Fakhri | Buku Baru “Sedikit, Tapi Cukup” Profile picture
Refleksi al-Quran • Uni of Jordan • Tweet adalah pandangan peribadi • Penulis 2 buku: “Dan Tuhan Akan Tetap Menjaga Kita” & "Sedikit Tapi Cukup"
♡ Profile picture maisarah Profile picture syuhada 🇵🇸 Profile picture 3 subscribed
Mar 26 5 tweets 1 min read
Emosi kita akan sentiasa cuba untuk dimanipulasi untuk secebis interaksi di media sosial.

Ketika bani Israil lakukan provokasi terhadap Nabi Musa, baginda berdoa,

أَعُوذُ بِٱللَّهِ أَنۡ أَكُونَ مِنَ ٱلۡجَـٰهِلِینَ

"Aku berlindung daripada menjadi dalam kalangan orang jahil." Antara maksud lain kalimah jahil menurut Imam Ibn Faris ialah ketidakmampuan mengawal emosi.

Nabi Musa berlindung daripada menjadi orang yang tidak mampu kawal emosi.

Bani Israil juga sedar yang Nabi Musa ada sifat garang dan tegas.

Mereka sengaja mencabar emosi baginda.
Nov 7, 2023 10 tweets 2 min read
Pagi tadi saya dengar ulasan Haji Zainal Rashid, bekas wartawan yang pernah masuk ke Gaza.

Saya setuju dengan pendapat beliau tentang larangan untuk mereka yang menunaikan umrah agar tidak menunjukkan apa-apa yang berkaitan Palestin.

Sekurangnya ada 2 point of view. Point of view 1.

Mekah dan Madinah ialah dua tempat yang menjadi tumpuan Umat Islam dari seluruh dunia.

Jika ada sebahagian umat Islam mengangkat bendera Palestin, ini akan membuka ruang untuk umat Islam yang lain menonjolkan apa sahaja perjuangan mereka.
Oct 29, 2023 18 tweets 5 min read
Azhar Sulaiman tanya apa rakyat Gaza dapat selepas serangan mengejut Hamas.

Bukan ke semakin ramai orang terkorban?

Sepatutnya mereka kena cari jalan damai, bukan berperang.

Saya nak cerita dua perkara terbesar yang berjaya dicapai sejak serangan 7 Oktober. Sebelum tu kita kena faham apa yang berlaku sejak beberapa tahun lepas di Timur Tengah.

Pada tahun 2020, pentadbiran Presiden Donal Trump telah merealisasikan Abraham Accord sebagai usaha normalisasi hubungan Israel - Arab.

Perjanjian Abraham ini sangat besar kesannya. Image
Oct 17, 2023 10 tweets 6 min read
Palestinian fighter gave medical treatment to an injured Israeli prisoner.

Taking care and safeguarding prisoners is a part of Islamic teachings.

Have you ever wondered how Israel treats the Palestinians that in need of medical treatment?

Here's a thread. 🧵 Ahmad Abu Ali.

According to Palestinian Prisoner’s Society (PPS), Israeli Prison Service (IPS), which administers prisons and detention facilities, deliberately:

• Delayed providing him with the necessary treatment
• Conducting medical examinations, and
• Following up on his health status.

He died in Soroka Hospital because of ongoing systematic medical negligence by Israel.
Image
Oct 15, 2023 39 tweets 11 min read
Israel don't have proof that 40 Israeli babies were slaughtered, because it didn't happen.

But we have evidence that hundreds of Palestinian babies and children were killed by Israeli airstrikes.

Let’s gather evidences of Israel’s crime. #GazaGenocide

A thread🧵 Never forget this.

When asked about babies in Gaza, former Israeli PM Bennet got mad, asking if the person was really serious about asking about Palestinian people.

Israel blocked Gaza's power supplies, making life harder for the people there.

Sep 28, 2023 19 tweets 4 min read
Hal yang berkaitan dengan akidah dan iman tidak dapat dibuktikan secara saintifik di dalam makmal.

Bagaimana kita dapat yakin syurga dan neraka itu wujud?

Bagaimana kita dapat buktikan malaikat itu wujud?

Adakah kita boleh buat ujian di makmal dan dapat buktikan?

Tidak. Jadi bagaimana kita boleh yakin tentang hal yang bersifat ghaib daripada alam fizikal dan luaran?

Jawapannya adalah dengan kita lihat kebenaran sumber yang menyampaikan perkara tersebut.

Tidak lain sumber itu adalah al-Quran.

Kitab yang menjadi asas keimanan kita.
Sep 8, 2023 11 tweets 2 min read
‘Teh Tumpah’ yang Membawa Ke Neraka

‘Alah. Kita bukan percaya pun. Kita cuma nak tahu je apa yang berlaku.’

