Fakhri | Buku Baru “Sedikit, Tapi Cukup” Profile picture
Alumni Uni of Jordan • Tweet adalah pandangan peribadi • Penulis 2 buku: “Dan Tuhan Akan Tetap Menjaga Kita” & "Sedikit Tapi Cukup"

May 20, 2021, 19 tweets

#SemakFakta : Pejuang Pal5st1n Guna Perisai Manusia?

Setiap kali berlaku pengeboman Isra5l, naratif yang pihak Z1on1s akan gunakan untuk menjustifikasikan angka korban yang besar adalah,

''Pihak Pal5stin guna perisai manusia."

Ini bebenang untuk menjawabnya.

1/ Apa tujuan daripada naratif ini?

- Meletakkan Tentera Z10nis on higher moral ground. Sebab hanya pihak yang tidak bermoral yang akan gunakan manusia sebagai perisai.

- Menyalahkan pihak Pal5stin sebagai punca berlaku korban. Korban berlaku bukan kerana serangan Zionis.

- Tetapi berlaku kerana pihak Pal5stin yang jadikan manusia sebagai perisai bagi mempertahankan diri. Naratif ini berkesan terutamanya jika korban adalah kanak2 & wanita.

- Menjadikan human shield untuk alasan pembunuhan ini adalah taktik yang juga digunakan di India & Mesir.

2/ Tiada Bukti Human Shield.

- Jika benar ratusan korban berlaku kerana human shield pasti akan ada laporan daripada wartawan antrabangsa yang berada di Gaza tentang ini.

- Tetapi ini tidak dilaporkan bahkan Jeremy Bowen, wartawan BBC menyebutkan dia tidak pernah melihatnya.

- Perkara yang sama juga dilaporkan oleh Kim Sengupta, wartawan Belfast Telegraph yang membuat liputan ketika Perang Pal5stin-Isr2el pada tahun 2014.

- Kenyataan yang sama. Tiada apa apa bukti menunjukkan pihak pejuang Pal5stin menggunakan manusia sebagai perisai.

3/ Amnesty International : Tiada Bukti Pejuang Pal5st1n Menggunakan Human Shield.

- Jika laporan media barat ini tidak meyakinkan dalam laporan ini menyebutkan bahawa pihak Amnesty tidak dapat mencari bukti penggunaan human shield oleh pejuang Pal5st1n.

- Senada dengan laporan Amnesty International adalah laporan Human Right Watch pada tahun 2006 tentang perang Hezbollah - Isra5l yang mana tidak dijumpai apa apa bukti menunjukkan pihak Hezbollah menjadikan manusia sebagai perisai terhadap serangan @IDF.

4/ @IDF Yang Sebenarnya Menggunakan Human Shield

- Apa yang mengejutkan adalah IDF pada tahun 2014 mencabar keputusan Keputusan Mahkamah Agung Isra5l yang memutuskan bahawa prosedur menggunakan manusia sebagai perisai adalah bercanggah dengan undang2 antarabangsa.

- Mengikut prosedur ini @IDF boleh menggunakan manusia sebagai perisai ketika operasi menahan suspek pengganas atau ketika menghalang demonstrasi.

- Mengikut laporan pegawai Isr25l, @IDF telah menggunakan 1200 orang rakyat Palestin sebagai perisai sepanjang tahun 2009 - 2014.

- Pada tahun 2004, pihak berkuasa @Israel telah menjadikan kanak kanak berusia 13 tahun Muhammad Badwan sebagai perisai untuk menghalang balingan batu oleh pendemonstrasi Palestin.

- Mengikut laporan BBC, Muhammad telah dipukul terlebih dahulu sebelum dijadikan perisai manusia.

5/ Laporan The Guardian : @Israel Menggunakan Human Shield.

Penyiasatan yang dilakukan oleh pihak The Guardian menunjukkan bahawa pihak @IDF menggunakan human shield.

Ini dibuktikan dalam dokumentari sebanyak tiga siri yang telah diterbitkan.

6/ Laporan @btselem : @Israel Menggunakan Human Shield.

Ini adalah laporan oleh ngo hak asasi manusia di Israel yang terkenal memperjuangkan hak rakyat Palestin.
Bertahun tahun pihak @IDF menggunakan rakyat Palestin sebagai perisai untuk lakukan operasi yang berbahaya.

7/ Laporan @UN : Israel Menggunakan Kanak Kanak Sebagai Human Shield

Badan hak asasi manusia di bawah PBB melaporkan bahawa tentera Isra5l menggunakan kanak kanak Pal5stin untuk masuk ke dalam bangunan yang berbahaya atau memeriksa bag yang mungkin mengandungi bahan letupan.

8/ Laporan Defence for Children International

Ahmad Abu Rubaida remaja berusia 16 tahun telah digunakan sebagai perisai manusia selama lima hari berturut turut ketika operasi serangan @IDF ke atas Gaza.

Beliau telah ditahan, dipukul, tidak dihalang makan dan tidur.

9/ Kesimpulan

Berdasarkan laporan daripada pelbagai sumber, cukup untuk membuktikan bahawa tiada sebarang bukti menunjukkan pihak Pal5stin menggunakan manusia sebagai perisai.

Tetapi yang ada adalah sebaliknya; laporan @IDF yang menjadikan orang Pal5stin sebagai human shield.

*dihalang makan dan minum. Aduh. Typo lagi.

*dihalang makan dan tidur.

Share this Scrolly Tale with your friends.

A Scrolly Tale is a new way to read Twitter threads with a more visually immersive experience.
Discover more beautiful Scrolly Tales like this.

Keep scrolling