1/ #TabungHutang
Moratorium masih berbaki dua bulan lebih sahaja lagi.
1. Jika masih ada kerja walau stabil, buat simpanan lebih dari 6 bulan gaji. Jika dah ada 6 bulan cuba jadikan setahun simpanan
2/ 2. Jika mula ada banyak duit hasil moratorium, cuba selesaikan hutang ini dulu jika simpanan dan cukup 6 bulan.
+Hutang Kad Kredit (kadar faedah 15-18%)
+ Hutang Ahrahnu (Kadar faedah antara 12-16%)
+Hutang Pembiayaan peribadi (Kadar faedah didarab 1.88)
3/ 3. Jangan guna duit moratorium untuk mulakan perniagaan. 99% kali pertama berniaga hadapi kegagalan. Jika nak guna juga, pastikan bawah RM2000 sahaja.
4. Jangan guna duit moratorium juga untuk labur sepenuhnya jika kita kali pertama melabur.
4/ 5. Tempat paling selamat letak duit moratorium adalah di ASB atau Tabung Haji. Bukan ditempat yang ada risiko hilang.
6. Jangan rasa mewah dan kaya dengan duit moratorium yang ada. Kesan besar gawat akan kelihatan lepas tamat moratorium ini nanti.
5/ 7. Jangan guna duit moratorium untuk beli benda yang susut nilai seperti kenderaan.
8. Boleh beli emas tetapi harga emas sedang mahal. Pastikan emas yang betul.
9. Jangan guna duit moratorium bayar semua hutang yang ada jika kita langsung tiada simpanan kecemasan.
6/ 10. Jangan rasa duit moratorium tidak penting sebab masih ada kerja. Bila bila masa boleh kehilangan pekerjaan sekarang ini.
11. Jangan simpan duit moratorium dalam akaun gaji. Kebarangkalian terpakai untuk kahwin lagi sangat tinggi. Simpan dia ASB atau TH
7/ Covid masih berleluasa diluar sana. Jangan kita rasa selesa. Kita sedang hadapi wabak penyakit dan wabah ekonomi bersama.
Azizul Azli Ahmad
#Mohon kongsikan buat ingatan adik dan kita semua agar lebih berjaga jaga.
t.me/joinchat/O_bAY…
Siapa nak discuss any topic jemput masuk group
Share this Scrolly Tale with your friends.
A Scrolly Tale is a new way to read Twitter threads with a more visually immersive experience.
Discover more beautiful Scrolly Tales like this.
