APAKAH ITU ZIONISME?

Dalam siri thread kedua saya tentang #SejarahZionisme, saya akan menulis tentang ideologi ini, siapa pengasasnya serta apa kesannya terhadap Palestin sehingga ke hari ini.

Zionisme adalah fahaman bahawa orang Yahudi berhak memiliki negara sendiri...
...dan negara itu terletak di Palestin, dengan Baitulmuqaddis (atau Jerusalem) sebagai ibu negaranya.

Fahaman ini diasaskan oleh Dr Theodore Herzl, seorang ketua editor akhbar dari Austria-Hungary, Das Judenstaat.

Herzl mengajukan idea tersebut dalam satu tulisan yang...
...diterbitkan pada akhbarnya yang bertajuk A Solution Of The Jewish Question pada 17 Januari 1896.

Menurut Herzl, bangsa Yahudi telah hidup bertebaran di seluruh Eropah dengan ditindas sebagai kaum minoriti selama hampir ribuan tahun (pogrom).
Saya ada menulis salah satu sejarah tentang pembunuhan beramai-ramai orang Yahudi dalam satu pogrom yang dilaksanakan oleh Ratu Isabella dan Raja Ferdinand dari Sepanyol yang dipanggil "Dekri Alhambra".

Bagaimanapun tulisan Herzl itu dipandang skeptik oleh rata-rata pemimpin Eropah pada ketika itu, sehinggalah tamat Perang Dunia Pertama, apabila empayar Turki Uthmaniyyah tumbang.
Britain melalui Setiausaha Luarnya, Arthur Balfour telah bersetuju dengan pelobi Zionis bernama Lord Walter Rothschild untuk menjadikan Palestin sebagai negara Yahudi yang baru.

Palestin, merupakan sebahagian wilayah Uthmaniyyah yang hilang, dibahagi melalui Sykes-Picot.
Memandangkan Palestin pada masa itu di bawah Mandat British menjaga wilayah-wilayah bekas jajahan Uthmaniyyah, pemindahan beramai-ramai orang Yahudi ke Palestin mula dijalankan dari tahun 1922 sehingga Perang Dunia Kedua tercetus.
Pada tahun 1919, pertubuhan World Zionist Organization mengisytiharkan bahawa Palestin merupakan negara Yahudi dan pengisytiharan ini dilihat sebagai satu pergerakan nasionalisme Yahudi.
Apabila Perang Dunia Kedua tercetus, ramai orang Yahudi mahu melarikan diri kerana tidak mahu menjadi mangsa kekejaman HitIer. Pada masa inilah, orang Yahudi mula beramai-ramai menduduki Palestin.
Penduduk asal Palestin, yang terdiri daripada orang Arab, Turki, Armenia, Druze, Kristian dan Yahudi asal pada mulanya menyambut golongan imigran ini sebagai membantu mereka sebagai mangsa perang.

Bagaimanapun sekitar 1946 kebanjiran mereka mula mengatasi penduduk asal Palestin.
Dalam thread yang akan datang, saya akan cuba menulis tentang penubuhan negara Israel pada tahun 1948 serta bagaimana nasib orang asal Palestin selepas itu.

Teruskan retweet dan kongsikan bersama kawan-kawan.

#PalestineWillBeFree

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with El #PalestineWillBeFree 🇲🇾 🇵🇸

El #PalestineWillBeFree 🇲🇾 🇵🇸 Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @ErenaTakeuchi

May 13, 2021
PERJANJIAN SYKES-PICOT: PUNCA BERMULANYA KEWUJUDAN ISRAEL DI ASIA BARAT

Dalam siri tulisan #SejarahZionisme, saya akan menceritakan tentang bagaimana titik-tolak kewujudan Israel di dalam Asia Barat, dengan bermulanya perjanjian Sykes-Picot pada 1916.

Semoga bermanfaat.
Palestin berasal dari bahasa Mesir purba, Peleset, dikatakan mempunyai ketamadunan pada 1150 Sebelum Masehi (3,171 tahun yang lalu).

Orang Peleset memberontak menentang pemerintahan Ramses III. Dalam bahasa Assyrian dipanggil Palashtu.
Palestin kemudian diduduki beberapa kuasa besar seperti Phoenicia, Greek, Roman, Byzantine, Mamluk, sebelum ia di bawah jajahan takluk Turki Uthmaniyyah menumpaskan Mamluk dalam Perang Marj Dabiq pada 1516.
Read 13 tweets
May 12, 2021
Antara punca mengapa Palestin sering ditindas, berpunca dari kegagalan umat Islam bersatu. Tidak seperti Israel yang berjaya menyatukan kaumnya serta mendapat dukungan politik dan kewangan dari Barat, terutamanya Amerika Syarikat. Image
Sejak kecil lagi apabila menonton berita di televisyen, berita konflik Israel-Palestin ini seperti tidak ada kesudahan.

