W ꥀꥇꤺꤿ 🇲🇾❤️🌺 Profile picture
Kata-Kata Kejayaan #sidangkata

Sep 27, 2020, 33 tweets

Membahaskan nama 'Melayu' itu pasti akan ada perselisihan samada ia adalah etnik (suku), bangsa (ras) dan beka (bahasa).

1. Melayu adalah etnik ✔️
2. Melayu adalah bangsa ✔️
3. Melayu adalah bahasa ✔️

Di Indonesia, takrif Melayu adalah sebagai salah satu etnik kerana perbezaan rencam bahasa serta ragam budaya dengan etnik-etnik lain.

Namun, pemersatuan kesemua etnik itu dilakukan melalui perantara yang sama iaitu Bahasa Indonesia; yang juga berasal dari Bahasa Melayu.

Di Malaysia, Melayu itu menyatukan etnik-etnik lain yang serumpun (bahasa dan budaya) dibawah satu payung besar iaitu bangsa.

Melayu-Minang, Melayu-Bugis, Melayu-Jawa, Melayu-Kedah, Melayu-Johor, Melayu-Patani dan lain-lain semuanya ditakrif sebagai Melayu.

Hatta, takrif Melayu di Malaysia juga istimewa kerana meletakkan Islam sebagai salah satu syaratnya.

Terma masuk Islam sebagai masuk Melayu telah berlaku sejak zaman Kesultanan Melaka.

Dapatan ini memberitahu Melayu adalah sebuah bangsa Islam yang terdiri daripada etnik-etnik Melayu yang berkongsi agama dan budaya yang sama ataupun serumpun.

Apakah pula hujah yang mengatakan Melayu itu sebuah bangsa, dan bukannya etnik?

Penemuan prasasti Matari Singa Jaya Himat di Palembang telah merungkai jawapan; Melayu adalah sebuah bangsa.

Lihat petikan prasasti;

"Matari Singa Jaya Himat namanya. Lama - lama baranak lanang; Matari Singa Jaya Mat, dari ratu, lami lami BANGSA Malayu,"

Prasasti ini diperbuat dari tembaga dan menulis aksara rencong. Kosakatanya jelas berbahasa Melayu. Usianya sezaman dengan kerajaan Majapahit (kurun ke 13 - 15 M).

Ia bukti berandang Melayu adalah sebuah bangsa dan bertutur dalam bahasanya sendiri; Bahasa Melayu.

Dapatan tersebut juga memberitahu bahawasanya Melayu adalah sebuah bangsa dan bahasa yang besar.

Bangsa Melayu disatukan dibawah persamaan kebudayaan dan laras pertuturan yang seragam.

Bahasa Melayu adalah bahasa yang besar?

Ya, lihat sahaja angka satu hingga sepuluh yang berkongsi ragam sebutan dengan banyak etnik peribumi Asia Tenggara, malah juga kepulauan pasifik.

Angka lima (5);

Melayu - Lima
Jawa - Lima
Sasak - Lime
Hawai - Lima
Maori - Rima

Bahasa Melayu tergolong dalam kelompok bahasa Malayo-Polinesia yang merujuk pada keseragaman pertuturan dan taburan kawasan penuturnya.

Dari sudut kaji banua, ia disebut sebagai dunia, kepulauan, lautan, daratan, wilayah atau Alam Melayu.

Tanah Melayu
Kepulauan Melayu
Malay Peninsula
Malayan Sea
Malaya
Malaysia
Melayu Raya
Semenanjung Melayu
Sungai Melayu
Kerajaan Malayu

Semua ini merujuk pada kawasan atau wilayah samada di tanah (daratan) dan air (lautan).

Wilayah ini ringkasnya dirujuk sebagai dunia atau ALAM

Jika Alam Melayu yang anda maksudkan hanya sebatang sungai di Sumatera, maka hanya seluas itulah Alam Melayunya.

Jika Alam Melayumu meliputi semua tempat yang bertutur Bahasa Melayu dan mempunyai nama Malayu/ Melayu, maka sebesar itulah Alam Melayunya.

Asasnya, semua nama-nama tempat tersebut merujuk pada suatu nama bangsa yang bernama Malayu; salah satu peribumi di Pentas Sunda.

Jadi, dari mana datang istilah Malayo untuk Malayo-Polinesia?

Sudah tentu ia adalah ragam sebutan asing (waratan) merujuk orang Malayu.

Ragam sebutan Melayu;

Malayu
Melayu
Malayo
Malaio
Malaya
Malay

Dapatan ini memberitahu bahawasanya nama Malayu itu bukan kaleng-kaleng sampaikan orang barat mencipta istilah kategori MALAYO-Polinesia dibawah kelompok besar Austronesia.

Kenapa Malayo-Polinesia? Kenapa bukan Jawa-Polinesia, Bugis-Polinesia, Minang-Polinesia (sekadar contoh)?

Apa yang penting sangat nama itu sampai diciptakan istilah Malayo-Polinesia itu?

Bahasa Perantara (lingua franca).

Bahasa bangsa Malayu adalah bahasa perantara kawasan serantau Asia Tenggara sejak zaman Srivijaya.

Dan, memang benar Srivijaya adalah kerajaan bangsa Malayu yang mentadbir kawasan Asia Tenggara menggunakan Bahasa orang Malayu sebagai beka baku.

