1/ Haritu ada dua sifu hartanah gaduh pun dia ni datang mendamaikan. Korang gaduh dekat Twitter pun dia baca oi.
Pesan Azizul Azli Ahmad
#TabungDuit
Sebagaimana agama, bab duit juga ada beberapa mazhab manusia.
Ada orang suka menabung, ada orang suka berbelanja. Habis mana
2/ yang betul?
Tiada yang betul dan salah dalam bab menabung ini. Yang ada hanya mana yang baik dan buruk sahaja.
Ada bagusnya orang yang kekal berbelanja, ia kekal menjana ekonomi negara. Duit mereka sedang mengalir.
Ada bagusnya kekal menabung, agar tidak susah dan
3/ meminta minta dimasa depan. Duit mereka ada untuk masa depan.
Kawan kawan yang mulia,
Jika kita suka menabung, melabur dan menyimpan wang. Jangan sindir sesiapa. Biarkan mereka, hidayah ini perlukan masa bukan sekelip mata.
Jika kita suka berbelanja, reward diri sepanjang
4/ masa, nikmati hidup selamanya, hutang sini sana. Jangan sindir juga orang menabung ini kedekut, duit bawa kekubur dan hidup tak bahagia.
Mari kita saling menghormati.
Kita ada perbezaan mazhab dalam bab duit.
Orang menabung sedang sediakan masa depan cemerlang dengan
5/ tabungan mereka.
Orang berbelanja, sedang nikmati hidup dengan apa yang mereka ada.
Jangan anggab menabung itu satu paksaan, anggaplah menyimpan wang satu gaya hidup.
Jika kamu tidak tahan lelahnya menabung, kamu akan menanggung peritnya kemiskinan .
Share this Scrolly Tale with your friends.
A Scrolly Tale is a new way to read Twitter threads with a more visually immersive experience.
Discover more beautiful Scrolly Tales like this.
