Zamir Mohyedin Profile picture
Physicist | Solid-state physics, quantum chemistry, radiation physics | TEDx Speaker | Columnist | Author (latest: GENESIS II) | 📩: zamirmohyedin@gmail.com

Jun 9, 2021, 18 tweets

Lelaki & perempuan jadikan rupa kayu ukur utama dalam memilih pasangan. Kalau tengok graf, warna kuning positif, ungu negatif. Taburan di graf tunjuk kalau lelaki tak kacak tapi pandai, masih tinggi peluang dapat pasangan berbanding perempuan tak cantik tapi pandai.

🧵#UntaianZM

Walaupun rupa menjadi kayu ukur utama bagi perempuan, mereka juga sangat menghargai kepentingan kecerdikan pada lelaki. Lelaki kalau pandai, kemaskan diri sikit, terus jadi bernilai di mata wanita. Kalau tak kacak, tapi pandai, masih ada peluang dipilih dalam kalangan perempuan.

Bagi lelaki pula, kalau perempuan tak cantik tapi pandai, perempuan itu tiada peluang. Hasil negatif. Lelaki anggap perempuan yang tak cantik sebagai kurang pandai. Perempuan cantik pula dilihat sebagai pandai. Umumnya, lelaki menilai kepandaian wanita berdasarkan rupa.

Kalau lelaki tahu perempuan itu pandai tapi tak cantik tetap tidak menjadi pilihan lelaki melainkan kadar kecantikan pada diri perempuan itu meningkat.

Lelaki mempunyai impian untuk memiliki perempuan yang pandai. Citarasanya perempuan yang pandai.
Tetapi apabila jumpa perempuan pandai di dunia sebenar, mula bersemuka dan berinteraksi, lelaki akan mendapati perempuan begini kurang menarik pada dirinya.

Lelaki suka perempuan yang pandai, tetapi tidak lebih pandai daripadanya.

Sekadar perkongsian. Saya berpendapat, pasangan yang pandai/cerdik tak kira lelaki/perempuan sangat penting untuk melahirkan generasi yang pandai/cerdik kerana kecerdikan ini diwarisi disamping pengaruh persekitaran.

Kalau ada lelaki tidak minat dengan anda (perempuan) sebab anda lebih pandai daripada dia, tinggalkan saja. Anda akan jumpa lelaki yang lebih pandai daripada anda ataupun lelaki yang menghargai kepandaian anda (walaupun dia kurang pandai).

Rujukan:

1. Karbowski, A., et al. 2016. Perceived female intelligence as economic
bad in partner choice. Personality and Individual Differences,
102, 217-222. (Q1).

2. Park, L. E., Young, A. F., & Eastwick, P. W. (2015). (Psychological) distance makes the heart grow fonder: Effects of psychological distance and relative intelligence on men’s attraction to women. Personality and Social Psychology Bulletin, 41(11), 1459-1473. (Q1)

3. Deary, I. J., Johnson, W., & Houlihan, L. M. (2009). Genetic foundations of human intelligence. Human genetics, 126(1), 215-232. (Q1)

Orang selalu cakap perempuan selalu memilih. Tapi sebenarnya lelaki lebih memilih. Perempuan kalau jumpa lelaki kurang kacak, tapi masih pandai, boleh dipertimbang. Lelaki? Tak cantik, terus tak ada peluang dah. Tak kira kualiti lain.

Tapi jangan kecewa, cantik itu subjektif.

Kalau baca keratan dilampirkan, akan jumpa ayat "perceived intelligent", "seem intelligent" ataupun "outperformed". Ini bermakna kepandaian subjektif pada mata subjek. Boleh jadi akademik, boleh jadi teknikal, dsb. Asalkan pandai sesuatu dan ia bernilai pada pasangan, good to go.

Kesimpulan penting:

1. Lelaki: PENTINGKAN RUPA.

Perempuan: PENTINGKAN RUPA. Tetapi perempuan masih pertimbangkan lelaki tiada rupa kalau lelaki itu pandai. Peluangnya masih tidak setinggi lelaki yang berupa.

2. Lelaki: Suka perempuan lebih pandai daripada dia. Tapi bila dah jumpa tak menarik pula, nak perempuan tidak lebih pandai daripadanya.

Perempuan: Lelaki yang kacak apabila pandai, lebih menarik. Pandai adalah bonus pada lelaki yang kacak.

3. Nota penting:

Rupa itu subjektif. Jangan kecewa dengan diri anda.

Pandai dalam kajian ini pun subjektif. Bukan akademik semata-mata. Jangan kecewa dengan diri anda.

Saya muatkan kajian berkenaan ini dan huraikan panjang lebar & terperinci dalam buku saya, The Human's Complex. Buku ini telah diterjemah ke dalam bahasa Inggeris dan akan diterjemah ke dalam bahasa Korea!

Boleh cari di Shopee. Ada ramai orang jual.

Ada yang tanya pasal ini. Perkara ini pun saya hurai panjang lebar dalam buku The Human's Complex. Dapatkan kalau nak tahu huraiannya.

Share this Scrolly Tale with your friends.

A Scrolly Tale is a new way to read Twitter threads with a more visually immersive experience.
Discover more beautiful Scrolly Tales like this.

Keep scrolling