Thread ini ialah tip resume.
Let's go.
Ke arah membantu #kitagraduanberkualiti
1.
Tujuan resume bukan untuk terus dapat kerja tetapi untuk dapat temu duga kerja.
Dan ya, resume yang bagus akan memudahkan anda dapat kerja (good impression)
2.
Resume tak sama dengan Curriculum Vitae (CV).
Ya, berbeza. Lain konsep dan lain pendekatan walau tujuan tetap sama iaitu dokumen permohonan kerja.
3. Resume = chronological resume
(google nama saintifik ni untum info lebih tepat)
Untuk orang sikit atau tiada pengalaman kerja. (fresh grads / entry level)
Juga untuk tunjukkan growth seseorang.
2 page max.
Usually pengalaman kita letak limited to latest 5 years.
4. CV = funtional resume
(google nama saintifik die untuk infoblebih tepat)
Untuk orang teknikal atau banyak pengalaman kerja atau academician.
Boleh 3,4,5 pages.
Memang untuk orang yg berpengalaman.
Fokus pada skil, achievement.
Sesuai nak hide gap atau isu tertentu.
5. Resume perlu gambar?
Survey dijalankan gradmalaysia menunjukkan majoriti recruiter prefer resume ada gambar.
Tapi gambar juga boleh jadi bias.
Gunalah sebaiknya.
Gambar bagi la formal, inikan dokumen rasmi.
6.
Resume traditional atau infografik?
Both boleh. Approach aku adalah sesuaikan dengan industri dan jawatan yg dipohon.
Design bertujuan mudah dibaca sahaja. Bukan tempat tunjuk skil design atau nak dapat markah extra.
Struktur dan huraian lagi penting.
7.
Perlu letak alamat?
Apa guna alamat, bukan hantar surat fizikal pon.
Kita guna alamat juga untuk letak dalam offer letter kan? Plus nak tahu lokasi anda.
Ada juga fungsi lain tahu alamat. Panjang cerita bab tu sebab kena analisa overal resume.
Letak alamat lengkap.
8.
Kalau upload resume tempat umum seperti jobstreet / LinkedIn, lebih baik sembunyikan / umumkan info sulit seperti alamat, no hp
Letak emel sahaja.
Atau letak : Upon request
Kena jaga ya privacy.
Bagi spesifik hanya jika emel direct kepada majikan. Okay?
9.
2 page resume bermaksud 2 helai kertas. Jangan print resume depan belakang weh. GG ni.
10.
Pastikan print atas kertas A4 putih 80gsm.
Jangan print atas kertas sijil, kertas tebal, warna kuning pink ke, atau kertas recycle.
Dokumen profesional. Make it profesional.
11.
Resume mesti customised mengikut kerja yg dipohon.
Wajib.
Tak ada 1 size fit all.
Tak efektif blast 1 resume untuk semua permohonan kerja kecuali resume power tahap & @-#%%'=_#
Maka olah resume anda setiap kali nak emelkan kepada syarikat.
12.
Guna emel profesional. Nama anda.
Itu tanda profesionalism dan kematangan.
Jangan guna yg childish seperti
ahmadsasuke@gmail.com
Sepohonkayudaunnyarimbun@gmail.com
Oppaahmad@gmail.com
5y4k1r@gmail.com
13.
Resume ini nak jual diri.
Macam brochure jual produk la.
Tak perlu letak hobi dan makanan kegemaran anda ya. Ini bukan borang baitul muslim dey.
Maka tak perlu
- jantina
- kerakyatan
- jenis darah
- hobi
- kegemaran
- mana2 tidak ada value
14.
Proofread resume.
Jangan ada kesalahan ejaan / typo atau grammar. Bahkan salah tanda baca pun jangan.
Kata detail oriented, takkan resume banyak typo kan?
Maka, make it perfect.
Banyak alat boleh guna atau minta bantuan kenalan.
15.
Guna bullet, bukan perenggan.
Baru senang baca dan scan.
Margin biar sesuai, aku cadang 1 inci semua kanan kiri atas bawah. Boleh optimize space
16.
Bagus untuk letakkan pautan portfolio atau akaun sosial media yg diurus secara profesional dalam resume.
Ia jadi supporting factor gitu.
Boleh beri link atau QR Code.
17.
Font guna yg profesioanal. Mudah baca.
Jangan yg berangkai, artistik. Anda faham kot.
Contoh selamat ialah Arial, Times New Roman, Calibri, Gotham
18.
Resume tulis bahasa apa?
Default English.
Paling tepat, guna bahasa digunakan oleh iklan kerja.
Iklan kerja BM, resume BM.
Iklan kerja bahasa Urdu, resume bahasa Urdu.
19.
Education.
Letak paling latest, letak CGPA jika power aka dean list.
Letak subjek yg nak highlight.
Letak FYP anda.
20.
Page pertama patut letak kekuatan anda dan skill yg dicari oleh majikan.
Kalau power sukan, letak 1st page.
