Fakhri | Buku Baru “Sedikit, Tapi Cukup” Profile picture
Refleksi al-Quran • Uni of Jordan • Tweet adalah pandangan peribadi • Penulis 2 buku: “Dan Tuhan Akan Tetap Menjaga Kita” & "Sedikit Tapi Cukup"

May 20, 2021, 7 tweets

Negara Pengeksport Senjata Ke Isr2el

1) US - 70% daripada jumlah keseluruhan senjata.

2013-2017 3.8billion usd nilai senjata telah dijual.

Sejak 1961 US mengeksport senjata setiap tahun untuk Isr2el.

White phosphorus yang diharamkan undang undang antarabangsa juga dari US.

Pada perjanjian keselamatan 2019-2028 US telah berjanji untuk berikan bantuan ketenteraan tahunan bernilai 3.8billion usd.

Iaitu 20% daripada bajet keseluruhan Israel.

Setiap tahun juga US memberikan bajet tambahan 1.6billion usd untuk Iron Dome.

2) Jerman : 24% daripada jumlah senjata keseluruhan.

Tidak ada laporan lengkap, tetapi mereka telah luluskan 1.93billion usd penjualan senjata antara 2013-2017 sahaja.

Jerman membekalkan kapal selam kepada Israel.

Perbincangan ketenteraan ini telah berlaku sejak 1957.

3) Itali. 5.6% daripada keseluruhan eksport senjata.

Dalam 2013-2017 nilai eksport senjata Itali bernilai 581juta usd.

Itali membekalkan pesawat latihan.

Itali mengkritik Isra5l isu Sheikh Jarrah tetapi masih meneruskan penjualan senjata.

4) UK - 400juta usd sejak 2015.

Nilai sebenar lebih tinggi tetapi data dirahsiakan sebab dilakukan dengan cara lesen terbuka.

Syarikat bebas untuk mengeskport senjata tanpa kawalan.

Senjata yang dieksport; kapal terbang, drone, bom tangan, peluru, roket, bom dan lain lain.

5) Kanada - 0.3% daripada keseluruhan senjata Israel sejak 2009 - 2021.

Nilai dagangan bernilai 13.7juta usd dalam bentuk teknologi dan hardware ketenteraan.

Share this Scrolly Tale with your friends.

A Scrolly Tale is a new way to read Twitter threads with a more visually immersive experience.
Discover more beautiful Scrolly Tales like this.

Keep scrolling