. Umumnya dalam topik Munakahāt terdapat beberapa penelitian yang perlu diambil perhatian antaranya, pernikahan adalah suatu ikatan yang menghubungkan antara dua pihak secara yakin,
Pada asalnya[perkahwinan] tidak berlaku sebarang perpisahan antara dua pihak tersebut jika tidak berlaku sebarang perkara yang boleh menyebabkan berlakunya talak atau perceraian.
Read 20 tweets
ولم تتعارض قاطبة الفقهاء والأصوليين ذات الصلة بين علمي الأصلين وهما اللغة العربية وأصولها والفقه وأصوله، ويسعى دورها أهميةً كبيرةً في تكوين الملكة الفقهية والأصولية الرصينة،

#lestarikansyariah Image
وتبنى هذه الملكات لتحقيق وتدقيق الفهم مقاصد الكلام الذي يسهم في التمكن من إعطاء الحكم الشرعي للقضية المطروحة إما برده إلى مظانه في مباحث الدلائل اللفظية وبالاستنباط في أدلته أو نصوصه الشرعية مع قواعدهه [الفقه] الكلية وقواعدها [الأصول] الجزئية والأطروحة صحيحة وأنا أوافقكم،
وقال الامام الجويني في كتابه غياث الأمم ص ٢٥٤ ؛ فلا بد من الارتواء من العربية فهي الذريعة إلى مدارك الشريعة، ولن ننفى أساسيتها للمجتهد والمفتى والفقيه والأصولي لأن ما صنف في هذين العلمين غالبا إنما هو من المطالب العربية،
Read 9 tweets
Seputar fiqh berkaitan mekanik atau pekerja di bahagian industri permotoran yang dibalai tangan ✋ mereka dengan kesan minyak hitam yang ketara dan agak sukar dihilangkan (دُهنٌ مَائِعٌ),

Sila ikuti bebenang ringkas ini 👉🏻
#lestarikansyariah
Al-imam Ibn Hajar Al-Haitamī menjelaskan :-
ولو كان على أعضائه أثر دهن مائع فتوضأ صحّ وضوءه ولكنه بشروط،
Jikalau mengenai pada anggota wudhu' atau anggota basuhan wajib suatu kesan minyak yang melekit lalu ia mengambil wudhu' sah wudhu'nya tetapi bersyarat,
Antara syarat-syaratnya adalah ;
(1). بقي أثره في البشرة دون عينه بعد غسله.
(1). Sudah dibasuh dengan cermat tetapi masih lagi kekal kesan minyak tersebut tanpa fizikal cairannya pada permukaan kulit, maka dimaafkan.
Read 7 tweets
Stigma 'PENUNGGANG AGAMA' atau 'PEMIMPIN RETORIK ISLAMIS' vs tuntutan As-Sunnah dan Mazhab yang sebenar,

Menjawab kedangkalan pimpinan partaik yang merasakan tercabar dengan kempen 'bendera putih' rakyat berikut bebenangnya ;
#lestarikansyariah
@nikabduh
@PASPusat
Ya sememangnya benar islam tidak mengalakkan pengikutnya meminta-minta (mengemis) walhal mereka memiliki tubuh badan yang sehat dan berkemampuan mencari punca pendapatan dan rezeki untuk menyara keperluan keluarga mereka,
Kita juga tidak nafikan anjuran islam menggalakkan pengikutnya untuk berdoa dan bertawakal setelah berusaha dan berikhtiar seadanya, persoalannya adakah rakyat dilarang meminta-minta (mengemis) dalam setiap keadaan dan masa,
Read 25 tweets
Hukuman setimpal sewajarnya dikenakan kepada penyihir menurut perspektif syarak walaupun setakat ini tidak terdapat akta atau enakmen undang-undang mahkamah disebalik perbuatan terkutuk ini,

