W ꥀꥇꤺꤿ 🇲🇾❤️🌺 Profile picture
Kata-Kata Kejayaan #sidangkata
Sep 27, 2020 33 tweets 6 min read
Membahaskan nama 'Melayu' itu pasti akan ada perselisihan samada ia adalah etnik (suku), bangsa (ras) dan beka (bahasa).

1. Melayu adalah etnik ✔️
2. Melayu adalah bangsa ✔️
3. Melayu adalah bahasa ✔️ Di Indonesia, takrif Melayu adalah sebagai salah satu etnik kerana perbezaan rencam bahasa serta ragam budaya dengan etnik-etnik lain.

Namun, pemersatuan kesemua etnik itu dilakukan melalui perantara yang sama iaitu Bahasa Indonesia; yang juga berasal dari Bahasa Melayu.
Sep 24, 2020 4 tweets 1 min read
Kami punya angka!

Kerana besok pabila kami berkuasa
Kamu masih pergi kerja macam biasa
Hasil upah masih tak cukup biaya keluarga
Purih pemodal masih menindas seperti sediakala
Orang kaya makin gila bergaya dengan harta

Baca karya "SELEBU" di #Wattpad my.w.tt/fuvUs6e319 Orang miskin papa kedana
Sudah jatuh ditimpa tangga.

Kami punya angka!

Kerana besok pabila kami berkuasa
Kamu masih menjadi hamba sahaya
Ditunggang ke sana ke mari laksana kuda
Dikerah tenaga bagai lembu dicucuk hidungnya
Agama dan bangsa masih menjadi gula sandiwara
Sep 11, 2020 5 tweets 1 min read
Mohon bertaubat. Bahasa Melayu bahasa Mala
Dari Champa sampai Srivijaya
Menyerap sanskrit memperkaya kosa kata
Hilang kedatuan berganti kesultanan
Menggembur pengetahuan berpaksikan Islam
Larik waratan menambah perisa usai keyamtuanan dilanggar penjajah
Aug 30, 2020 10 tweets 2 min read
Tembah Hari Malaya Tanamelayu yang ke-63 tahun!

Dirgahayu Malaysia! 🇲🇾❤️🇲🇾❤️🇲🇾❤️🇲🇾❤️🇲🇾❤️🇲🇾❤️🇲🇾❤️🇲🇾❤️🇲🇾❤️ Marlayar Mahardika.

Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Nafiri angkar berilun jujai runut wijaya
Panji gemilang naik berkibar menjunjung takhta
Alah Peringgi berganti serampak durjana
Runtuh Melaka naik berdiri ranah Malaysia

1/n
Jul 20, 2020 8 tweets 2 min read
Jika andaikan ini benar, maka Puteri Hajar anak kepada Firaun (pemerintah Mesir) merungkai petunjuk berikut;

1. Hubungan bangsa Mesir purba dengan bangsa Mala
2. Rahsia nama isteri ketiga Ibrahim; Keturah
3. Rahsia gelaran Firau Mesir Menurut catatan Mesir kuno, diriwayatkan satu ceritera tentang perlayaran yang terkandas di negeri berpulau diperintah oleh ular besar (merong) bernama Raja Perahu.

Beliau dan isterinya Permaisuri Hati memberi banyak kemenyan dan wangian untuk dibawa pulang ke tanah Mesir.
Jul 19, 2020 6 tweets 2 min read
Maka campuran baka itu semua akhirnya membentuk apa yang dinamakan sebagai Malayu.

Khmer mencatat perkataan malayang sebagai negeri orang Mala.

Malayu kini menjadi Melayu setelah mereka masuk Jawi. Masuk Jawi adalah masuk Islam

Agama Jawi adalah agama yang dibawa Nabi Ibrahim

Bangsa Jawi adalah bangsa Malayu yang beriman kepada Allah

Tulisan Jawi adalah tulisan bangsa Malayu Islam pengaruh Arab dan Parsi

Masuk ISLAM juga bererti masuk MELAYU
Jul 19, 2020 10 tweets 2 min read
Tulisan Palawa dan Kawi beranak dari Brahmi, manakala Rencong berpancar dari Phoenicia.

Apa hubungan bangsa Melayu dengan tamadun Tanah Kanaan? Ini pula memberi petunjuk kenapa kosakata Ibrani kuno berada dalam perkataan Melayu

Abba = abah (father)
Daath = datu (lord)

Apa yang bangsa Melayu dahulu kala buat dengan pancar Nabi Ibrahim?
Jul 19, 2020 6 tweets 2 min read
Besi-besi Qalai ini ditempah dan didagangkan di benua Hindi dan negeri Yaman.

Pedang al-Qal'il ditempa berlapis-lapis dengan banyak besi dan mempunyai pamor dihujung pedang seperti keris.

