Sebentar tadi saya melancarkan program Masjid Sebagai Pusat Transit Mangsa Keganasan Rumah Tangga yang merupakan kerjasama antara @myJAWIKL selaku agensi di bawah tanggungjawab saya dan Jabatan Pembangunan Wanita, @KPWKM .
Untuk permulaan, sebanyak 14 buah masjid di dalam Kuala Lumpur telah dipilih sebagai Pusat Transit dan Pusat Aduan bagi kes-kes keganasan rumah tangga. Pusat Transit ini terbuka kepada semua bangsa dan agama yang menjadi mangsa keganasan rumahtangga.
Kami bekalkan set persalinan, makan minum, tempat tidur yang selesa dan khidmat bimbingan serta kaunseling bagi mereka yang memerlukan. Saya mahu mereka merasa selamat berada di masjid.
Apabila sistem sokongan dalam keluarga mula goyah, maka berlakulah apa yang dapat kita saksikan sendiri. Sistem sokongan dalam keluarga perlu betul-betul utuh bagi menjamin perkara yang saya sebutkan tidak berlaku.
Saya ingin menarik perhatian berhubung kes gurauan lucah yg berlaku kpd seorang pelajar oleh guru sekolahnya. Apa yang kita lihat, ibu bapanya memberikan sokongan penuh kpd anak mereka utk bersuara mengikut salurannya dan ia memberikan impak yg amat besar dlm kalangan masyarakat.
Anak-anak sewajarnya merasa selamat ketika bersama ibu bapa di rumah. Wanita juga sewajarnya melihat suami sebagai pelindung dan rumah sebagai tempat yang terbaik untuk dirinya.
Namun, kita akui bahawa tidak semuanya dapat merasakan kebahagiaan tersebut. Justeru, @myJAWIKL telah bersama mengorak langkah demi kesejahteraan komuniti dengan menjadikan masjid sebagai pusat transit mangsa keganasan rumah tangga.
Usaha ini juga merupakan program di dalam Pelan Pengimarahan Masjid-Masjid Di Wilayah Persekutuan Tahun 2020 hingga 2024 di bawah teras Sosial, Komuniti dan Alam Sekitar.
Buat fasa permulaaan, masjid-masjid dalam WP KL yang telah dilantik sebagai Pusat Transit Mangsa Keganasan Rumah Tangga adalah sebagaimana berikut. Program ini akan dikembangkan ke WP Putrajaya,Labuan dan seterusnya akan diusulkan untuk pertimbangan Pihak Berkuasa Agama Negeri.
Sekalung penghargaan saya tujukan kepada YB Datuk Seri Rina Harun, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan YB Dato’ Hajah Siti Zailah Mohd Yusoff, Timbalan Menteri atas kerjasama.
Doakan kami. Doakan usaha ini berjaya! Kepada mangsa keganasan rumah tangga, tidak perlu risau. Anda selamat bersama kami di masjid. #MasjidSelamatUntukAnda
Share this Scrolly Tale with your friends.
A Scrolly Tale is a new way to read Twitter threads with a more visually immersive experience.
Discover more beautiful Scrolly Tales like this.