Discover and read the best of Twitter Threads about #seminitje

Most recents (5)

SIMPTOM COVID-19 BERLAINAN MENGIKUT KUMPULAN UMUR

Sebuah kajian baru yang dijalankan penyelidik dari King’s College London mendapati bahawa gejala awal Covid-19 adalah berlainanan mengikut kumpulan umur.

Kenal pasti dan kurangkan jangkitan!

#SeminitJe
Kajian ini dilakukan dengan menganalisa data yang diambil dari aplikasi ZOE COVID Symptom Study diantara 20 April sehingga 15 Oktober 2020.

18 gejala diperiksa dan pengesanan awal pada kumpulan umur yang berbeza mengaitkan gejala yang berbeza.
Secara amnya, gejala yang penting untuk pengesanan awal covid-19 adalah hilang deria bau, batuk, sakit perut, lepuh, sakit mata dan sengal.

Walaubagaimanapun, kehilangan deria bau kurang dilaporkan dalam kes kumpulan umur 60 ke atas.
Read 10 tweets
KESIHATAN MENTAL DI πŸ‡²πŸ‡Ύ

Tahukah anda bahawa dianggarkan 41.3% orang dewasa & kanak2 mempunyai masalah kesihatan mental?

Ia bersamaan dgn hampir 1 dari 2 rakyat πŸ‡²πŸ‡Ύ mempunyai isu kesihatan mental! Berikut adalah serba sedikit fakta ttg kesihatan mental di Malaysia! #Seminitje
Masalah kesihatan mental ini sering dipandang sepi dan ini menyebabkan Malaysia amat ketinggalan dalam memandang serius tentang perkara ini.

Sekiranya ia kekal begini, rakyat πŸ‡²πŸ‡Ύ akan menghadapi masalah yang lebih besar pada masa hadapan.
Statistik menunjukkan bahawa masalah kesihatan mental meningkat sejak 1996.

Fakta menunjukkan bahawa dari 2006 sehingga 2015 kadar peningkatan masalah mental adalah sebanyak 18%. Ini adalah satu angka yang amat membimbangkan
Read 14 tweets
DARURAT πŸ‡²πŸ‡Ύ 2021

Harini, kita dikejutkan oleh berita pengisytiharan darurat oleh YDPA sehingga 1 Ogos 2021. Kemudian, PM telah mengeluarkan beberapa kenyataan tentang darurat yang akan dilaksanakan. Jadi, ini sedikit fakta yang perlu anda tahu tentang isu Darurat ini #Seminitje
Perkara penting yg disebut oleh PM adalah tentang persidangan parlimen yang tidak akan diadakan.

Apabila proklamasi darurat diisytiharkan, ia memberi kuasa besar kepada PM & Parlimen untuk menggubal undang2 dlm apa jua perkara termasuk undang2 yg boleh melanggar hak asasi kita
Namun, PM atau Parlimen tidak boleh menggubal undang-undang yang menyentuh aspek hukum syarak, adat melayu atau adat negeri di Sabah & Sarawak, kewarganegeraan, agama dan bahasa. (Artikel 150 & 6A)
Read 12 tweets
Ekonomi dunia, terutamanya ekonomi πŸ‡ΊπŸ‡Έ telah melihat salah satu tempoh pertumbuhan yang terpanjang dalam sejarah. Adakah 2020 akan menjadi tahun kemelesetan?

Ini adalah sebab mengapa ramai yang sedang bersiap sedia untuk kemungkinan kelembapan ekonomi global.

#SeminitJe
Kadar faedah jangka panjang telah jatuh sejak hujung Julai 2019 & ini meramalkan pertumbuhan yg perlahan menurut peristiwa lalu. Walaupun tiada tanda menunjukkan kegawatan, pakar ekonomi menyatakan perang perdagangan πŸ‡ΊπŸ‡Έ-πŸ‡¨πŸ‡³ sebagai sumber ketidakpastian keputusan perniagaan.
Kemelesetan berlaku apabila kepercayaan yang meluas tentang dunia ternyata salah. Pada 2001, ia adalah perkembangan teknologi. 2007 pula, pasaran perumahan.

Kali ini, kepercayaan bahawa dunia akan menjadi lebih stabil dari perdagangan, mata wang dan diplomasi.
Read 9 tweets
Kajian baru menunjukkan bandar2 utama di πŸ‡²πŸ‡Ύ akn berada di bawah paras air laut menjelang tahun 2050

Negeri2 yg terjejas:

Perlis

Kedah
Penang

Perak

N9
Terengganu

Pahang

Kelantan

Sarawak

Kajian ini menggunakan model CoastalDEM, pengukuran yg lebih tepat
#SeminitJe
DEM=Digital Elevation Models.

Kajian terdahulu mengukur peningkatan paras air laut menggunakan model Shuttle Radar Topography Mission (SRTM).

Model CoastalDEM menggurangkan kesalahan pengukuran SRTM & menunjukkan tanah yg terjejas dgn lebih tepat, berpunca drpd perubahan iklim.
Pada tahun 2050:

-Alor Setar menjadi sebuah pulau
-Sepanjang kawasan Parit Buntar hingga ke Taiping tidak kelihatan
-Lebuhraya Utara-Selatan tenggelam
-Bagan Datoh, Teluk Intan, & Kuala Selangor lenyap
-Port Klang tenggelam. Shah Alam menggecil
-KLIA bertempat di sebelah pantai
Read 8 tweets

Related hashtags

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!