Akhi Fairuz Al-Jengkawi Profile picture
Saya suka berkongsi tentang pendidikan seksualiti, kisah kanak-kanak & remaja serta isu kekeluargaan

Sep 10, 2020, 15 tweets

Di fb semalam, viral kes sorg bapa yg meliwat anak perempuannya hingga keluar najis.

Lebih menjijikkan, perbuatan berkenaan juga berlaku di Mekah, saat beliau membawa anaknya mengerjakan umrah.

Saya tak pasti bagaimana kes ini kembali tular. Kes berkenaan sebenarnya tahun 2017.

Sudah dibicarakan di mahkamah, syaitan berkenaan telah dihukum penjara selama 48 tahun dan 24 sebatan.

Dalam kes ini, terlalu banyak kejadian yang kejam, jijik dan tidak masuk akal telah berlaku.

Meliwat serta merogol anak selama 2 tahun, dari budak itu berumur 13 tahun hingga 15. Bukan sekali perlakuan itu berlaku, tetapi 623 kali!

Perbuatan jijik itu boleh dikatakan berlaku setiap hari! Menurut fakta kes, bapak syaitan ini telah meliwat anaknya 3 kali sehari sepanjang bulan Januari hingga Julai 2017!

Ketika bulan Ramadan pun anaknya ini menjadi mangsa!

Tidak terbayang betapa azabnya si anak menanggung penderitaan berkenaan.

Saya ingat lagi ketika kes ini berlangsung di mahkamah, ada wartawan sampai nak termuntah mendengar kes yang dibacakan.

Bersidang dari pagi sampai ke tengahari, tapi tak habis lagi baca pertuduhan kes. Baru cover 100 lebih. Kemudian sambung waktu ptg.

Kalau kita benci dengan watak Hamadi dlm drama Nur tu, ketahuilah dalam dunia nyata ada manusia yang lebih jahat, jijik dan syaitan dari watak itu.

Sekarang sudah 2020. 3 tahun telah berlalu. Apa nasib anak itu? Usianya sudah 18 tahun. Sudahkah beliau mendapat rawatan kaunseling, terapi serta psikologi yang selayaknya?

Sedih mengenangkan nasib si mangsa. 😢

Pelaku kita dah nampak hukumannya. Mangsa pula menanggung trauma hingga mati.

Itulah juga hal yang dirasai oleh insan yg selalu DM saya. Kena cabul oleh ayah, atuk, abang ipar, bapa saudara, ustaz, warden asrama, cikgu, jiran, suami pengasuh, anak pengasuh, sepupu & lain-lain.

Ada yang tahu mereka dicabul, tapi ada yang baru tahu bila dah besar. Mereka tak selesa saat perbuatan tu berlaku ketika masih kecil, tapi mereka tak tahu apa benda yang sedang berlaku.

Kesannya sangat besar! Ramai yang alami depresi. Sedih rasa.

Didiklah anak dari kecil wahai bakal mak ayah sekalian.

Ajar mereka mengenali private part, anggota badan yang boleh disentuh dan tidak boleh disentuh. Didik mereka agar menjerit, lari dan beritahu saat kejadian itu berlaku.

Paling penting, wahai bapak-bapak sekalian, jadilah BAPA dalam erti kata yang sebenar.

Jangan rogol anak sendiri!

Jangan tonton pornografi!

Jangan buat lawak lucah!

Protect anak anda!

Hubungan dengan anak perempuan perlu dibina dari awal. Biar anak tu menganggap bapanya itu satu figure yang baik, santun serta penuh kasih sayang.

Jangan rosakkan anak!

Tolong!

Saya merayu.

Post asal saya di fb :

m.facebook.com/story.php?stor…

Laporan Astro Awani, 2017.

astroawani.com/berita-malaysi…

Laporan Berita Harian, 2017

bharian.com.my/berita/kes/201…

Share this Scrolly Tale with your friends.

A Scrolly Tale is a new way to read Twitter threads with a more visually immersive experience.
Discover more beautiful Scrolly Tales like this.

Keep scrolling