Sir kamarul Profile picture
Law lecturer 👨‍🏫 Bekas peguam Mahkamah Tentera (Court-Martial)👨‍⚖️ Court cases storyteller 🤵🏼
8 subscribers
Nov 3 13 tweets 2 min read
KES PELAJAR DILANGGAR POLIS

Minggu ini. 4 hingga 8 November 2024.

Perbicaraan kes arwah Zaharif bermula di Mahkamah Tinggi Ipoh.

Moga keadilan tertegak 🙏 UPDATE KES

Bicara akan bermula pada Selasa ini.

Sebentar tadi, peguam bela kemukakan penangguhan kerana ada lantikan peguam bela baru.

Tertuduh, Mohd Nazri Abdul Razak kini diwakili peguam M Athimulan dibantu Datuk Mior Faridalathrash dan Aiman Hakim Kamaruzzaman.
Jul 23 12 tweets 3 min read
IMBASAN FAKTA KES ZULFARHAN OSMAN

23 Julai 2024, 6 tertuduh utama bersalah membunuh dan dijatuhkan hukuman mati.

Ini imbasan fakta-fakta kes:
1) Ada 90 kesan tekapan seterika pada badan arwah. Seluruh badan arwah cedera, hanya muka dan telapak tangan tidak tercedera. 2) Arwah diseksa dua malam. Berturut-turut. Malam pertama dipukul disepak diterajang. Malam kedua diseterika. Kejadian kedua terhenti ketika azan Subuh kedengaran.

3) Setelah teruk dipukul, arwah ‘dijaga rapi’ di sebuah bilik. Berselimut seluruh badan. Susah bergerak.
Jul 23 7 tweets 2 min read
UPDATE KES ZULFARHAN OSMAN

Gantung sampai mati!

6 tertuduh utama dijatuhkan hukuman gantung sampai mati!

S 302 KK is triggered now. Keputusan sebulat suara panel 3 hakim Mahkamah Rayuan. 3-0.

Hujahan DPP diterima mahkamah. Keputusan Mahkamah Tinggi diketepikan.

Keenam-enam tertuduh didapati bersalah membunuh dan dihukum gantung sampai mati.

Seksyen 302 ✅
Seksyen 304(a)❌
Sep 4, 2023 29 tweets 5 min read
Masihkah ingat lagi kes bakar Pusat Tahfiz?

11 September 2023, beberapa hari sahaja lagi, Mahkamah Rayuan akan buat keputusan samada suspek utama kes, kekal bersalah membunuh.

Dia telah dihukum penjara sebagai tahanan limpah perkenan YDPA oleh Mahkamah Tinggi.

Ini kisahnya… Mengikut kertas pertuduhan, antara jam 4.15 pagi hingga 6.45 pagi pada 14 September 2017, dua suspek (bawah umur) dituduh membunuh 23 orang.

21 pelajar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah dan 2 warden. Kesemua mereka mati rentung terbakar.

Dua orang saksi terpenting dipanggil masuk mahkamah.
Aug 5, 2023 21 tweets 4 min read
[KISAH BENAR]

Ini kisah misteri. Seorang pemuda dapat kerja baru dan akan berpindah.

Jam 1 petang, dia singgah ke bilik sewa untuk ambil barang. Biliknya paling depan dekat dengan pintu.

Ketika itu, dia sempat lihat housemate berbaring di ruang tamu. Mungkin sedang tidur. Ada sedikit lagi barang kepunyaan yang masih ada di dalam bilik sewanya itu.

Tidak lama pun dia berada di situ. Hanya punggah barang kemudian keluar. Waktu sekitar zuhur, 1.00-1.30pm.

Ketika itulah, dia sempat melihat housemate berbaring di ruang tamu. Hanya kakinya kelihatan.
Jul 29, 2023 21 tweets 3 min read
[KISAH BENAR]

Dulu pernah terjadi, seorang pembantu rumah didapati meninggal dunia.

Ketika dibicara di mahkamah, hakim sendiri terkejut melihat gambar mayat.

Berat badan cuma 26kg. Tubuh tinggal rangka tulang. Hanya disaluti kulit seperti mayat hidup.

Nak tau apa yang jadi? Majikan kepada pembantu rumah tersebut, sepasang suami isteri kemudian ditangkap polis.

Mereka berdua dibawa ke Mahkamah Tinggi Shah Alam dan didakwa atas tuduhan membunuh mangsa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Jul 20, 2023 4 tweets 1 min read
Masih ingatkah lagi kes ini?

Hari ini 20 Julai 2023, suspek, Yew Wei Liang diperintah Mahkamah Tinggi Shah Alam untuk membela diri atas tuduhan membunuh mangsa, Syed Muhammad Danial.

