Ayman Rashdan Wong Profile picture
"Realist in an idealistic world"

May 23, 2021, 8 tweets

Sebab kompaun Al-Aqsa terdiri atas tapak kuil suci Bani Israil suatu ketika dahulu.

Yahudi panggil tapak tu Har ha-Bait (Temple Mount).

Temple pertama didirikan pada zaman Solomon (Nabi Sulaiman), dimusnahkan pada 589 SM.

Temple kedua didirikan, dan dimusnahkan pada 70 M.

Temple pertama (First Temple) didirikan sebagai tempat Bani Israil beribadah kpd Tuhan/Yahweh.

Bani Israil kemudian berpecah jadi kerajaan utara & selatan (Judah). Temple kekal di Judah.

Judah ditakluk oleh Babylonia, temple dimusnahkan, rakyatnya dibawa ke Babylon jadi hamba.

Selepas Babylonia dikalahkan oleh Parsi, Parsi membebaskan saki-baki Bani Israil balik ke kawasan lama mereka.

Parsi menamakan kawasan tu Yehud, so orang yang duduk di situ mula dikenali sebagai Yahudi.

Orang Yahudi membina semula temple yang dipanggil Second Temple.

Selepas Parsi, Yehud dijajah Yunani, kemudian Rom.

Second Temple dimusnahkan oleh Rom pada 70 Masihi. Tinggal satu tembok di belah barat, yang kini dianggap tempat suci oleh Yahudi.

Yahudi panggil Kotel (The Wall), English panggil Wailing Wall. Muslim panggil Tembok Buraq.

Bagi Yahudi Zionis yang fanatik/ultra-ortodoks, mereka nak membina semula temple (Third Temple), di mana menurut Bible (Tanakh) akan didirikan oleh Al-Masih (Messiah).

Tapi bukan semua Yahudi dan Zionis setuju dengan pendapat ini.

Bagi Yahudi konservatif seperti Haredi, tindakan membina temple adalah berlawanan dengan takdir Tuhan.

Zionis yang sekular & moderate juga anggap tak perlu, anggap tu dah lari dari matlamat asal Zionisme yang merupakan nasionalisme sekular.

Bagi Kristian, tempat suci mereka adalah Church of the Holy Sepulcher di luar kompaun Al-Aqsa, jadi tak terlibat dalam konflik Yahudi-Muslim.

Cuma bagi sesetengah Kristian 'evangelical' di US, mereka anggap perancangan Zionis selari dgn 'New Jerusalem' yang disebut dalam Bible.

Jadi di US, isu Israel-Palestin ni jadi modal orang politik untuk pancing undi Kristian evangelical. Sokong Israel tu tanda Kristian yang beriman konon.

Yang ironiknya, semakin ramai Yahudi yang jadi sekular so tak ambil port isu Israel.

Share this Scrolly Tale with your friends.

A Scrolly Tale is a new way to read Twitter threads with a more visually immersive experience.
Discover more beautiful Scrolly Tales like this.

Keep scrolling