Bahasa ini tersebar luas melalui urusan perdagangan lautan sejak dahulukala.

Untuk menjadi bahasa perantara, kelompok empunya bahasa itu sudah semestinya berkuasa untuk memiliki, mendiami atau mentadbir sesuatu kawasan dan menamakan tempat itu dengan namanya.

Berkuasa untuk menyebar luar bahasanya melalui perdagangan, perkahwinan dan peperangan.

Pastilah ia berkuasa jika dijadikan bahasa kebangsaan sesuatu.

Negara-negara bangsa seperti Malaysia, Brunei dan Singapura meletakkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Menariknya, Indonesia meletakkan bahasa nama negara bangsanya sebagai bahasa pemersatuan.

Tambah menarik, Bahasa Indonesia berakar dari Bahasa Melayu; sebuah bahasa dari etnik, suku, kaum yang bernama Melayu.

Satu kelompok penting yang diangkat bahasanya menjadi bahasa perantara Asia Tenggara.

Itulah kebenaran dan ia memang pahit untuk ditelan.

Masuk akalkah jika sesuatu bahasa perantara dan pemersatuan itu diangkat jika ia tidak penting?

Tidak mungkin empunya bahasa tersebut adalah etnik atau kaum yang kecil atau lemah.

Sejarah membuktikan pemilik bahasa tersebut begitu berkuasa dan adalah sebuah bangsa.

Yang jelasnya di sini, pemerintah Srivijaya tidak memahatkan prasasti itu dengan kata etnik atau suku atau kaum atau orang.

Kebenarannya, ia telah dipahat kata BANGSA Malayu di atas prasasti tembaga sebagai perakam sejarah.

Siapakah bangsa Malayu itu?

Pastinya ia adalah orang Malayu yang bertutur Bahasa Melayu.

Ya benar, bahasa Srivijaya adalah Bahasa Melayu.

Setidaknya, Srivijaya menyebarkan bahasa itu disetiap jajahan takluknya yang luasnya bukan sekangkang kera selama beratus-ratus tahun.

Ringkasnya, Malayu-Srivijaya telah memerintah rantau Asia Tenggara yang dihuni oleh pelbagai etnik peribumi dengan memakai Bahasa Melayu.

Dan apabila Srivijaya melemah akibat peperangan serta perubahan polisi perdagangan, banyak jajahannya melepaskan diri.

Benar, beberapa tempat yang disebut dalam Sumpah Palapa itu merujuk bekas jajahan Srivijaya.

Sebelum Majapahit, Singhasari telah melancarkan Pamalayu.

Selepas Majapahit melemah, penyebaran Bahasa Melayu di rantau Asia Tenggara diteruskan oleh waris Srivijaya; Kesultanan Melaka.

Wilayah Melaka merangkumi Semenanjung dan Sumatra termasuk Singapura dan kepulauan sekitar. Seluas itu juga Bahasa Melayu dituturkan secara rasmi.

Kedatangan penjajah waratan telah melahirkan negara-negara bangsa baharu yang memakai Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi seperti Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia.

Penuturnya terdiri dari etnik kemelayuan, etnik bukan Melayu dan bangsa asing seperti Arab, Cina, India.

Seiring dengan perkembangan Bahasa Melayu, begitu juga berlaku pada bangsanya.

Ya benar di Malaysia; baik Minang, Bugis, Jawa (sekadar menyebut beberapa) juga adalah Melayu jika bertutur Melayu, mengamalkan adat Melayu dan agama Islam.

Melayu di Indonesia adalah etnik.
Melayu di Malaysia menyerap etnik dan bangsa lain menjadi bangsa Islam.
Melayu Patani dipanggil orang Islam Thai.
Melayu adalah bangsa pemerintah Srivijaya.
Melayu adalah bahasa Austronesia kelompok Malayo-Polinesia.

Melayu adalah bahasa perantara di rantau Asia Tenggara.
Melayu adalah beka baku di Malaysia, Brunei, Singapura & Indonesia.
Melayu adalah peribumi Pentas Sunda.
Melayu-proto adalah orang asli Melayu.
Melayu Champa hilang negerinya kepada Vietnam.

Melayu adalah bangsa (ras) di Filipina.
Melayu Kelantan adalah orang Melayu tertua di Semenanjung.
Melayu Saleindra membina Borobudur.
Melayu Segenting Kra membangun Angkor bersama Khmer.
Melayu adalah bangsa Jawi.
Melayu membina kerajaan Jawaka dan orangnya dipanggil Jawa.

Melayu di selatan Filipina digelar bangsa Moro.
Melayu Pulau Cocos adalah Melayu diaspora.
Melayu menyerap menjadi Merina di Madagaskar.
Melayu Srivijaya memerintah Sri Lanka.
Melayu kuno menganut Hindu dan Buddha.
Melayu baharu mengabdi Islam Muhammad.

Kesimpulannya;

Melayu boleh jadi etnik, suku, kaum atau bangsa yang bertutur dalam beka Melayu dan menyebar Bahasa Melayu sebagai bahasa perantara melalui pemerintahan, perdagangan, penaklukan, perkahwinan serta perpindahan.

Share this Scrolly Tale with your friends.

A Scrolly Tale is a new way to read Twitter threads with a more visually immersive experience.
Discover more beautiful Scrolly Tales like this.

Keep scrolling