1/ 3 KEMAHIRAN WANG YANG ANDA PERLU KUASAI
π The rich gets richer, the poor gets poorer, anda pernah dengar kan frasa ni? Awas, Panjangβ(7 bab).
π Apa sebenarnya rahsia kekayaan?
π Kenapa sesetengah orang walaupun bukan anak Lord, masih boleh jadi kaya, dan sesetengah
2/ orang masih di takuk lama?
π Jadi jom hari ini kita pelajari tiga skill yang penting untuk jadi kaya raya seterusnya jadi dermawan.
.
#SkillPertamaFiringPower - Bab 2
π Firing power ialah kebolehan anda menjana pendapatan anda.
π Kalau anda kerja masih gaji lama tak
3/ bergerak-gerak anda patut lompat company selepas lima tahun.
π Kalau anda ada banyak masa selepas kerja, anda patut cari pendapatan part time seperti mengajar tuisyen, jadi perunding takaful, perunding unit amanah, perunding hartanah, jual burger, meniaga online, sublet,
4/ copywriting, jual Cuckoo atau Coway, dan lain-lain.
π Sasarkan jumlah pendapatan anda meningkat 10% setiap tahun. Ingat ye, Abe sebut pendapatan bukannya gaji.
π Gaji ialah satu bahagian sahaja daripada pendapatan.
π Kalau anda betul-betul nak kaya, anda kenalah
5/ sasarkan pendapatan sampingan itu mampu menjana RM 10 ribu setiap bulan. Impossible? Even the impossible is possible!
π Kalau anda nak lagi ganas, bukak bisnes sendiri tapi anda kena ingat 95% dari bisnes gagal bertahan dalam tempoh tiga tahun. Perancangan dan warchest
6/ kenalah mahming.
.
#SkillKeduaMenyimpanDuit - Bab 3
π Banyak dah Abe jumpa orang yang firing power dia super mega power, tapi dia fail pulak dalam skill kedua.
π Bila dah power buat marketing dan sales sikit, mulalah gian upgrade kete.
π Tak salah nak pakai GTR atau M
7/ power tapi itu mestilah datang setelah anda dah berjaya simpan duit. Apa lebihan pastu enjoylah. Tak salah nak enjoy pendapatan anda pun.
π Ada yang hidup bagaikan raja, macam zaman Abe kerja oil and gas dulu, banyak orang minyak tau geng-geng Labuan especially bila dapat
8/ elauan berpuluh-puluh ribu je, habis duit bukak botol arak kat kelab malam.
π Kad kredit pun sampai cecah beratus ribu buat belanja kawan-kawan tonggeng Carlsberg, Tiger Beer, dan belanja aweks yang kehausan.
π So janganlah jadi camni. Kalau dah firing power makin
9/ tinggi, simpanlah duit itu makin tinggi.
π Mulakan dengan ratio 10% gaji bersih dahulu kemudian bila gaji makin besar, naikkan ke 15%, 25%, 35% dan akhirnya 50%!
.
#SkillKetigaGandakanWangItu - Bab 4
π Takde guna anda simpan duit kalau akhirnya ianya di makan inflasi.
10/ π Jadi kalau anda nak kaya, anda kena mahir menggandakan duit ini.
π Di sinilah masalah orang ramai, tak banyak orang pandai meningkatkan firing power, lagi sikit yang boleh menyimpan, lagilah sikit yang pandai melabur.
π Bukan Melayu je gila nak jadi kaya, Cina lagi
11/ gila nak jadi kaya. Sebab tu ramai yang terjebak dalam skim cepat kaya cam skim Tok Belagak lah, Mecca Fund lah, dan lain-lain.
π Ada pula yang sanggup buat personal loan dan leburkan duit tu kat tempat mereka tak mahir macam main forex atau saham.
.
12/ #OnlineForexTradingFatwanyaHaram - Bab 5
π Forex dilihat satu cara nak cepat gandakan wang dalam satu malam.
π Bila tiba pengumuman berita besar macam Non Farm Payroll, ramai je forexster duduk menunggu depan laptop layan spike.
π Camne Abe tahu? Abe pun lima tahun
13/ buat benda alah ni. Tapi I learnt that only 5% je orang main forex ni akan berjaya.
π Yang lain-lain rugi hangus kena margin call, duit habis asyik dok men top up baki, dan ada yang bergaduh marah-marah anak bini.
π Bila tengah loss tu anak tersalah tegur sikit pun bisa
14/ melayang penampar kat pipi. Hati jadi tidak tenang. Tidur pun tak lena.
π So kalau kail panjang sejengkal, toksahlah cuba benda berisiko tinggi camni. Tapi kalau power memang kaya tak ingatlah.
.
#MelaburlahUntukJangkaMasaLamaSedikit - Bab 6
π Begitu juga pelaburan
15/ lain. Ia memerlukan kemahiran. Ada yang jadi, ada yang tak jadi.
π Abe pun banyak buat silap dalam pelaburan hartanah.
π Nanti lain kali Abe share sebagai pedoman hidup.
π Tapi apa yang Abe pelajari setelah melabur 16 tahun ni, pelaburan bererti anda sanggup melihat
16/ short term paper loss for long term permanent profit.
π Kalau benda tu menjanjikan penggandaan duit dalam tempoh yang sangat pendek, itu bukannya melabur dah, itu namanya berjudi.
.
.
#MoralOfTheStory - Bab 7
π Bukan senang nak jadi kaya tapi anda kena kuasai tiga
17/ kemahiran ini.
π Even kalau anda menang loteri Magnum atau makan rasuah pun, anda tidak dijanjikan akan kekal kaya. Akan timbul isu keberkatan pulak.
π Kalau anda buat duit dengan pendapatan tak berkat, Allah akan tarik duit tu sikit demi sedikit sebab anda kena ingat,
18/ rezeki itu datangnya dari Allah S.W.T.
π Silalah 'Set See First' dan Follow Facebook Abe Nazz Zain. Inshallah balik modal data internet.
π Maka kuasailah tiga kemahiran ini dan menangilah keredhaan Allah S.W.T. Share lah jika anda nak bantu kawan-kawan lain jadi kaya dan
19/ berjaya. Semoga bermanfaat.
Abe Nazz Zain
- Suka berkongsi kisah kewangan dan sejarah
Share this Scrolly Tale with your friends.
A Scrolly Tale is a new way to read Twitter threads with a more visually immersive experience.
Discover more beautiful Scrolly Tales like this.
