Eksperimen khayalan (thought experiment) kucing Schrodinger yang dibuat oleh Erwin Schrodinger adalah untuk memberitahu realiti dunia kuantum yang pelik dan mengarut — melanggar intuisi manusia.
Ikuti bebenang ini untuk tahu lanjut.
🧵#UntaianZM
Dalam eksperimen ini, bayangkan kucing diletak di dalam sebuah kotak yang berisi botol beracun. Kalau botol ini pecah, kucing dalam kotak akan mati. Kalau tidak, kucing masih hidup.
Jadi, sebelum kita buka kotak ini, kita tidak akan tahu sama ada kucing ini hidup ataupun mati.
Manusia akan berintuisi kucing cuma boleh berada dalam satu keadaan (state) sahaja — sama ada hidup ataupun mati.
Tetapi mengikut mekanik kuantum, sebelum kotak itu dibuka, kucing itu berada dalam dua keadaan serantak iaitu hidup & mati serantak. Ia dipanggil "superposition".
Keadaan serentak (superposition) ini akan terlerai (collapse) apabila manusia mula mencerap iaitu apabila kotak tersebut mula dibuka.
Apabila kotak dibuka, baru kucing itu akan menjadi satu keadaan. Botol pecah, ia mati. Tak pecah, ia hidup. Tak dibuka, ia hidup & mati serentak.
Sebenarnya, perkara inilah yanag berlaku pada cahaya & elektron. Selagi kita tidak cerap, ia akan berada dalam keadaan zarah dan gelombang serentak. Apabila dicerap barulah ia berada dalam salah satu keadaan.
Benda ini real gila. Saintis pernah buat eksperimen sebiji elektron yang sifatnya zarah berkelakuan seperti gelombang.
Rajah di bawah ada dua celah yang mana elektron cuma boleh masuk salah satu pintu. Tetapi hasil di skrin menunjukkan elektron masuk kedua-dua pintu serentak.
Skrin yang dipaparkan dalam rajah di atas cuma boleh berlaku kalau elektron berkelakuan seperti gelombang. Hasilnya sama macam rajah di bawah yang mana gelombang cahaya digunakan untuk hasilkan corak gelap & cerah berselang-seli.
Elektron berkelakuan begitu apabila saintis tak perhatikan elektron tersebut. Tetapi kalau saintis mula mencerap, hasilnya berbeza. Elektron yang sifatnya zarah akan jadi zarah apabila dicerap. Ia tidak menjadi gelombang.
Hasilnya cuma akan dua corak macam rajah kanan.
Ini sebenarnya maksud meme di bawah 👇
Kalau manusia menjadi objek kuantum, bagaimana keadaan jasad manusia apabila tak dicerap? Implikasi daripada femonena ini sebenarnya banyak menjadi perbualan saintis. Mahu realisasikan teknologi teleportasi pun kena fikir implikasi ini kerana objek kuantum saja boleh teleportasi.
Kalau kita teroka lebih dalam lagi tentang mekanik kuantum, kita akan jumpa pula Prinsip Ketidaktentuan Heisenberg yang mana elektron boleh berada dalam banyak lokasi serentak apabila tidak dicerap.
Ibarat kita boleh berada di dapur, stadium, tandas, pasaraya, kedai serentak!
Share this Scrolly Tale with your friends.
A Scrolly Tale is a new way to read Twitter threads with a more visually immersive experience.
Discover more beautiful Scrolly Tales like this.