Dalam sejarah perfileman Melayu, Studio Merdeka ialah studio ketiga yang paling banyak mengusahakan pengeluaran filem-filem Melayu pada tahun 1960-an. Pada awalnya studio ini ditubuhkan oleh Ho Ah Loke dengan nama Merdeka Film Enterprise pada tahun 1958.
Ho Ah Loke buat studio ini selepas dia berpatah arang berkerat rotan dengan studio Cathay Keris di Singapura. Dalam tahun 1959 studio ini bikin filem berjudul Hilang Gelap Datang Terang dgn usahasama Perfini dari Indonesia. Tapi dalam tahun 1961 baru filem ni dapat ditayangkan
Pada tahun 1960, Ah Loke dapat business partner baharu iaitu H.M. Shah dan mereka buat rebranding kepada studio ini dengan menukar nama kepada Merdeka Filem Studio.
Filem pertama yang diterbitkan ialah Tun Tijah pada 26 Jun 1961 arahan L.Krishnan. Manakala hero dan heroin pertama berlakon dalam filem terbitan Studio Merdeka ini ialah Abdullah Chik dan Salmah Ahmad.
Studio Merdeka terletak di Ulu Klang, kira-kira 8 batu dari pusat bandar Kuala Lumpur. Kawasan itu dikelilingi oleh hutan dan pokok getah bersebelahan dengan Zoo Negara.
Pada penghujung tahun 1963 syarikat Shaw Brothers dari Singapura telah membeli saham studio berkenaan dari Ho Ah Loke dan telah mengarahkan P.Ramlee untuk berkhidmat di Kuala Lumpur.
Dari kiri: Mahmud June, Rosmawati, P.Ramlee, Salmah Ahmad, Ho Ah Loke, Saloma, Kamsani dan Musalmah. Gambar ini diambil di Federal Hotel ketika pihak pengurusan studio Merdeka menyambut kedatangan P.Ramlee ke Kuala Lumpur.
P.Ramlee arahkan 18 filem di sini dari tahun 1964-1972. Antaranya: Sitora Harimau Jadian, Masam2 Manis, Ahmad Albab, trilogi Do Re Mi dan 6 Jahanam.
Studio Merdeka beroperasi dari tahun 1960-1980. Filem terakhir yang diterbitkan oleh studio ini ialah Adik Manja arahan Othman Hafsham.
Sekarang kawasan studio ini menjadi ibu pejabat Perbadanan Kemajuan Filem Nasional yang juga dikenali dengan nama Kompleks Studio Merdeka, FINAS.
Share this Scrolly Tale with your friends.
A Scrolly Tale is a new way to read Twitter threads with a more visually immersive experience.
Discover more beautiful Scrolly Tales like this.