Qalai disahkan sebagai Kedah Tua oleh catatan pengembara Arab bernama Abu Dulaf. Dan pedang al-Qal'il itu antara pedang kesayangan Nabi seperti yang ditulis akan Muhammad Hassan at-Tuhami dalam kitab mahsyurnya.

Malah, pedang yang disebut dari Yaman, Syam dan Hindi juga berasal dari Kedah Tua; Kalaha, Kalah, Qala, Qalai, Qal'il.
Jul 18, 2020 6 tweets 2 min read
Dapatan ini meleraikan persoalan;

1. Asal usul perkataan jawa
2. Asal usul kedatuan Srivijaya
3. Kaitan Melayu dengan gunung
4. Melayu peribumi asal Semenanjung
5. Melayu membangun pulau Jawa
6. Melayu pemerintah asal Indochina
7. Kerajaan Melayu tak terpemanai banyaknya Kunci salah satu rahsia terbesar Melayu adalah Srivijaya.

Kalau mahu melihat cerminan dan tinggalan Melayu-Sanskrit Srivijaya, intailah negara2 di Indochina.

Dan tak keterlaluan kalau kita andai Srivijaya itu berasal dari Raja Melayu Kelantan.
Jul 18, 2020 5 tweets 1 min read
Pecah rahsia:

1. Angkor Wat dibina oleh pancar Raja-raja Melayu.

2. Kemboja dan Thailand masih memakai identiti cedokan Melayu-sanskrit Srivijaya.

3. Srivijaya bermula di tanah Siam (indochina) dan Semenanjung, bukan di Sumatera. Setepatnya Srivijaya bermula di wilayah Kelantan hari ini sebelum ia menjadi kadatuan.

Srivijaya adalah beranak dari kerajaan Kalathana akan dinasti Srivijayamala, yang demikian dilanjut akan dinasti Sailendra membangun pulau Jawa termasuk candi Borubodor.
Jul 17, 2020 4 tweets 2 min read
Dan kini tamadun moden Melayu memakai rumi sebagai aksara penulisan.

Datanglah seribu tulisanpun bangsa Melayu masih tetap menulis dan menutur Bahasa Melayu.

my.w.tt/BwfQlcQgc8 Maka tulisan rencong adalah beranak terus dari Phoenicia abad ke-4 hingga 5 sebelum masihi.

Betapa jauhnya bangsa Melayu berlayar menggemburkan bahasanya.
Jul 17, 2020 8 tweets 2 min read
Menurut prasasti di Vietnam itu, bahasa Melayu berusia sekitar 1700 tahun pada hari ini.

Dan menurut riwayat di Kemboja itu, bangsa Melayu berusia sekitar 2200 tahun pada hari ini.

Terima kasih orang Champa dan Khmer kerana menuliskan sejarah bahasa dan bangsa Melayu yang gah. Dan kitab Sulalatus Sulatin itu ada banyak menyimpan rahsia tentang bangsa Melayu yang sangat purba.

Ia juga tersiratnya memberitahu ketika Raja-raja Melayu dari pancar Raja Iskandar Zulkarnain memerintah, telah ada raja-raja tempatan sebelumnya membuat kerajaan.
Jul 17, 2020 6 tweets 2 min read
Bahasa Melayu adalah bahasa purba yang masih hidup hingga hari ini, hari akhir zaman ini.

Perhatikan perkataan yang terdapat Prasasti Don Yuen Chau di Vietnam atau juga dikenali sebagai Prasasti Cham.

Prasasti ini berusia abad ke-4 masihi dan ia adalah tertua berbahasa Melayu. "Siddham! NI YAN NAGA PUN putauv, ya URAN spuy DI ko, KURUN ko jmay LABUH nari SVARGAH, ya URAN peribhu DI ko, KURUN SARIBU TAHUN ko DAVAM di NARAKA, DNAN TIJUH kulo ko"

Perkataan yang berhuruf besar adalah sebutan untuk perkataan yang masih diguna hari ini, tahun 2020.
Jun 5, 2020 7 tweets 2 min read
Bernilainya nama Melayu itu sampai dibahagi merata sejarahnya;

Thailand - kebudayaan Srivijaya
Indonesia - kedatuan Srivijaya
Filipina - kesultanan Sulu
Kemboja - kebudayaan Srivijaya
China - Laut Champa
India - Parameswara

Ada lagi yang tertinggal? Image Dan adalah satu kemestian negara-negara lain di Asia Tenggara menyimpan cebisan sejarah bangsa Melayu;

Brunei - kesultanan Barunai
Vietnam - kerajaan Champa
Laos - kebudayaan Srivijaya
Myanmar - Tanah Sari

Ya, Asia Tenggara adalah Alam Melayu; rumah, wilayah, buana orang Melayu