DENGAN ASBF BOLEH DAPAT RUMAH SATU BIJI FREE. BETUL KE?
➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖
Perkongsian daripada Dr Arif Fiqri
🏀Sekarang macam macam teknik ASBF ada, antara yang biasa kita dengar atau terbaca ialah teknik pairing.
🏀Teknik ni kita pair atau pasangkan ASBF dengan Rumah atau kereta yang kita beli. Maksudnya kita buat ASBF serentak dengan Financing rumah kita, kemudian guna dividen ASB buat bayar installment bulanan rumah tersebut.
🏀Tapi untung ke teknik ni? Siap ada yang cakap dengan teknik ni dapat sebijik rumah free, betul ke semua ni? Jom kita cuba kaji sikit.
***
🏀Katakan korang nak beli rumah harga 120k. Bayar 10% deposit iaitu 12k, maka loan rumah korang ialah 108k.
Loan Rumah : 108k
Bank rate : 5%
Tenure : 30 tahun
Monthly installment : RM580
🏀Dengan teknik pairing ni, korang kena layan ASBF serentak dengan loan rumah korang.
🏀Contohnya nak beli rumah tahun 2020, mula buat ASBF tahun 2019. Layan dulu ASBF untuk 1 tahun, kemudian baru masuk loan rumah. Sambil2 tunggu setahun tu pergilah tambah ilmu hartanah lagi.
***
🏀Kalau ikut teknik pairing ni, korang kena buat ASB Financing yang lebih kurang sama macam harga rumah korang. Kalau harga rumah 120k, buat ASBF 100k.
ASB Financing : 100k
Bank rate : 5%
Tenure : 35 tahun
Monthly instalment : RM505
🏀Jika dividen+bonus ASB 7% setiap tahun, nilai dividen kita ialah
➰Dividen tahunan : RM7,000
➰Dividen bulanan : RM7,000/12 bulan = RM583
🏀Jika kita diberi pilihan untuk bayar salah satu loan sahaja untuk kedua-dua loan tadi, mesti kita pilih yang paling murah, makanya kita Cuma bayar loan ASB tadi, iaitu RM505 sebulan. Loan rumah kita pula biar dividen ASB yang bayarkan.
🏀Dividen ASB : RM583
Installment rumah : RM580
RM583-RM580=Rm3, ada balance RM3
***
🏀Jadi betul ke dengan teknik ni boleh dapat sebijik rumah free? Sebelum tu jom kita tengok dulu berapa total tahunan kita kena bayar
🏀Kalau hanya buat loan rumah 108k, jumlah yang perlu kita bayar sepanjang 30 tahun ialah
🏀RM580 x 12bulan x 30tahun = 208k
🏀Dengan teknik pairing pulak, jumlah yang perlu kita bayar untuk 30 tahun tadi ialah
🏀RM505 x 12bulan x 30tahun = 181k
🏀Tapi saya buat 2 loan, kenapa jumlah 2 loan saya Cuma 181k, sedangkan 1 loan sahaja 208k. Inilah kelebihan teknik ni, loan rumah kita dividen ASB yang bayarkan.
🏀Kita Cuma focus untuk bayar loan ASB yang lebih murah bulanannya.
***
🏀Kalau kita perasan dekat sini, dengan teknik ni kita Cuma bayar loan ASB, tapi loan rumah kita dividen ASB yang bayarkan, tu yang ramai cakap dapat sebijik rumah free.
🏀Tapi sebenarnya tidak, sebenarnya lepas 30 tahun tu kita dapat 4 biji rumah free yg bernilai 120k macam rumah yang kita mula mula beli tadi. Meh kita tengok
🏀Nilai rumah tahun pertama : 120k
Selepas 30 tahun dgn kenaikan hartanah 4% setiap tahun : 120k x (1+4%)^30tahun = 389k
🏀Kalau kita layan ASBF ni sampai habis, kita akan dapat nilai serahan atau surrender value 100k, maka jumlah yang kita akan dapat selepas 30 tahun ialah
➰100k+389k=489k
🏀Kalau buat loan rumah je, korang Cuma dapat nilai 389k, layan sekali dengan ASBF dapat 100k sebagai tambahan. Dan yang bestnya lagi, loan bulanan yang korang bayar jadi lebih murah.
🏀Nilai 489k ni menyamai dengan 4 biji buah rumah yang bernilai 120k
➰489k/120k = 4 biji
So #untung atau tidak sebenarnya? Korang tentukan.
Sesiapa yang berminat nak saya consult and referkan permohonan ASBF dia, boleh whatsapp saya di
wasap.my/60179415767
Boleh juga join channel telegram saya.
Inspirasi Kewangan Anak Muda
Tips Kewangan mengenai :-
- ASBF
- Unit Trust
- Takaful
- Hartanah
t.me/InspirasiKewan…
Share this Scrolly Tale with your friends.
A Scrolly Tale is a new way to read Twitter threads with a more visually immersive experience.
Discover more beautiful Scrolly Tales like this.
