Dalam sejarah perfileman Melayu, Studio Merdeka ialah studio ketiga yang paling banyak mengusahakan pengeluaran filem-filem Melayu pada tahun 1960-an. Pada awalnya studio ini ditubuhkan oleh Ho Ah Loke dengan nama Merdeka Film Enterprise pada tahun 1958.
Ho Ah Loke buat studio ini selepas dia berpatah arang berkerat rotan dengan studio Cathay Keris di Singapura. Dalam tahun 1959 studio ini bikin filem berjudul Hilang Gelap Datang Terang dgn usahasama Perfini dari Indonesia. Tapi dalam tahun 1961 baru filem ni dapat ditayangkan
Pada tahun 1960, Ah Loke dapat business partner baharu iaitu H.M. Shah dan mereka buat rebranding kepada studio ini dengan menukar nama kepada Merdeka Filem Studio.
Filem pertama yang diterbitkan ialah Tun Tijah pada 26 Jun 1961 arahan L.Krishnan. Manakala hero dan heroin pertama berlakon dalam filem terbitan Studio Merdeka ini ialah Abdullah Chik dan Salmah Ahmad.
Studio Merdeka terletak di Ulu Klang, kira-kira 8 batu dari pusat bandar Kuala Lumpur. Kawasan itu dikelilingi oleh hutan dan pokok getah bersebelahan dengan Zoo Negara.
Pada penghujung tahun 1963 syarikat Shaw Brothers dari Singapura telah membeli saham studio berkenaan dari Ho Ah Loke dan telah mengarahkan P.Ramlee untuk berkhidmat di Kuala Lumpur.
Dari kiri: Mahmud June, Rosmawati, P.Ramlee, Salmah Ahmad, Ho Ah Loke, Saloma, Kamsani dan Musalmah. Gambar ini diambil di Federal Hotel ketika pihak pengurusan studio Merdeka menyambut kedatangan P.Ramlee ke Kuala Lumpur.
P.Ramlee arahkan 18 filem di sini dari tahun 1964-1972. Antaranya: Sitora Harimau Jadian, Masam2 Manis, Ahmad Albab, trilogi Do Re Mi dan 6 Jahanam.
Studio Merdeka beroperasi dari tahun 1960-1980. Filem terakhir yang diterbitkan oleh studio ini ialah Adik Manja arahan Othman Hafsham.
Sekarang kawasan studio ini menjadi ibu pejabat Perbadanan Kemajuan Filem Nasional yang juga dikenali dengan nama Kompleks Studio Merdeka, FINAS.
• • •
Missing some Tweet in this thread? You can try to
force a refresh
Zaiton adalah salah seorang seniwati dari era Studio Jalan Ampas yang masih ada bersama kita.
Beliau sering diingati dengan wataknya sebagai kekasih Abang Sudin dalam filem Bujang Lapok dan Chombi dalam filem Ibu Mertua Ku.
(Bebenang)
Dilahirkan pada 2 April 1937 di Singapura dengan nama Zaiton binti Abdul Hamid.
Zaiton berasal daripada keluarga yg sederhana. Bapanya meninggal dunia sewaktu usianya masih kecil. Sejak berada di bangku sekolah, beliau ingin bantu keluarganya untuk memperbaiki kehidupan mereka.
Pada tahun 1954, selepas tamat persekolahan beliau bekerja sebagai tukang jahit di sebuah kedai pakaian. Salah seorang pelanggan yang kerap berkunjung ke kedai itu ialah H.M. Rohaizad, penolong pengarah di Studio Jalan Ampas.
Idea penubuhan Pustaka Peringatan P. Ramlee telah dicetuskan oleh DS @anwaribrahim pada tahun 1983. Ketika itu, beliau menjawat jawatan sebagai Menteri Kesenian, Belia dan Sukan.
Penubuhan pustaka ini adalah untuk mengenang jasa dan sumbangan P. Ramlee terhadap dunia seni tanah air serta menggalakkan kajian & penyelidikan dalam aspek seni dan budaya negara.
Menurut DS Anwar, "Sebagai rakyat Malaysia kita harus memberi penghormatan kepada P. Ramlee di atas sumbangan dan jasanya dalam industri seni filem dan muzik."
Bangunan ini mula dibina pada tahun 1937 dan siap pada tahun 1941. Di dalamnya ada pawagam, restoran dan hotel. Ia sering muncul pada montaj pembukaan filem-filem Melayu terbitan Cathay Keris.
Ia kini masih beroperasi sebagai pusat membeli belah, restoran, pusat hiburan dan apartmen mewah. Pawagamnya pun masih ada!
Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia yang pertama adalah individu yang bertanggungjawab menulis cerita Raja Bersiong yang kemudiannya difilemkan pada tahun 1968.
(Bebenang) 🧵
Menurut Jamil Sulong (pengarah filem ini), Tunku sendiri telah mengeluarkan wangnya sendiri sebanyak $750,000 bagi menzahirkan semangat dan kecintaan beliau terhadap sejarah negeri Kedah.
Raja Bersiong merupakan kisah legenda seorang raja yang zalim yang bernama Raja Ong Maha Perita Deria pernah memerintah Kerajaan Kedah Tua di Lembah Bujang. Penggambaran filem ini dibuat di Singapura dan Kedah.
Nordin Ahmad ialah pelakon lelaki paling jantan dalam sejarah perfileman Malaysia. Beliau memiliki aura keperwiraan Melayu tulen. Mutu lakonannya juga berada dalam kelas yang tersendiri.
(Bebenang)
Nordin bin Ahmad dilahirkan di Kampung Kota, Permatang Pasir, Pulau Pinang pada 4 Ogos 1929. Ketika membesar, Nordin disifatkan sebagai seorang kanak-kanak yang pendiam dan kurang bergaul dengan anak-anak kampung yang lain.
Di zaman kanak-kanaknya, Nordin gemar menonton wayang gambar dan opera Cina. Apabila pulang ke rumah, beliau akan meniru aksi yang baru ditontonnya itu. Watak yang sangat digemarinya ketika itu ialah Zorro dan Tarzan.