Sila ikuti bebenang ringkas ini 👉🏻
#lestarikansyariah
Persoalan mengapakah mahkamah atau jabatan agama tidak dapat membentuk suatu bentuk rang undang-undang yang boleh dijadikan akta seksaan bagi menghukumi pesalah membabitkan aktiviti sihir? . . .
Al-imam Mawadī sudah menjelaskan bahawasanya ;

فهو ما يخفى فعله من الساحر ويخفى فعله في المسحور فلا يمكن أن يوصف في الدعوى على الساحر ولا تقوم به بينة في المسحور.
Read 24 tweets
Pernikahan yang membabitkan seorang bapa tiri (di mana ia sudah bersetubuh dengan si ibu) dan anak tirinya ;

HARAM dan WAJIB FASAKH berikut penjelasannya ikuti bebenang ringkas ini 👉🏻
#lestarikansyariah
Penghujahan ;

قال ابن حجر الهيتمي :- فَتَحْرُمُ أَبَدًا (إنْ كَانَتْ الْكَبِيرَةُ مَوْطُوءَةً) لِأَنَّهَا رَبِيبَةٌ . .

Ibn Hajar Al-haitamī menjelaskan :- diHARAMkan selama-lamanya (pernikahan membabitkan si bapa dan anak tirinya) jikalau si bapa sudah bersetubuh dengan si ibu
Pengecualian ;

بِخِلَافِ مَا إذَا لَمْ تَكُنْ مَوْطُوءَةً لِأَنَّ بِنْتَ الزَّوْجَةِ لَا تَحْرُمُ إلَّا بِالدُّخُولِ . . .

diKECUALIkan (tidak haram) jika si ibu belum lagi disetubuhi oleh si bapa maka pernikahan antara si bapa dan anak diperharuskan oleh syarak . . .
Read 10 tweets
[مسأله] ڤرموسافرن أتاو برڤرݢين سأورڠ وانيتا تنڤا کليبت محرمڽ بوکنله سواتو بنتوق عبادة يڠ برصيفت جلس ارهنڽ برداسرکن دليل٢ يڠ تونتس سڤرتي کواجيڤن صلاة . . .

ببنڠ ريڠکس،
#terjemahanrambang
#lestarikansyariah
يڠ مان ايا جوݢ تيدق دکاءيتکن دڠن تونتوتن مصلحت، سباليقڽ حکوم برکناءن ڤوليميک ڤرمسئلهن اين رياليتيڽ مسيح برکيسر دالم رواڠ ليڠکوڤ سجاءوه مناكه کمصلحتن دان كمفسدان ڤربواتن ترسبوت،
جک ڤرموسافرن اتاو برڤرݢين وانيتا ترسبوت دالم کأداءن امان دان سلامت، مک ڤربواتن ترسبوت اداله هاروس سام اد مليبتکن کليبت محرم برسامڽ اتاوڤون تيدق، سلاما مان ڤرموسافرن دان برڤرݢين ايت اداله ڤرموسافرن دان برڤرݢين يڠ هاروس . . .
Read 5 tweets
[Mas'alah] permusafiran atau berpergian seorang wanita tanpa kelibat mahramnya bukanlah suatu bentuk ibadat yang bersifat jelas arahannya berdasarkan dalil-dalil yang tuntas seperti kewajipan solat . . .

Bebenang ringkas,
#terjemahanrambang
#lestarikansyariah
Yang mana ia juga tidak dikaitkan dengan tuntutan maslahat, sebaliknya hukum berkenaan polemik permasalahan ini realitinya masih berkisar dalam ruang lingkup sejauh manakah kemaslahatan dan kemafsadan perbuatan tersebut,
Jika permusafiran atau berpergian wanita tersebut dalam keadaan aman dan selamat, maka perbuatan tersebut adalah harus sama ada melibatkan kelibat mahram bersamanya ataupun tidak, selama mana permusafiran dan berpergian itu adalah permusafiran dan berpergian yang harus...
Read 11 tweets

Related hashtags

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!