Discover and read the best of Twitter Threads about #malaysiamadani

Most recents (24)

4🧵
Been saying this for years; many in Moon think all non-Muslims should be Dhimmi- 2nd class with no political rights; pay a special protection tax. Also confirms what I said earlier- “DSAI not legitimate; Malays/Muslims marginalised” will be key campaign themes for 6PRN Image
Remember the 'kafir harbi' or 'kafir dhimmi' debate spread by Moon People?

Can DSAI or Malaysia move beyond hate speech and toxic politics with Moon as the largest party in Parliament?

#politicalIslam #PartiIslamMalaysia Image
Image
Read 4 tweets
InsyaAllah Jumaat ini bersamaan 26 Mei 2023 / 6 Zulkaedah 1444H akan dianjurkan Majlis Ilmu MADANI di Masjid Putra, Putrajaya bermula jam 6.30 petang.

#MalaysiaMADANI Image
Majlis Ilmu MADANI kali ini akan menampilkan dua tokoh ulama besar dunia Islam iaitu Mantan Mufti Agung Mesir, Al Alamah Syeikh Prof. Dr. Ali Jumuah Al Azhari dan Pengasas dan Pengetua Dar Al Mustofa, Tarim, Yaman, Al Alamah Habib Umar Bin Muhammad Bin Salim Ben Hafidz.
Semoga majlis ilmu seperti ini akan menambahkan barakah dan kefahaman dalam agama melalui perkongsian ilmu yang akan disampaikan oleh kedua ulama ulung ini.
Read 4 tweets
Saya dan Azizah meraikan Shaykh Mufti Ismail Menk, Shaykh Muhammad Salah dari Huda TV, Amerika Syarikat dan Shaykh Wael Ibrahim dari The Aware Academy, Australia pada malam ini.

#MalaysiaMADANI ImageImageImageImage
Turut hadir Menteri Hal Ehwal Agama dan Menteri Pendidikan, serta tokoh-tokoh ilmuwan agama tempatan.
Saya dan hadirin mengambil peluang bermuzakarah bersama Mufti menyentuh beberapa ittijahat (jalur pemikiran) umat semasa.
Read 9 tweets
Hadir ke Bumi Kenyalang bagi menyertai Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam perasmian Sambutan Minggu Perpaduan Negara peringkat kebangsaan.

#MalaysiaMADANI ImageImageImageImage
Majlis penuh keharmonian itu turut dihadiri Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud, Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof selain menteri-menteri kabinet.
Saya kagum dengan pelbagai persembahan disaluti elemen perpaduan yang turut dihayati rakyat jelata kendatipun cuaca panas di Kuching.
Read 4 tweets
Semalam saya menerima panggilan telefon daripada Perutusan Khas Presiden Amerika Syarikat mengenai Iklim, TYT John Kerry.

#MalaysiaMADANI Image
Kami bicara pelbagai isu berkaitan alam sekitar, tenaga boleh baharu dan perubahan iklim yang kian meruncing dan memberi kesan yang dahsyat di seluruh dunia.
Saya berkongsi aspirasi Malaysia untuk mencapai pelepasan GHG bersih sifar seawal tahun 2050.
Read 6 tweets
Hari ini saya terima kunjungan hormat Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) China ke-14, Zhao Leji.

#MalaysiaMADANI ImageImageImageImage
Beberapa menteri kabinet turut menyertai saya dalam pertemuan sejam bagi meningkatkan kesalinghubungan Putrajaya-Beijing dalam bidang pelaburan, pendidikan, kerjasama antara universiti serta penyelidikan dan pembangunan.
Kesempatan ini juga saya gunakan dalam menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan China di atas layanan luar biasa yang diberikan semasa lawatan rasmi saya dari 29 Mac hingga 1 April yang lalu.
Read 7 tweets
Mesyuarat Majlis Pelaburan Negara (MPN) telah berlangsung buat kali pertama yang mana ia memberi fokus terhadap hal-hal terkait usaha meningkatkan pelaburan negara.

#MalaysiaMADANI ImageImageImageImage
Kerajaan kekal komited untuk menambahbaik dan memperkasakan ekosistem serta lanskap pelaburan negara sebagai usaha mengekalkan pelaburan langsung asing dan juga domestik.
Sehubungan itu, Mesyuarat MPN telah bersetuju menambah baik ekosistem Agensi Penggalakan Pelaburan (IPA) dengan melaksanakan satu inisiatif yang antara lain menyelaras fungsi dan peranan koridor ekonomi wilayah berkaitan pelaburan.
Read 9 tweets
Bersama warga Kementerian Kewangan dalam sesi perhimpunan bulanan pagi tadi.

