Akhi Fairuz Al-Jengkawi Profile picture
Saya suka berkongsi tentang pendidikan seksualiti, kisah kanak-kanak & remaja serta isu kekeluargaan

May 9, 2020, 20 tweets

Ini adalah sebuah kisah yg saya tulis dgn penuh rasa bangga, sebak & keterujaan. Inilah dia kisah di sebalik pembinaan Tahfiz Saidina Abu Bakar, Changlun Kedah @ Lembah Palas.

Sblm tahfiz ni dibina, anak muda kampung byk terlibat dgn jenayah & masalah sosial.

#bebenang

Berpuluh org budak sekolah rendah hisap rokok. Masuk remaja, hisap dadah terutama jenis ice. Maklumlah, hampir dgn sempadan Siam kan.

Ketum? Tak payah cakaplah. Senang sgt nak dpt.

Ponteng sekolah? Perkara biasa.

Masjid org tua je hadir. Anak2 muda hilang entah ke mana.

Lalu, Allah hadirkan insan2 hebat yg komited mengubah keadaan kampung.

Mereka terdiri dr individu yg berbeza profesion; guru, pensyarah UUM, bekas staf MARDI serta bbrp org penduduk kampung.

Misi mereka sama, memandaikan org kampung dgn ilmu pengetahuan terutama Al-Quran.

Saya gelarkan mereka Team Tahfiz.

Waktu awal operasi, mereka melantik seorang ustaz mengajar di masjid, tahun 2016.

Bermula dr belasan org (kelas kaum ibu & anak-anak), akhirnya lengang. Sangat mendukacitakan.

Masing2 tak mai dah. Tak tahulah mana silapnya.

Dr Munauwar, salah seorang penggerak Team Tahfiz mendapat satu idea. (Beliau lebih mesra dgn panggilan Cikgu Mun)

Beliau membuka ruang kpd mahasiswa UUM utk jd volunteer, mengajar budak2 di sini.

Syukur, ramai pula bebudak ni join. Teruja bila pelajar Universiti dtg.

Dari 10 org pelajar, meningkat ke 120 org. Emak-emak pun makin ramai datang. Dulu tak dtg pun sebab kwn2 dok mengata baru baca Iqra'. Hadui. 🤦

Maka, bermulalah pengembaraan seterusnya. Team Tahfiz nekad nak bina bangunan sendiri. Keluarlah idea gila2 dari mereka!

Setiap Team tahfiz wajib menyumbang RM10k seorang. Ikutlah pakai duit sendiri ke, minta derma ke, yg penting bila due date, serahkan duit.

Akhirnya, mereka mampu beli sebidang tanah yg betul2 berada di seberang jalan, bertentangan masjid, lokasi awal kelas belajar tahfiz.

Sahabat sy, Dr Taufiq Razif pernah kongsikan kisah tahfiz ini tahun 2018. Viral alhamdulillah, 1 Malaysia menyumbang.

Cikgu Mun pula tak jemu2 promosi projek ini hingga bertemu dgn seorang hamba Allah.

Rugged. Seluar jean koyak lutut, baju hitam tanpa lengan. Bkn org setempat.

Berada di kampung hadiri kenduri keluarga.

Bila dgr sahaja kisah tahfiz berkenaan, berbunga2 terus hatinya utk menaja.

Masa tu bumbung tak ada lagi. Cikgu Mun kata kosnya dlm RM40k.

Then, bro tu cakap, ok, sy sponsor. Hantar pelan. Lepas tu tunggu barang sampai.

Mashaallah!

Itu belum lagi kisah sorg pakcik yg kematian ibu. Beliau perolehi rantai emas faraid, milik arwah ibu.

Bukan org senang, pakai motor buruk je. Tp beliau sumbang semua emas tu.

"Ambillah. Pergi jual. Sy wakafkan utk tahfiz. Semoga pahala sampai pd ibu saya."

Nilainya RM 7,770!

Kisah ketiga, sorg penduduk kampung, dah tak bekerja. Dulu pernah berkebun & jual kuih.

Beliau dtg kpd team tahfiz dan hulurkan satu sampul surat.

Kau tahu kawan, dalamnya ada 6100 ringgit!

Semua duit simpanan beliau selama ini. Semoga syurga buatmu pakcik!

Di pihak tahfiz, mrk tak duduk diam sahaja menanti derma dr org lain.

Tanah yg lain dibeli pula di belakang bangunan tahfiz. Di tanah itu, mereka bangunkan projek lada merah.

3000 polibag tu!

Masa nak tanam, ramai org kampung turun membantu. Alhamdulillah.

Bila dapat hasil, cili ni dijual di pasar borong Alor Setar & kawasan sekitar. Dapat ribu2 jugalah sebulan.

Cikgu Mun habaq, duit penjualan cili ni diasing siap2. Ia bkn utk pembinaan tahfiz, tp kegunaan pd masa depan; kos pengoperasian, bil letrik, bil air, elaun pengajar dll.

Tak cukup dgn itu, team tahfiz juga menanam serai di atas bukit. Tanam, tunggu dan tuai. Hasil dapat, duit dapat. Juga utk kos pengoperasian.

Oh ya, depan tahfiz juga dibina kedai. Masa sy dtg tahun lps, TNB tak pasang lg letrik. Skrg dah beroperasi Alhamdulillah.

Kisah yang kawan2 baca di atas ni saya tulis Ramadan tahun lepas di fb.

Dan syukur, ramai sangat yg menyumbang. Lihatlah hasilnya sekarang!

Allahuakbar!

Mahasiwa UUM masih terus menyumbang bakti dengan kerja sukarelawan.

Mereka dtg setiap pagi jumaat, mengajar adik2 ini berlatih buat syarahan agama dalam Bahasa Inggeris!

Budak2 kemain seronok.

Kini, pembinaan tahfiz masuk fasa ketiga, mereka nak bangunkan kelas baru dan asrama untuk pelajar sekolah menengah.

Cikgu Mun perlukan bantuan dana sebanyak RM 400,000.

Saya tanya beliau, bila dah cukup dana, nak terima lagi ke sumbangan orang ramai.

Jawab beliau 👇

"Tidak. Kita tak akan terima lagi dana orang ramai. Kami akan buktikan tahfiz ini akam berdikari, cari duit sendiri dan tak meminta-minta!

Kami ada maruah diri!"

Hebat Dr Munauwar aka Cikgu Mun ni.

Sempena bulan Ramadan yg masih berbaki ni, jika kalian mahu menyumbang, bolehlah berbuat demikian ya.

Ini link untuk contact :

…fizsaiyidinaabubakarchanglun.wasap.my

Jika tak dpt, guna secara manual pula :

019-4970253

Semoga Allah ganjari syurga buat kalian yang menyumbang.

Amin Ya Rabb.

Share this Scrolly Tale with your friends.

A Scrolly Tale is a new way to read Twitter threads with a more visually immersive experience.
Discover more beautiful Scrolly Tales like this.

Keep scrolling