El #PalestineWillBeFree 🇲🇾 🇵🇸 Profile picture
Peminat sejarah, masakan, anime dan muzik. Konservatif dan cintakan budaya. Akaun toxic akan diblock serta merta. #Ravenclaw #Potterhead #SailorJupiter

May 13, 2021, 13 tweets

PERJANJIAN SYKES-PICOT: PUNCA BERMULANYA KEWUJUDAN ISRAEL DI ASIA BARAT

Dalam siri tulisan #SejarahZionisme, saya akan menceritakan tentang bagaimana titik-tolak kewujudan Israel di dalam Asia Barat, dengan bermulanya perjanjian Sykes-Picot pada 1916.

Semoga bermanfaat.

Palestin berasal dari bahasa Mesir purba, Peleset, dikatakan mempunyai ketamadunan pada 1150 Sebelum Masehi (3,171 tahun yang lalu).

Orang Peleset memberontak menentang pemerintahan Ramses III. Dalam bahasa Assyrian dipanggil Palashtu.

Palestin kemudian diduduki beberapa kuasa besar seperti Phoenicia, Greek, Roman, Byzantine, Mamluk, sebelum ia di bawah jajahan takluk Turki Uthmaniyyah menumpaskan Mamluk dalam Perang Marj Dabiq pada 1516.

Turki Uthmaniyyah memerintah Palestin, dalam sistem eyelet (wilayah), diletakkan dalam daerah Syria. Turki Uthmaniyyah memerintah Palestin dengan aman dari 1516 hinggalah Perang Dunia Pertama.

Dalam masa 400 tahun tersebut, Palestin ditadbir secara aman oleh pihak Uthmaniyyah.

dailysabah.com/feature/2018/0…

Semasa Turki Uthmaniyyah menuju ke penghujungnya, wilayah-wilayah Arab memberontak ke atas pentadbiran Istanbul, untuk menuntut kemerdekaan.

Salah satunya ialah Palestin.

British melihat ini satu peluang untuk mereka mengeksploitasi sebuah empayar yang semakin rapuh.

British menghantar wakilnya, Thomas Lawrence, atau dikenali sebagai Lawrence of Arabia. Lawrence menemui pemimpin-pemimpin Arab dan menjanjikan kemerdekaan daripada Turki.

Kebijaksanaan Lawrence menyebabkan Hussein bin Ali, pemerintah Hejaz bersetuju dalam satu perjanjian...

...yang dipanggil Hussein-Macmahon Correspondence pada tahun 1915.

Bagaimanapun, Baron Rothschild, seorang peniaga yang kaya, melobi kerajaan Britain bagi mewujudkan sebuah negara Yahudi di Asia Barat, dengan memilih Palestin sebagai tempatnya.

Menteri Luar Britain, Arthur Balfour menerima surat ini dan membuat Deklarasi Balfour, yang menyokong pertubuhan negara Yahudi di Tebing Barat.

Dalam masa sama Mark Sykes, mewakili kerajaan British menandatangani perjanjian dengan wakil dari Perancis, François-Georges Picot, untuk membahagikan wilayah bekas jajahan Uthmaniyyah ini kepada wilayah British dan Perancis.

Pada akhirnya, Palestin dijadikan sebahagian daripada British Mandate, iaitu kawasan yang ditadbir British selepas Turki Uthmaniyyah kalah perang dunia pertama.

Dan menerusi Deklarasi Balfour, maka bermulalah penghijrahan pendatang Yahudi dari Eropah menuju ke Palestin.

Jika awak semua berminat dengan siri #SejarahZionisme bolehlah retweet dan kongsikan bersama.

Akan datang jika saya ada kelapangan (dan permintaan), saya akan bercerita tentang Theodore Herzl dan The Protocol of Zion.

#PalestineWillBeFree #FreePalestine

Bahagian kedua #SejarahZionisme

Share this Scrolly Tale with your friends.

A Scrolly Tale is a new way to read Twitter threads with a more visually immersive experience.
Discover more beautiful Scrolly Tales like this.

Keep scrolling