#MalaysiaMADANI
Saya mengarahkan semua kementerian dan jabatan mempersiapkan infrastruktur dan kemahiran sumber manusia untuk menerima pelaburan asing yang kian rancak ke negara ini.
Kementerian Kewangan harus membantu menyelaraskan bidang yang kurang diberi perhatian termasuk berkaitan kemahiran sumber manusia sebagai persediaan menerima pelaburan asing.
Read 6 tweets
Saya dan Azizah hadir majlis berbuka puasa bersama barisan Menteri Kabinet, Timbalan Menteri, Menteri Besar, Ketua Menteri, ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara serta perwakilan-perwakilan asing di Seri Perdana, Putrajaya.

#MalaysiaMADANI
Peluang ini saya gunakan untuk bertegur sapa dan menyantuni hadirin yang hadiri.
Tidak dilupakan, kehadiran anak yatim dari Sekolah Tahfiz dan Asrama Anak Yatim Angkatan Tentera Malaysia menyerikan lagi majlis malah ada yang berjabat tangan, bergambar dan berswafoto sebagai kenangan.
Read 4 tweets
Pagi tadi bersama Warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) dalam Majlis Perhimpunan Bulanan.

#MalaysiaMADANI
Saya ingatkan semua jabatan, agensi kerajaan dan kementerian agar dapat menganjurkan majlis ilmu sepanjang Ramadan ini dengan memberikan fokus kepada memahami ayat dan terjemahan al-Quran.
Perkara tersebut telah saya usulkan kepada Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali supaya semua jabatan, kementerian, agensi mengadakan majlis singkat waktu zuhur.
Read 5 tweets
Semalam menamatkan acara rasmi saya selama 3 hari di Beijing.

#MalaysiaMADANI ImageImageImageImage
Acara rasmi di Beijing itu adalah sebahagian dari upaya untuk menyegarkan kembali hubungan antara kedua-dua negara sahabat di era pasca-pandemik.
Sambutan dan tumpuan yang diterima hebat dan luar biasa. Saya menganggap ini satu perkembangan sangat positif. Kunjungan ini ternyata memberi manfaat besar kepada rakyat Malaysia.
Read 5 tweets
Dear PMX @anwaribrahim,

I am writing to urgently request that you cancel any plans for a state funeral if the former prime minister @chedetofficial, who is widely known to be divisive, ignorant and corrupt, passes away soon!
It is clear that Mahathir's legacy is tarnished by allegations of enriching his children and cronies while stealing money from the country. Honoring him with a state funeral would not only be a waste of public resources, but it would also send the wrong message to Malaysian.
As the leader of our nation, you have a responsibility to uphold the values of honesty, transparency and accountability. Allowing a state funeral for Tun Mahathir Mohamad would contradict these values and further erode the public's trust in our nation-building #MalaysiaMADANI.
Read 5 tweets
Dr. Radzi Jidin kena terima hakikat, pendidikan dibawah pemerintahan PN dan Keluarga Malaysia adalah gelap dan celaru.
Kita kena terima hakikat pada tahun 2020 hingga 2022, jumlah murid cicir pendidikan sama ada secara rasmi direkod atau tidak semakin bertambah dengan mendadak daripada trend sebelumnya..
Kita kena akui, dibawah era PN dan Keluarga Malaysia mengemudi pendidikan negaralah, ramai guru-guru tekad pencen awal akibat kegagalan pemimpin ketika itu mengurus dan meringankan beban tugas guru..
Read 7 tweets
Saya dan delegasi diraikan dalam majlis makan malam oleh Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-o-cha di Government House.

#MalaysiaMADANI
Sebelum itu saya dan Azizah dibawa oleh PM Prayut dan isteri, Naraporn Chan-o-cha untuk melawat pameran kraf dan makanan Thailand.
Saya hargai layanan istimewa yang diberikan PM Prayut semasa kunjungan hormat saya dan delegasi.
Read 4 tweets
Mengadakan sidang media bersama Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-o-cha.

#MalaysiaMADANI
Kami menyatakan persetujuan untuk mengukuhkan lagi hubungan menerusi pelbagai kerjasama sekali gus memantapkan pembangunan di antara kedua-dua negara.
Malaysia-Thailand juga akan meningkatkan kolaborasi dalam bidang keterjaminan makanan, tenaga boleh diperbaharui dan pendigitalan.
Read 6 tweets
Mengadakan sesi dialog dan minum petang bersama diaspora Malaysia di Bangkok, Thailand.