Ogos 2019, mangsa dirempuh hingga tersepit di pembahagi jalan sebelum didapati meninggal dunia. Image Kes kini masuk peringkat pembelaan.

Pendakwa berjaya buktikan kes prima facie di peringkat pendakwaan. Elemen kesalahan jenayah membunuh berjaya dibuktikan, berlaku.

Timbalan Pendakwa Raya, Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin lawan peguam bela, Wee Chong Keong.
Jun 18, 2023 26 tweets 4 min read
[KISAH BENAR]

Satu sekolah tahfiz. Empat orang pelajar. Dua orang daripada mereka ialah ‘pembunuh’.

Pelik tapi benar.

Nak tau apa yang jadi? 👀 Parking lu
Jan 22, 2023 8 tweets 3 min read
Sekarang adalah malam pertama bulan Rejab. Antara malam mustajab doa.

Jangan lepaskan peluang. Baca doa ini. Doa supaya kita semua rajin menunaikan solat:
Dec 18, 2022 12 tweets 4 min read
[TERKINI: BANJIR]

Beberapa kawasan mula dinaiki air di sekitar Hulu Terengganu.

Setakat jam 12.45pm, 3 batang sungai di Hulu Terengganu sudah melepasi paras bahaya.

LPT Ajil juga dikhabarkan naik air.

Hati-hati semua. Keadaan di Madrasah Darul Ansar milik Ustaz Kamaruzzaman.

📌Kg Basung, Hulu Terengganu
Sep 23, 2022 8 tweets 2 min read
[TERKINI: KES RASUAH ZAHID HAMIDI - SISTEM VISA LUAR NEGARA]

Tertuduh, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilepas dan dibebaskan!

Pendakwa gagal buktikan kes prima facie.

Ini bermaksud, tiada bukti dikemukakan pendakwa untuk sahkan wujudnya kesalahan jenayah rasuah. Jun 2019, Zahid didakwa atas 7 tuduhan rasuah berhubung sistem VLN sebelum kes itu dibicarakan bersama-sama 33 lagi tuduhan rasuah.

40 tuduhan dikenakan terhadap Zahid dan kes dibicara di Mahkamah Tinggi Shah Alam.
Sep 5, 2022 8 tweets 2 min read
[TERKINI: KES NAJIB RAZAK]

Najib Razak disahkan telah menghantar permohonan pengampunan diraja (royal pardon) kepada Yang di-Pertuan Agong. Jadi, kerusi Parlimen Pekan tidak kosong dengan adanya permohonan pengampunan diraja ini.

Perkara 48(1)(c) Perlembagaan menetapkan jika satu petisyan pengampunan difailkan dalam masa 14 hari selepas tarikh rayuan diputuskan, kehilangan kelayakan tidak akan automatik berkuatkuasa
Sep 5, 2022 8 tweets 2 min read
[TERKINI: KES AZEEZ RAHIM]

Panel 3 hakim Mahkamah Rayuan Putrajaya tolak rayuan peguam bela Datuk Seri Azeez Rahim untuk batalkan tuduhan.

9 tuduhan kekal dan sah!

3 tuduhan rasuah ✅
6 tuduhan money laundering✅

Perbicaraan kes kini boleh bersambung! Januari 2019, Azeez Rahim asalnya didakwa atas 13 tuduhan (3 tuduhan rasuah dan 10 tuduhan pengubahan wang haram).

Peguam bela membuat permohonan supaya kesemua tuduhan itu dibatalkan.

Atas sebab, ia cacat dan tidak berasas serta ada niat jahat.

Prosecutor nafikan hujah ini.
Sep 2, 2022 12 tweets 2 min read
[TERKINI: KES BUNG MOKTAR + ZIZIE IZETTE]

Mahkamah Sesyen KL memutuskan Datuk Seri Bung dan Datin Seri Zizie perlu membela diri!

Pendakwa berjaya buktikan kes prima facie.

Ini bermaksud bukti berjaya dikemukakan pendakwa bagi sahkan wujudnya kesalahan yang dilakukan tertuduh. Januari 2020, Bung Moktar didakwa atas dua tuduhan menerima rasuah (RM2.2 juta + RM262,500) pada Jun 2015.

Sebagai dorongan kelulusan FELCRA untuk melabur RM150juta dalam unit amanah Public Mutual.

Bung merupakan Pengerusi Bukan Eksekutif FELCRA pada ketika itu.
Sep 1, 2022 15 tweets 2 min read
[TERKINI: KES ROSMAH MANSOR]

Hakim Mahkamah Tinggi KL memutuskan Rosmah Mansor bersalah! Rosmah bersalah!