Kalau power research, letak 1st page
Kalau power leadership, letak 1st page.
Kalau power event, letak 1st page.
21.
Tarikh lahir, no IC, umur
saya tak galakkan letak. Rahsiakan umur kerana boleh jadi bias.
Plus butiran lanjut akan isi dalam form khas mohon kerja semasa iv nanti, so dalam resume tak perlu letak dahulu.
22.
No IC wajib letak jika apply kerja dengan kerajaan.
Kerakyatan @ nationality letak jika anda apply luar negara.
Anda malaysian, apply kerja singapore, biasanya kena letak warganegara mana.
23.
Rujukan / References
Letak 2 orang.
1 orang industri
1 orang akademik
Pendekatan terbaik yg saya perharikan setakat ini
24.
Dalam huraian, jelaskan dengan spesifik dan padat. Jangan ayat meleret.
Berikan nombor, nilai, angka, peratus jika perlu untuk tunjukkan pencapaian anda.
Supaya recruiter dapat gambaran tahap kemahiran anda.
25.
Guna ayat aktif.
Kata kerja di depan.
Tukar dari:
Responsible for...
Achieve...
Trusted to...
Kepada:
Performed...
Analysed...
Designed...
Operated...
26.
Untuk freshgrads, pencapaian dan penglibatan event / kelab / persatuan / NGO / sukan mesti diletakkan.
Anda tiada pengalaman kerja, maka itulah pengalaman anda untuk tunjukkan nilai anda.
27.
Intern ialah dikira sebagai pengalaman kerja.
Apa lagi dikira sebagai pengalaman kerja?
- freelance (rider, tutor, writer)
- partime (ejen insurans, distributor, stokis, affiliate)
- kontrak
- bisnes sendiri
28.
Tolong buang mana ayat generic seperti
Highly motivated...
Very passionate..
Can work with minimum supervision...
Fast learning...
Tolong buang... Please..
29.
Guna keyword industri, requirement, skills.
Yup, keyword ia the key.
You need to know the keyword bruh.
30.
Iklan kerja ialah kiblat tulis resume.
Iklan.
i. Tengok bio saya, join komuniti pencari kerja, tempat diskusi ilmiah dan share pengalaman. Saling berkongsi.
ii. Saya buat kelas intensif online ajar A-Z tentang cari kerja + dapat 15 template docs + rakaman webinar
Kelas bermula July 2021
bit.ly/JSM_2021
31. Share ke expected salary?
Ada pro and cons. Usually approach aku ialah kalau iklan kerja atau recruiter dah beritahu remuneration berapa, maka aku letak expected salary sebab itulah bajet mereka.
Ada starting ground nak nego.
Jika tiada info salary, resume pun diamkan je.
32. Hantar resume format apa?
Kalau melalui emel, PDF for sure.
Kecuali dimaklumkan perlu hantar dalam format tertentu.
33. Tolong namakan resume anda dengan profesional.
Resume Nik Akmal.pdf
Bukan,
Resume terbaru
Resume aku 2021
Resume final
5_67985643460
Resume
34. Resume jangan ada typo langsung atau grammatical error.
Mesti purrrrrfect. 👌🏼
Maka,
Proofread
Proofread
Proofread
Guna grammar.ly boleh
35. Highlight and arrange.
Gunalah
Bold / italic / underline
Hanya guna salah satu pada satu masa. Do not use both simultaneously
36. Huraian dalam bullet point. Ya.
Mudah baca sekali imbas
Never write in paragraph. Susah nak 'tangkap' point penting
Jangan la buat bullet point tapi 1 bullet sampai 5 baris.
*facepalm*
37. Tak ada pengalaman kerja.
Ini biasa utk graduan baru. Yang ada hanyalah intern. Itupun wfh atau separuh jalan sebab covid. *Sigh*
Letaklah pengalaman kelab, persatuan, badan beruniform, sukarelawan, kajian, sukan, seni pertahan diri dan lain-lain.
Itu semua kualiti anda
38. Elakkan letak pengalaman kerja kontroversial. Ia menjemput persepsi negatif atau panel lebih tertarik dengan input tak profesional.
Contoh:
Kau muslim, kerja di bar.
Jawatan atau parti politik.
Persatuan sokong LGBTQ.
Ya ini kontroversi di bumi Malaysia.
39. Tak ada sijil.
Samada, hilang. Hanyut. Anai-anai makan. Jadi kapal terbang dah. Terbakar.
Boleh letak pengalaman itu dengan syarat, boleh explain dalam iv dan tak tipu.
Kalau boleh, minta organiser reproduce sijil. Dapat atau tidak, cerita lain.
40. Tunjuk progress atau growth.
Ini bagus.
Contoh:
2019 - ajk
2020 - ketua unit
2021 - pengarah project
Contoh:
Diploma - 3.0 CGPA
Degree - 3.4 CGPA
Share this Scrolly Tale with your friends.
A Scrolly Tale is a new way to read Twitter threads with a more visually immersive experience.
Discover more beautiful Scrolly Tales like this.