#MalaysiaMADANI
Mereka ini memainkan peranan cukup penting kepada pengukuhan budaya dan kerjasama antara Malaysia-Thailand.
Saya turut ambil kesempatan jelaskan bahawa mereka berhak mendapat pentadbiran yang sempurna, bertanggungjawab dan menerapkan prinsip kebertanggungjawaban yang demokratik.
Read 4 tweets
Tiba di Bangkok, Thailand bersama Azizah dan para delegasi Malaysia untuk lawatan rasmi selama dua hari.

#MalaysiaMADANI
Turut sama dalam lawatan ini adalah Menteri Luar Negeri, Dato' Seri Diraja Zambry Abd Kadir, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad.
Ketibaan saya disambut Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Luar Negeri Thailand, Don Pramudwinai dan delegasi.
Read 4 tweets
Semalam mengadakan perbincangan secara maya dengan pengasas dan CEO 10 syarikat antaranya Aerodyne, Carsome dan Inari Amerton.

#MalaysiaMADANI
Pertemuan ini merupakan sebahagian daripada siri libat urus Belanjawan 2023 bersama-sama industri.
Saya tekankan komitmen Kerajaan untuk menyokong penubuhan syarikat inovatif dan berpertumbuhan tinggi tempatan melalui peningkatan pelaburan dalam syarikat-syarikat teknologi di bawah Belanjawan 2023.
Read 7 tweets
Menerima kunjungan hormat daripada delegasi Global Leadership Foundation (GLF) diketuai oleh bekas Perdana Menteri New Zealand, Helen Clark pada petang tadi.

#MalaysiaMADANI ImageImageImageImage
Kami berbincang mengenai kepentingan tadbir urus negara yang baik serta usaha berterusan Kerajaan dalam membersihkan negara daripada rasuah.
Perbincangan turut menyentuh peranan penting Malaysia sebagai anggota ASEAN dalam memacu pembangunan serantau serta mengemudi usaha kolektif pertubuhan itu dalam menangani situasi di Myanmar.
Read 5 tweets
Malaysia akan menyalurkan sumbangan lebih US$2 juta kepada Turkiye dan Syria bagi membantu mangsa gempa bumi di kedua-dua negara.

#MalaysiaMADANI
Jemaah Menteri bersetuju menyediakan US$1 juta manakala Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar turut berkenan menyumbang US$1 juta.
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan juga akan menyumbang RM10 juta.
Read 8 tweets
Bersama warga Kementerian Kewangan dalam sesi perhimpunan bulanan pagi ini.

#MalaysiaMADANI
Saya jelaskan bahawa Belanjawan 2023 yang akan dibentang kelak akan mengambilkira tantangan ekonomi semasa yang boleh memacu pertumbuhan negara, menarik pelaburan ke dalam negara serta membawa rahmah kepada rakyat.
Kerajaan juga pertimbang daya saing, kecepatan kelulusan perniagaan serta beberapa inisiatif baharu termasuk pendigitalan dan pengeluaran sumber asli dalam proses hiliran dalam Belanjawan 2023.
Read 4 tweets
Parti-parti yang menjadi tiang utuh kesatuan Kerajaan Perpaduan telah bersama dalam mesyuarat Sekretariat Kerajaan Perpaduan buat kali pertama malam ini di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (PWTC).

#MalaysiaMADANI ImageImageImageImage
Mesyuarat bersetuju untuk menubuhkan tiga jawatankuasa termasuk Jawatankuasa Pilihan Raya bagi mendepani Pilihan Raya Negeri (PRN) kelak, sementara dua jawatankuasa lagi adalah Jawatankuasa Strategi dan Jawatankuasa Pemantauan Agenda Kerajaan dan Politik.
Jawatankuasa Pemantauan Agenda Kerajaan dan Politik ini juga akan memberi keutamaan dalam memantau kebijakan terutamanya melibatkan kos sara hidup rakyat yang meninggi.
Read 5 tweets
Kenyataan Media
Perdana Menteri
7 Februari 2023

Saya ingin memaklumkan pelantikan lima individu yang akan menganggotai badan penasihat khas bagi membantu menasihati saya selaku Menteri Kewangan.

#MalaysiaMADANI Image
Badan penasihat khas ini terdiri daripada golongan profesional serta pakar ekonomi dan akan diketuai oleh Penasihat Petronas, Tan Sri Hassan Marican. Selain Tan Sri Hassan, badan penasihat khas ini akan dianggotai oleh:
• Pengerusi Eksekutif FVSB, Dato' Ahmad Fuad Md Ali;
• Profesor Ekonomi Universiti Sunway, Profesor Dr Yeah Kim Leng;
• Profesor Ekonomi Universiti Malaya, Dato' Profesor Ulung Rajah Rasiah; dan
• Pengerusi Sarawak Energy Berhad, Datuk Amar Abdul Hamed Sepawi.
Read 4 tweets

Related hashtags

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!