Fakhri | Buku Baru “Sedikit, Tapi Cukup” Profile picture
Refleksi al-Quran • Uni of Jordan • Tweet adalah pandangan peribadi • Penulis 2 buku: “Dan Tuhan Akan Tetap Menjaga Kita” & "Sedikit Tapi Cukup"

May 29, 2021, 5 tweets

Di Tebing Barat antara figura yang amat berpengaruh dan ditakuti oleh Rejim Israel ialah Sheikh Raid Solah.

Beliau diberi gelaran Sheikh Al-Aqsa kerana kelantangan beliau memperjuangkan Al-Aqsa.

Tahun lepas beliau telah dihukum penjara oleh Rejim Israel selama 28 bulan atas ..

.. tuduhan menggalakkan 'aktiviti keganasan'.

Sekarang beliau sedang menjalani hukuman penjara dengan penyeksaan mental iaitu diletakkan dalam sel secara bersendirian & baru baru ini hukuman telah ditambah lagi 6 bulan.

InsyaAllah kisah beliau saya tulis pada kesempatan lain.

Antara yang amat menyentuh hati.

Sebelum pergi ke penjara Sheikh Raid Solah menziarahi ibunya bagi memohon doa dan restu.

Ibu mana yang sanggup melihat anaknya terus dipenjara dan dipenjara.

Inilah harga yang mereka bayar bagi perjuangan membebaskan Al-Aqsa.

#SaveAlAqsa

Antara nasyid yang dibuat untuk beliau.

"Angkatlah dahimu dengan tinggi. Jangan takut dengan penjara musuh."

"Wahai sheikh teruskan melawan. Rakyat dibelakangmu melaungkan Allahuakbar."

"Kami semua untuk Al-Quds menyahut seruan."

#SaveAlAqsa

"Sesungguhnya harga yang paling ringan yang dibayar demi kebebasan Al-Quds & Al-Aqsa adalah dengan kita memasuki penjara. Kita mengalu alukan penjara!"

Meremang.

Share this Scrolly Tale with your friends.

A Scrolly Tale is a new way to read Twitter threads with a more visually immersive experience.
Discover more beautiful Scrolly Tales like this.

Keep scrolling