Peguam bela Rosmah gagal buktikan sebarang keraguan munasabah.

Rosmah kini sah didapati bersalah atas 3 tuduhan rasuah! November 2018, Rosmah dihadapkan ke Mahkamah atas 3 tuduhan rasuah di bawah Seksyen 16(a) (A) Akta SPRM 2009.

Februari 2021, Rosmah diperintah membela diri atas ketiga-tiga tuduhan tersebut setelah pihak pendakwaan berjaya buktikan kes prima facie.
Jul 5, 2022 11 tweets 3 min read
TERKINI

Ada berita sedih dari tragedi banjir di Baling, Kedah.

Menantu yang sedang hamil, ditemui mati berpelukan dengan emak mertuanya pagi tadi.

Mayat mereka ditemui kira-kira 100 meter dari lokasi rumah mereka yang runtuh.

Al-Fatihah. Pengarah Bomba Kedah sahkan, mayat ditemui selepas anggota penyelamat ternampak kaki salah seorang daripada mangsa, di bawah timbunan batang pokok.

Seorang lagi mangsa dari keluarga yang sama, berusia 14 tahun, masih hilang dan belum ditemui.

Allahu.
Jun 1, 2022 21 tweets 3 min read
[KISAH BENAR]

Hati-hati apabila guna emel milik syarikat.

Pernah terjadi kes, emel dihantar oleh seorang pekerja menggunakan alamat emel syarikat kepada kawannya.

Kawannya tak sangka, rupa-rupanya emel itu dihantar oleh pembunuh.

Nak tau apa jadi? 😳 Awal pagi, Februari 2013, suasana tenang di sebuah rumah tiba-tiba bertukar kecoh.

Tiba-tiba kedengaran suara anak perempuan menjerit.

Emak dan pembantu rumah terus berlari masuk ke dalam bilik tidur.

Suara datang dari dalam bilik mandi di dalam bilik anaknya. Apa jadi?
May 15, 2022 26 tweets 4 min read
[KISAH BENAR]

Pernah berlaku kes pada bulan Ramadan 2019, seorang jururawat jumpa bos dia untuk minta cuti Hari Raya.

Keesokan harinya, si dia terus tak hadir kerja shif malam. Dia patut masuk kerja.

Satu hospital mencarinya. Ke mana dia hilang? 😳 Rakan sekerja runsing dengan kehilangan jururawat ini. Esok pagi, dua rakan sekerja kemudian pergi ke rumah sewa yang disewanya.

Mungkin dia ada di situ. Rakan serumah kemudian bagitau, dia sendiri pun tak tahu di mana jururawat itu pergi.

Dia takde di rumah sewa.
Mar 13, 2022 20 tweets 3 min read
[KISAH BENAR]

Dulu pernah terjadi kes, kakak ipar sedang berada di dapur. Tengah siapkan sarapan.

Tiba-tiba, ada sesuatu sentuh bahunya dari arah belakang sambil sebut namanya. Perlahan je suaranya.

Dia pun terus berpaling ke belakang.
Agak-agak apa yang jadi? 👀 Pagi yang tenang dan syahdu.

Sarapan pagi bakal siap tersedia. Nasi minyak ada di dapur.

Tiba-tiba, segalanya berubah. Ketika sarapan disediakan, ada sesuatu berlaku. Kedengaran sesuatu dari dalam rumah.
Jan 24, 2022 8 tweets 2 min read
Update terkini kes Yayasan Akalbudi:

Tertuduh, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi diperintah membela diri oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Kes prima facie berjaya dibuktikan.

Ini bermaksud Timbalan Pendakwa Raya berjaya buktikan Zahid Hamidi telah melakukan kesalahan jenayah. Tertuduh didakwa atas 47 tuduhan:

- 12 tuduhan pecah amanah (criminal breach of trust)
- 8 tuduhan rasuah
- 27 tuduhan pengubahan wang haram

Kes kini masuk peringkat pembelaan.

Peguam bela diketuai peguam Hisyam Teh Pok Teik dan Hamidi Mohd Noh akan berhujah untuk bela diri
Dec 31, 2021 5 tweets 3 min read
Antara dokumentari kes-kes jenayah terbaik meletop kebabom yang paling tidak masuk akal benar-benar berlaku.

1) When They See Us
2) Assassins (Kim Jong Nam’s Case)
3) Athlete A
4) House of Secrets: The Burari Deaths 1) ‘When They See Us’

Kisah benar seorang perempuan dirogol dan dipukul pada waktu malam di Central Park, New York City.

Padu kisahnya ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️