Discover and read the best of Twitter Threads about #tukangceramahbudaksekolah

Most recents (4)

Ini kisah Hari Kemerdekaan saya.

6 tahun lepas, saya dan isteri menyertai satu konvensyen di PICC Putrajaya.

Al-Fatih baru 9 bulan masa tu. Kami bergilir jaga Al-Fatih. Lama-lama dalam dewan bukan budak tu boleh tahan. Merangkak ke sana sini, aktif kemain. Image
Jadi, saya pun bawalah Al-Fatih menyusu ibunya. Selepas kenyang, isteri saya meneruskan fokus dalam konvensyen berkenaan.

Saya pula bawa Al-Fatih keluar dewan dan terus setia melayan si kecil ini.

Selang beberapa minit kemudian,
kelihatan satu keluarga cina membawa anak2 mereka berjalan menikmati pemandangan indah Putrajaya melalui tingkap kaca PICC.

Anak2 cina itu pun berlarilah ke sana sini. Anak saya si Al-Fatih pun join sekali. Merangkaklah dia laju-laju mendapatkan kawan2 baru. Seronok agaknya.
Read 19 tweets
Saya terima kiriman mesej ini di fb.

"Salam tuan, saya nak minta pandangan tuan.

Saya seorang pegawai perubatan di sebuah klinik kerajaan. Berjumpa pesakit yang telah melakukan hubungan seks sebelum nikah bukanlah perkara luar biasa bagi kami.
Dari remaja sampai dah 40an pun masih ada, yang sentiasa bertukar pasangan, juga yang mengamalkan seks sejenis. Malah ada yang jujur tanpa rasa bersalah, mengaku bersekedudukan dengan pasangan.
Sebenarnya kejujuran pesakit seperti ini bagus. Sebagai tanda pesakit percaya dengan kami dan memudahkan kami untuk merawat mereka.
Read 9 tweets
Dah lama sebenarnya saya nak tulis kisah ni. Momen tangisan remaja perempuan berusia 16 tahun itu masih tersimpan kemas dlm memori saya.

Maka, tampillah seorang remaja perempuan ke depan. Belum sempat nak berkongsi cerita, air mata sudah membasahi pipi. Terus saya tanya kenapa.
"Sebenarnya sejak dari Tingkatan 2 saya tak pernah rehat di kantin. Saya trauma. Oleh sebab kawan-kawan selalu tanya kenapa, maka saya akan ceritakan hari ini.
Satu hari tu, saat saya baru membeli makanan di kantin, budak-budak lelaki datang dan memerli saya. Kata mereka kau ni dah lah badan besar. Bila kau datang, habis semua makanan diambil.
Read 16 tweets
Telefon berdering. Tak sempat pickup. Lalu saya telefon nombor itu kembali.

Seorang wanita. Ingin berkongsi kisah anak perempuannya.

Anak saya ni dah umur 18 tahun. Perempuan. Saya pun tak tahu kenapa, tapi dia sekarang melampau sangat!"

Beliau meninggikan suara!
"Pemalas! Pengotor. Tak nak bersihkan bilik. Sentiasa bersepah. Sampah kat dapur pun tak reti nak buang. Dulu dia tak macam ni."

Lalu puan ini sambung lagi.

"Saya tak tahu nak buat apa dah. Encik tahu tak rumah bimbingan mana-mana untuk betulkan adab serta akhlak anak saya ni?"
Saya jawab,

"Kenapa anak puan jadi macam tu ya?"

"Semuanya bermula masa dia masuk sekolah menengah. Dia langsung tak ada masalah dalam pelajaran. Tu dapat masuk ***."

"Oh, hebat sekolah tu Puan. Ramai pempinan wanita di Malaysia lahir dari sekolah tu."
Read 17 tweets

Related hashtags

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!