KENAPA ORANG STIGMAKAN PESAKIT MENTAL?
Pernah seorang pesakit berkongsi cerita. Dia duduk di kerusi menunggu, kebetulan sebelah ada pesakit klinik lain. Bila ditanya jumpa siapa, dia jawab "jumpa doktor psikiatri.."
tak lama lepas tu, orang sebelah bangun & tukar tempat duduk
Cerita hina pesakit mental ni bukan baru. Modus operandi discredit pesakit mental ini dah lama digunakan. Sebab itu dalam Al-Quran ada 41 ayat cerita tentang para nabi dituduh 'gila' kerana bila seseorang dianggap gila, maka dia hina di mata orang lain.
Contoh: Firaun (26: 27)
Stigma terjadi bila kita:
1. Beri label yang mendiskriminasi seseorang dari kelompok masyarakat yang lain
2. Beri label yang mengaitkan individu dengan karekteristik negatif
3. Bila berlaku rejection masyarakat terhadap individu ini
Ada 2 jenis stigma:
1. societal stigma - masyarakat terhadap pesakit
2. self-stigma - pesakit terhadap penyakitnya sendiri
Society ni kita biasa dengar. Self-stigma ni banyak juga jadi, tapi dia sendiri tak sedar. Sebahagian create self-stigma secondary to stigma society.
Kenapa stigma wujud?
1. Ignorance - kejahilan
2. Media portrayal
3. Simply bad mouth bad behaviour
4. Lack of effort to educate public/family
5. System
contoh problem system - buat ward psychiatry belakang rumah mayat, ward psychiatry design macam rumah pasung berhantu
Bagaimana nak #fightstigma
1. Insaf yang ni semua ujian Allah. Nak lawan tuhan?
2. Belajar pasal masalah mental
3. Faham individu, bukan tengok label penyakit
4. Media
5. Survivor to share experience
6. Jaga akhlak
7. Take mental health issue as everyone's business
Sila insof!
“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah suatu kaum menghina kaum yang lain, (kerana) boleh jadi mereka (yang dihina itu) lebih baik daripada mereka (yang menghina).."
(Al-Hujurat:11)
Share this Scrolly Tale with your friends.
A Scrolly Tale is a new way to read Twitter threads with a more visually immersive experience.
Discover more beautiful Scrolly Tales like this.