Bayangkan, umat Islam ada 1.5 billion, berbanding cuma 5 juta warga Israel, tetapi mereka dapat bertahan sejak 1948.
Dalam kita hiba melihat anak-anak kecil di Hebron, Gaza dan Ramallah mati atau cedera akibat dari keganasan tentera Zionis, sedarlah semakin hari banyak perbalahan sesama kita, dan ia merugikan.
Read 4 tweets
Oct 18, 2020
MENGENALI ORANG UIGHUR

Uighur merupakan kaum Turkik yang tinggal di Lembah Tarim dan sekitar gurun Taklamakan di Turkestan Timur, atau dikenali sebagai Xinjiang.

Wilayah ini telah dijajah oleh China sejak Dinasti Qing, dan terus dijajah pada zaman Republik Rakyat China.
Menurut pemimpin pejuang gerakan Turkestan Timur, Muhammad Amin Bughra, berkata sejarah bangsa Uighur berusia 9,000 tahun, sebagai bangsa yang tinggal di Xinglongwa di lembah sungai Liao, sebelum mengembara di lembah Tarim.
Mereka kemudian menyertai perikatan Xiongnu yang menyerang negeri Qin pada 318SM.

Dalam buku sejarah Cina tulisan Sima Qian, Xiongnu merupakan salah satu dari lima "barbarian" yang mengancam Dinasti Han.

Kawasannya di Gansu, China, Mongolia, Siberia dan Kazakhstan.
Read 13 tweets
Sep 21, 2020
SEJARAH BESUT

Ramai yang kata Besut ini menjadi daerah Terengganu kerana kalah sabung ayam, tetapi itu cuma mitos semata-mata.

Dan Besut sebenarnya pernah menjadi kerajaan sendiri, dan hanya menjadi daerah Terengganu pada tahun 1899.
Besut merupakan daerah paling utara di Terengganu, dan merupakan tempat jeti untuk ke Pulau Perhentian, iaitu di Jertih dan Kuala Besut.

Keluasannya ialah 730km², dengan penduduknya berjumlah 120,000 orang.

Ia bersempadan dengan daerah Pasir Puteh di Kelantan.
Menurut buku Tuhfat al-Nafis tulisan Raja Ali Haji dan Pelayaran Abdullah ke Kelantan oleh Munsyi Abdullah, nama Besut ini datang dari nama ketua orang asli di kawasan tersebut.

Kemudian pedagang dari Palembang tiba di kawasan tersebut apabila mahu ke Pattani.
Read 19 tweets
Jun 13, 2020
SEJARAH LAGU JONG JONG INAI

Lagu Jong Jong Inai adalah lagu rakyat yang popular dalam masyarakat Pantai Timur, terutamanya negeri Terengganu.

Lagu ini popular dari kalangan kanak-kanak perempuan, tetapi ada kisah disebalik lagu ini.
Masyarakat negeri Terengganu yang kebanyakannya tinggal di pesisir laut, sangat rapat dengan budaya pantai.

Lagu Jong Jong Inai ini sering dinyanyikan oleh kanak-kanak yang sedang berkejaran di tepi pantai.

Jong ialah sejenis perahu layar yang dimainkan oleh kanak-kanak...
...(selain daripada jong yang merupakan kapal besar tu) terutamanya musim angin tenang.

Ada dua versi cerita dalam lagu ini. Yang pertama ialah kisah Mak Ipong yang bermain jong. Tapi versi yang lebih saya yakin ialah ia sebenarnya ialah "jom, jom Inai".
Read 12 tweets
Jun 6, 2020
D-DAY: PENDARATAN TENTERA BERIKAT DI NORMANDY

Hari ini ialah ulangtahun ke-76 pendaratan Tentera Berikat di pantai Normandy, Perancis untuk membebaskan Eropah dari cengkaman Hitler.

Seramai 250,000 orang tentera dari 🇨🇦🇬🇧🇦🇺🇳🇿🇵🇱🇫🇷🇺🇸 mendarat dengan lebih 15,000 kematian.
Perang Dunia Kedua bermula di Eropah pada 1 September 1939 apabila Nazi Jerman menakluki Poland.

Hitler menawan Paris pada 1940 dan dalam masa dua tahun, Nazi berjaya menakluki hampir seluruh Eropah.
Pada Disember 1943, Persidangan Tehran antara tiga pemimpin kuasa dunia iaitu Franklin Roosevelt dari Amerika Syarikat, Winston Churchill dari United Kingdom dan Jozef Stalin dari Soviet Union membincangkan strategi untuk menumpaskan Hitler.
Read 19 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Don't want to be a Premium member but still want to support us?

Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal

Or Donate anonymously using crypto!

Ethereum

0xfe58350B80634f60Fa6Dc149a72b4DFbc17D341E copy

Bitcoin

3ATGMxNzCUFzxpMCHL5sWSt4DVtS8UqXpi copy

Thank you for your support!

Follow Us!

:(