Sir kamarul Profile picture
Law lecturer 👨‍🏫 Bekas peguam Mahkamah Tentera (Court-Martial)👨‍⚖️ Court cases reporter (Lexis Nexis)🕵🏻

Apr 22, 2021, 17 tweets

Dah lebih 24 jam hilang!

Sebuah kapal selam jenis KRI Nanggala 402 milik Tentera Laut (Navy), Tentera Nasional Indonesia (TNI) masih lagi hilang dan belum dijumpai sejak 3 petang semalam.

Ada 53 orang kru dalam kapal selam. Moga mereka semua selamat.

Mohon doa semua!!

Sebelum hilang, kapal selam itu dikatakan menjalani latihan tembakan torpedo di perairan Bali.

Ada yang mengatakan kapal selam itu tenggelam pada dasar lautan melebihi 700 meter.

Kedalaman itu sudah melebihi kapasiti dan keupayaan kapal selam tersebut untuk menyelam.

Laporan berita BBC melaporkan hanya ada baki 72 jam bekalan oksigen. Kapal selam itu perlu dijumpai secepat mungkin.

6 kapal perang termasuklah dari Malaysia dan Singapura sedang membantu mencari sekarang.
bbc.com/news/world-asi…

Ada tumpahan minyak dikesan pada satu permukaan lautan. Pencarian cuba dibuat di kawasan tersebut namun tidak berjaya setakat ini.

Kawasan tumpahan minyak tersebut adalah terlalu dalam. Usaha mencari masih belum berhasil.

Update: Panglima Tentera Nasional Indonesia (TNI) diarahkan oleh Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) untuk menggunakan segala aset dan kekuatan yang ada, untuk mencari kapal selam yang masih lagi belum dijumpai.

m.antaranews.com/amp/berita/211…

Setakat ini, belum dijumpai lagi kapal selam KRI Nanggala 402. Nasib kesemua 53 orang kru masih menjadi tanda tanya.

Teruskan berdoa! #Prayfornanggala402

Anak ini berdoa moga ayahnya yang berada di dalam kapal selam itu sekarang ditemukan dan kembali pulang ke rumah dengan sihat😭

Moga semuanya selamat ya Allah
#Prayfornanggala402

Update: Kapal penyelamat, MV Swift Rescue milik Angkatan Laut Republik Singapura (Republic of Singapore Navy) dijangka tiba di perairan Bali petang ini.

MV Swift Rescue memiliki Submarine Rescue Vehicle DSAR 6 yang mampu terjun ke dasar lautan.

Teruskan doa! #Prayfornanggala402

TLDM is coming!

Kapal penyelamat, Mega Bakti milik Tentera Laut Diraja Malaysia (Royal Malaysian Navy) kini sedang bergerak menuju ke perairan Bali bagi membantu proses mencari dan menyelamat.

Kapal Mega Bakti dijangka tiba pada Ahad jam 3 petang.
#Prayfornanggala402

Kapal selam Alugoro 405 milik Angkatan Laut, Tentera Nasional Indonesia (TNI) kini membantu mencari kapal selam KRI Nanggala 401.

Kesemua 21 kapal perang kini sedang berjuang mengejar masa mencari #KRINanggala402

#PrayForKRINanggala402
#prayfornanggala

Update:
Sehingga kini, kapal selam KRI Nanggala 402 belum lagi berjaya ditemukan.

Usaha dilipatgandakan sekarang.

Harap ada keajaiban berlaku.
Teruskan doa!
#PrayForKRINanggala402

Kedudukan terakhir KRI Nanggala 402 sebelum hilang ialah 23 batu di utara Pulau Bali.

Pada jam 4.25 pagi Rabu 21 April, selepas kebenaran untuk lepaskan tembakan torpedo diberikan, KRI Nanggala 402 tiba-tiba terputus komunikasi.

Jangan putus asa berdoa!
#PrayForKRINanggala402

Pesawat Boeing P-8 Poseidon milik Tentera Laut Amerika Syarikat (United States Navy) sudah berada di Bali untuk membantu mencari #KRINanggala402

Pencarian diteruskan kerana dikhuatiri bekalan oksigen pada kapal selam telah habis. #PrayForKRINanggala402

bbc.com/indonesia/duni…

Dua kapal milik Tentera Laut Diraja Australia (Royal Australian Navy), HMAS Sirius dan HMAS Ballarat kini menuju ke perairan Bali bagi membantu mancari #KRINanggala402

Teruskan berdoa!
#PrayForKRINanggala402

Dikatakan ini gambar kru ketika sedang solat di atas badan kapal selam.

Di mana mereka sekarang?

Setakat jam 4:30 petang waktu tempatan, masih belum ada khabar berita.

Pencarian terus dibuat sekarang dengan bantuan kapal Tentera Laut Australia.
#PrayForKRINanggala402

Update:
Ada serpihan ditemukan pada permukaan perairan Bali yang diyakini sebagai komponen kapal selam.

‘Serpihan ini tidak akan dapat ditemukan apabila tiada tekanan atau keretakan’- Kepala Staf TNI Angkatan Laut Laksamana Yudo Margono.

cnnindonesia.com/nasional/20210…

Panglima Tentera Nasional Indonesia (TNI) sahkan kapal selam KRI Nanggala 402 telah tenggelam ke dasar lautan😭😭😭

Ianya dibuktikan melalui penemuan serpihan, barang dan tumpahan minyak di perairan Bali.

Salam takziah💔

Share this Scrolly Tale with your friends.

A Scrolly Tale is a new way to read Twitter threads with a more visually immersive experience.
Discover more beautiful Scrolly Tales like this.

Keep scrolling