Ini alasan yang kita biasa berikan apabila nak bercakap tentang apa-apa isu yang berkaitan dengan orang lain. Kita sangka perbuatan ini kecil, tapi sebenarnya perbuatan ini besar di sisi Allah SWT.

Pada peristiwa yang melibatkan fitnah yang keji terhadap Aishah r.a, ada dalam kalangan sahabat yang berbicara dalam kalangan mereka tentang isu ini.
Aug 18, 2023 8 tweets 2 min read
Saya agak kurang gemar bila baca ada orang share buat tahajjud, dapat sekian-sekian.

Sebab saya kenal ada orang yang jaga solat, hafal quran, tahajjud, akhlak baik tapi ujian hidup dia bertubi-tubi.

Adakah segala ibadat dia tak bernilai apabila dia tak dapat macam orang lain? Sebenarnya bila kita renungkan, hubungan kita dengan Tuhan ini sifatnya bukan transactional.

Bukan macam kita online shopping, kalau order A kita akan dapat A.

"Kita akan dapat apa yang kita bayar."

Kalau kita tak dapat apa yang kita bayar, kita akan marah dan complaint.
Jun 27, 2023 10 tweets 8 min read
Jika tak boleh berpuasa, ada amalan lain yang masih boleh dilakukan.

Antara amalan yang sangat digalakkan pada Hari Arafah ialah berdoa.

Kata Nabi SAW, “Sebaik-baik doa adalah doa Hari Arafah.” (HR Tirmizi 3585)

Saya kongsikan sekali lagi poster doa yang pernah saya buat: https://t.co/8TZK4sAaFF












Jun 21, 2023 4 tweets 1 min read
Jika penulis minta royalti dan freelancer minta bayaran, itu bukanlah kesalahan dan tak jadikan mereka jahat.

Itu memang hak mereka. Jauh sekali untuk jatuhkan penerbit.

Buku sudah terjual. Kerja freelance dah diselesaikan.

Penerbit dah dapat hasil. Jika tidak mampu bayar, penerbit kena sedia untuk rendahkan ego, minta maaf dan tawarkan penyelesaian dengan hitam putih.

Kemudian berusaha untuk tunaikan apa yang sepatutnya menjadi hak orang.

Penulis dan freelancer pasti akan ada budi bicara dan tolak ansur juga.
Jun 21, 2023 5 tweets 1 min read
Dalam bersedekah kepada orang yang kita tak kenali, jangan lupakan sanak saudara kita yang miskin dan kita tahu mereka memerlukan bantuan.

Bahkan sedekah kepada sanak saudara adalah lebih utama dan pahalanya juga lebih besar. Sabda Nabi Muhammad SAW:

الصَّدقةُ على المسْكينِ صدقةٌ، وعلى ذي القرابةِ اثنتان: صدقةٌ وصلةٌ

"Sedekah kepada orang yang miskin ganjarannya adalah sedekah, manakala sedekah kepada kerabat ada dua ganjaran iaitu sedekah dan silaturrahim."

- HR Ibn Majah 1506
Jun 20, 2023 8 tweets 1 min read
Bermula Maghrib semalam telah masuk hari-hari yang terbaik dalam setahun iaitu 10 hari awal Zulhijjah. Dalam hadis riwayat al-Bukhari, sabda Nabi SAW:

مَا مِن أَيَّام الْعَمَلُ الصَّالِحُ فِيها أَحَبُّ إِلَى الله
مِنْ هَذِه الأَيَّام يَعْنِي أَيَّامَ الْعَشْر

"Tidak ada hari yang amalan soleh padanya lebih dicintai oleh Allah melainkan hari-hari ini (10 hari awal Zulhijjah)."
Apr 28, 2023 12 tweets 3 min read
Beginilah ya isu bermazhab ini.

Jika kita kembali kepada soalan asas dan tanya apa tujuan kita diciptakan, kita akan jawab; untuk beribadah kepada Allah SWT.

Seperti yang kita baca dalam surah al-Dhariyat ayat 56.

Soalan seterusnya, macam mana kita nak tahu cara untuk ibadah? Jawapannya adalah; cara untuk beribadah ada diterangkan dalam al-Quran dan al-Sunnah.

Tidak ada cara lain untuk kita tahu tentang ibadah melainkan melalui dua sumber ini.

Baik. Sekarang kita tahu kita perlu beribadah dan caranya ada dalam al-Quran dan al-Sunnah.
Apr 26, 2023 9 tweets 2 min read
Hari ini sewaktu pergi kerja saya mendengar sebuah video Sheikh Dr Said al-Kamali hfz.

