Fakhri | Buku Baru “Sedikit, Tapi Cukup” Profile picture
Refleksi al-Quran • Uni of Jordan • Tweet adalah pandangan peribadi • Penulis 2 buku: “Dan Tuhan Akan Tetap Menjaga Kita” & "Sedikit Tapi Cukup"

May 29, 2021, 15 tweets

Rakyat Palestin Menyeru, Al-Dheif Menyahut.

•Sebelum meletus perang Al-Quds ketika Israel sedang mengganas ke atas Masjidil Aqsa berlaku kejadian yang mengejutkan ramai pemerhati.

•Pada waktu tersebut rakyat Palestin menyeru nyeru nama Muhammad Al-Dheif dalam demonstrasi.

• Seperti mana yang diketahui, beliau ialah Komander Utama Brigade Al-Qassam.

• Tetapi perkara yang unik tentang beliau adalah beliau sudah lama tidak keluarkan kenyataan media.

• Bertahun tahun tanpa diketahui apa apa khabar berita. Berdiam dari sebarang kenyataan media.

• Ketika isu di Hayy Sheikh Jarrah semakin tegang & Masjidil Aqsa semakin dicabuli, nama beliau terus disebut disebut.

• Menurut pemerhati politik, amatlah jarang penduduk Al-Quds menyeru mana mana tokoh. Tapi kali ini tidak, Muhammad Al-Dheif diseru di mana mana.

• Dalam satu temubual oleh Arabi21 seorang pemuda Al-Quds memberikan jawapa kenapa mereka menyeru nama Al-Dheif.

• Kerana mereka tahu siapa yang akan menyahut seruan mereka dan tidak akan menghina mereka dan akan menunaikan apa yang dijanji. Itulah Al-Dheif di mata warga Quds.

Nama beliau dan Abu Ubaidah juga menjadi seruan di seluruh bandar Palestin dan juga negara Arab dan Islam yang lain.

Mereka ialah pemimpin yang berjaya membela maruah Umat Islam, membangkitkan semangat dan menyahut seruan mereka yang lemah.

• Sehinggalah akhirnya pada 4 Mei buat pertama kali dalam masa bertahun tahun Muhammad Al-Dheif keluarkan kenyataan media melalui Abu Ubaidah.

"Komander Abu Khalid Muhammad Al-Dheif menyampaikan salam penghormatan buat saudara kami di Hayy Sheikh Jarrah yang sedang bertahan ...

.. beliau menegaskan bahawa pemimpin penentangan & Al-Qassam memerhatikan apa yang berlaku dengan dekat.

Komander Al-Qassam memberikan amaran yang jelas dan buat kali terakhir kepada Penjajah jika mereka tidak menghentikan pencabulan & penindasan ke atas saudara kami di ...

... Hayy Sheikh Jarrah, maka kami tidak akan berdiam diri dan musuh akan membayar harga yang mahal!"

•Mesej yang seringkas ini tetapi pada waktu tersebut sudah cukup untuk menggerunkan Israel.

•Media media di Israel menggelarkan beliau sebagai 'anak kematian' & 'kepala ular'.

•Beliau ialah lelaki yang tidak dikenali melainkan bayang bayangnya sahaja.

•Tetapi bayang bayang beliau sudah cukup untuk menggerunkan musuh.

•Selama 30 tahun beliau telah bersembunyi tanpa diketahui apa apa maklumat. Segala usaha untuk membunuhnya oleh Israel telah gagal.

•Sejak dari kenyataan media tersebut pihak Israel mula membuat persiapan kerana kemunculan Muhammad Al-Dheif selepas bertahun tahun berdiam diri adalah isyarat perang yang cukup jelas dan terang untuk mereka.

•Kata penganalisis politik Timur Tengah, Abdul Bari 'Utwan :

"Jika Muhammad Al-Dheif telah bersuara dan memberikan ancaman maka dengarlah dan perhatikanlah."

"Sesungguhnya ancaman yang datang dari lelaki yang tidak suka kepada kemunculan di media dan hidup di bawah tanah bersama tenteranya suduh cukup untuk menghuru harakan Israel."

•Kata Abdul Bari lagi, Muhammad Al-Dheif jika berkata dia akan laksanakan. Jika berjanji dia akan tunaikan.

•Beliau tidak akan mengeluarkan kenyataan media ini melainkan setelah mempersiapkan bala tentera dan segala kekuatan untuk membalas keganasan Israel ke atas Al-Quds.

•Ini juga yang berlaku pada 1996 ketika peristiwa pembunuhan Yahya Ayyash oleh Israel.

•Muhammad Al-Dheif telah berikrar untuk membalas permusuhan Israel dengan 4 serangan pengeboman.

•Dalam beberapa minggu 4 serangan berani mati dilakukan & 200 rakyat Israel terkorban.

•Maka atas sebab inilah jika Muhammad Al-Dheif bersuara maka Israel akan menjadi huru hara dan itu petanda perang akan tercetus.

•Akhirnya pada 11/5 setelah keganasan Israel tidak berhenti maka Perang Pedang Al-Quds diisytiharkan.

Ini kisah yg berlaku disebalik perang ini.

Share this Scrolly Tale with your friends.

A Scrolly Tale is a new way to read Twitter threads with a more visually immersive experience.
Discover more beautiful Scrolly Tales like this.

Keep scrolling