APAKAH ITU ZIONISME?
Dalam siri thread kedua saya tentang #SejarahZionisme, saya akan menulis tentang ideologi ini, siapa pengasasnya serta apa kesannya terhadap Palestin sehingga ke hari ini.
Zionisme adalah fahaman bahawa orang Yahudi berhak memiliki negara sendiri...
...dan negara itu terletak di Palestin, dengan Baitulmuqaddis (atau Jerusalem) sebagai ibu negaranya.
Fahaman ini diasaskan oleh Dr Theodore Herzl, seorang ketua editor akhbar dari Austria-Hungary, Das Judenstaat.
Herzl mengajukan idea tersebut dalam satu tulisan yang...
...diterbitkan pada akhbarnya yang bertajuk A Solution Of The Jewish Question pada 17 Januari 1896.
Menurut Herzl, bangsa Yahudi telah hidup bertebaran di seluruh Eropah dengan ditindas sebagai kaum minoriti selama hampir ribuan tahun (pogrom).
Saya ada menulis salah satu sejarah tentang pembunuhan beramai-ramai orang Yahudi dalam satu pogrom yang dilaksanakan oleh Ratu Isabella dan Raja Ferdinand dari Sepanyol yang dipanggil "Dekri Alhambra".
Bagaimanapun tulisan Herzl itu dipandang skeptik oleh rata-rata pemimpin Eropah pada ketika itu, sehinggalah tamat Perang Dunia Pertama, apabila empayar Turki Uthmaniyyah tumbang.
Britain melalui Setiausaha Luarnya, Arthur Balfour telah bersetuju dengan pelobi Zionis bernama Lord Walter Rothschild untuk menjadikan Palestin sebagai negara Yahudi yang baru.
Palestin, merupakan sebahagian wilayah Uthmaniyyah yang hilang, dibahagi melalui Sykes-Picot.
Memandangkan Palestin pada masa itu di bawah Mandat British menjaga wilayah-wilayah bekas jajahan Uthmaniyyah, pemindahan beramai-ramai orang Yahudi ke Palestin mula dijalankan dari tahun 1922 sehingga Perang Dunia Kedua tercetus.
Pada tahun 1919, pertubuhan World Zionist Organization mengisytiharkan bahawa Palestin merupakan negara Yahudi dan pengisytiharan ini dilihat sebagai satu pergerakan nasionalisme Yahudi.
Apabila Perang Dunia Kedua tercetus, ramai orang Yahudi mahu melarikan diri kerana tidak mahu menjadi mangsa kekejaman HitIer. Pada masa inilah, orang Yahudi mula beramai-ramai menduduki Palestin.
Penduduk asal Palestin, yang terdiri daripada orang Arab, Turki, Armenia, Druze, Kristian dan Yahudi asal pada mulanya menyambut golongan imigran ini sebagai membantu mereka sebagai mangsa perang.
Bagaimanapun sekitar 1946 kebanjiran mereka mula mengatasi penduduk asal Palestin.
Dalam thread yang akan datang, saya akan cuba menulis tentang penubuhan negara Israel pada tahun 1948 serta bagaimana nasib orang asal Palestin selepas itu.
Teruskan retweet dan kongsikan bersama kawan-kawan.
#PalestineWillBeFree
Bahagian pertama #SejarahZionisme
Share this Scrolly Tale with your friends.
A Scrolly Tale is a new way to read Twitter threads with a more visually immersive experience.
Discover more beautiful Scrolly Tales like this.