Beliau berbicara tentang meletakkan sepenuh keyakinan kepada Allah SWT.

Dalam segala urusan kehidupan. Image Dalam hidup ini kita banyak bermohon kepada Allah SWT.

Permohonan kita pula terbahagi kepada dua.

Pertama ialah doa yang diyakini kebaikan daripadanya.

Kedua ialah permohonan yang kita tidak tahu baik dan buruknya.
Apr 25, 2023 10 tweets 3 min read
Saya ingin ulas dengan ringkas.

Rajutan ini bermanfaat, cuma saya rasa ayat terakhir ini boleh ditulis dengan cara dan nada yang lebih baik.

Sebenarnya perintah dalam Islam tidak hanya ditujukan kepada orang Islam bahkan juga kepada bukan Islam.

Mungkin ramai yang baru tahu. Sebagai contohnya puasa Ramadan.

Sebagaimana seorang Muslim dituntut untuk berpuasa, begitu juga seorang bukan Islam juga dituntut untuk berpuasa.

Walaupun bukan Islam?

Ya walaupun bukan Islam.

Bahkan perintah yang lain dalam Islam juga dituntut ke atas bukan Muslim.
Apr 17, 2023 7 tweets 3 min read
Malam ini malam ke-27.

Ini ialah antara malam yang berkemungkinan tinggi berlakunya Lailatul Qadar. Image Ulama berbeza pendapat bilakah malam Lailatul Qadar mungkin akan berlaku.

Namun yang pasti kita disuruh untuk menghidupkan keseluruh malam akhir Ramadan. Image
Apr 14, 2023 5 tweets 2 min read
Jika anda struggle untuk jadi lebih baik atau kekalkan perubahan diri, baca ini: twitter.com/i/web/status/1… Firman Allah:

لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلاً

“… untuk menguji kamu siapakah yang lebih baik amalannya.” (Al-Mulk: 2)

Perhatikan dalam ayat ini Allah tak gunakan الأحسن عملا yang bermaksud "yang paling baik".

Tetapi أحسن عملا (yang lebih baik).

Kenapa?
Feb 27, 2023 5 tweets 2 min read
Ada satu karya yang bagus tentang ini yang ditulis oleh seorang ulama hadis terkemuka, al-Marhum Sheikh Abdul Fattah Abu Ghuddah.

Tajuknya Min Adab al-Islam dan saya jumpa terjemahan ke bahasa Inggeris; Islamic Manners.

Kitab ini nipis, boleh dihabiskan dalam sekali baca. Tapi sangat sarat dengan adab-adab yang halus dan indah yang kita sering terlepas pandang dalam hidup.

Saya baca kitab ini beberapa tahun lepas dan masih ingat beberapa perkara yang menariknya.

Antaranya kita perlu mengetuk pintu rumah orang dengan cara yang paling lembut.
Feb 20, 2023 9 tweets 2 min read
Ayat Kursi sarat dengan mesej harapan dan kesembuhan jiwa.

Nabi Muhammad SAW menganjurkan kita untuk membaca ayat ini pada:

1) Pagi
2) Petang
3) Selepas solat fardu
4) Sebelum tidur

Apakah hikmah pada pengulangan Ayat Kursi pada setiap hari? Firman Allah SWT:

اللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلْحَىُّ ٱلْقَيُّومُ ۚ

لَا تَأْخُذُهُۥ سِنَةٌۭ وَلَا نَوْمٌۭ

"Allah, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan-Nya, Yang Maha Hidup dan Yang Maha Menguruskan.

Dia tidak mengantuk apatah lagi tidur."
Feb 19, 2023 4 tweets 1 min read
Selesai tulis newsletter untuk minggu ni.

Dulu saya tak faham kenapa ada orang yang tulis newsletter setiap minggu. Ada ke orang baca?

Rupanya seronok tulis newsletter. Rasa macam tulis warkah untuk seorang sahabat.

Walaupun mungkin tak ramai yang baca.

Tapi kita rasa puas. Sebab rasa ada personal connection yang lebih kuat.

Sama macam tulis buku juga. Ada pembaca khusus yang disasarkan.

Jadi selain perkongsian di Twitter dan Instagram, sekarang saya cuba luangkan masa untuk menulis newsletter.

Insya-Allah.
Feb 19, 2023 6 tweets 2 min read
Kalimah al-Quran (2)

Mengikut turutan dalam mushaf, selepas membaca surah al-Fatihah kita akan membaca ayat yang menafikan sebarang syak pada al-Quran.

Kalimah tersebut ialah raib namun maknanya lebih mendalam daripada syak.

Mini 🧵. Kalimah raib disebutkan dalam surah al-Baqarah.