Siapa Bella? Apa yang dah berlaku kepada anak kecil ini? Kenapa beza sangat keadaan beliau pada tahun ni?
Ini threadnya...
#JusticeForBella
Bella (2020) Bella (2021)
Adik Bella ni anak Down Syndrome yg berusia 13 tahun. Beliau ditemui sekitar usia 7 tahun sedang mundar mandir seorang diri di sekitar Kuala Lumpur.
Ada yg maklumkan, Bella anak yatim piatu. Tapi tak dapat disahkan secara rasmi. Adalah hamba Allah laporkan pasal Bella ni ke JKM.
Jadi, pihak JKM ambik adik Bella dan tempatkan beliau di Rumah Sinar Harapan Tengku Ampuan Najihah di Negeri Sembilan.
Segalanya baik di sana. Bella happy. Segalanya baik-baik sahaja.
Sehinggalah usianya mencecah 12 tahun.
Adik Bella dibawa ke mahkamah untuk disambung perintah penjagaan di rumah berkenaan. Ia prosedur biasa.
Kebetulan di mahkamah ketika itu adanya Siti Bainun yang merupakan pengasas Rumah Bonda (RB). Beliau di situ untuk uruskan hal mahkamah anak2 di RB.
Dipendekkan cerita, Siti Bainun minta hakim bagi peluang kpd dia untuk jaga Bella. Beliau mendakwa dirinya suka kanak-kanak down syndrome ni. Apatah lagi beliau turut menjaga beberapa orang lagi kanak-kanak.
Sejak dari tu, Bella ditempatkan di RB dari Jul 2020 hingga Okt 2020.
Rumah Bonda (RB) ni menempatkan gadis yang hamil luar nikah. Jadi agak pelik bagaimana Bella pun diletak disitu.
Dlm 4 bulan juga Bella di rumah berkenaan. Dipendekkan cerita, Bella dibawa menetap di kondo milik Siti Bainun.
Maka, sejak dari saat itu sukarelawan Rumah Bonda terputus hubungan dgn Bella. Tak ada langsung dgr khabar berita.
Sekitar Feb & Mac tahun ni, sukarelawan RB ada jumpa Bella di kondo, tapi masa tu belum ada kesan cedera secara fizikal. Bella pun ada maklum taknak duduk di situ.
Tapi yalah, apa yang sukarelawan tu boleh buat, dia bukannya pengasas Rumah Bonda.
Minggu berganti minggu, bulan berganti bulan, then pada 23 Jun yang lepas semua penghuni RB dan anak2 di kondo dikuarantin kerana kes covid.
Dan inilah permulaan semuanya terdedah!
Sukarelawan berkenaan agak pelik kenapa budak-budak di kondo termasuk Bella tak dihantar ke hospital. Walhal Siti Bainun tu kontek rapat.
Jadi, akhirnya sukarelawan berkenaan berjaya masuk ke kondo dan melihat keadaan Bella yang cukup menyedihkan.
Amat!!
Part 1
Part 2
Part 3
Part 4
😭😭😭😭😭😭😭
Nanti saya sambung lagi thread ni.
Saya lampirkan terus kronologi selepas Bella ditemui dalam keadaan sebegini.
Tulisan Fdaus Ahmad di facebook :
m.facebook.com/story.php?stor…
Report polis oleh sukarelawan berkenaan.
Link : facebook.com/58181713230347…
Laporan polis dibuat pada 24 Jun 2021 yang lepas. Tapi lepas tu tak pasti apa terjadi.
Hinggalah kes ini dibongkar oleh Puan Mona Din di facebook!
Link : m.facebook.com/story.php?stor…
Selepas kes ini tular, Siti Bainun terus ditahan pihak polis. Namun dilepaskan atas jaminan pihak polis. Walhal kes-kes sebelum ni suspek akan ditahan reman.
Bayangkanlah, report 24 Jun, 6 Julai baru ada beritanya.
Selain Siti Bainun, aktivis kanak2 Syed Azmi juga terpalit sama dalam isu ini.
Syed Azmi adalah penasihat Rumah Bonda. Siti Bainun pula pengasas merangkap pengurus rumah berkenaan.
Berikut press statement Tuan Syed Azmi.
Cuma ada beberapa keraguan dalam kes ini.
Dimaklumkan Bella tak duduk di Rumah Bonda. Syed Azmi juga menyebut tidak pernah bertemu Bella.
Jadi, yang di dalam Wanita Hari Ini bertarikh 31 Julai 2020 berbaju oren tu siapa?
Lagipun faktanya adalah Bella duduk di Rumah Bonda sejak Julai hingga Oktober 2020.
Dan nak dijadikan cerita, lepas kisah Bella viral, pihak berkuasa dapati Rumah Bonda tidak didaftarkan.
Dan kemudian, YB Rina Harun pula sebutkan hak penjagaan Bella dilucutkan dari Siti Bainun.
Jadi, siapa yang dera Bella sebenarnya? Jika saya tahu pun saya tak akan beritahu secara umum. Sebab ianya dah jadi kes polis.
Saya meletakkan sepenuh kepercayaan untuk pihak polis siasat dengan penuh keadilan.
Lebih menghairankan, bagaimana seorang individu yang berusia 28 tahun, masih lagi bujang mendapat kelulusan untuk menjaga 7 orang anak angkat di rumah? Pulak tu handle gadis2 di Rumah Bonda lagi.
Ulasan saya di fb : m.facebook.com/story.php?stor…
Katakanlah Bella bukan didera, kot2 terkena minyak panas ke, melecur kena air menggelegak ke, penjaga iaitu Situ Bainun tetap bersalah dan bertanggungjawab.
Ini jawapan Lawyer Puan Nor Zabetha :
Statement dari pihak polis.
Link : m.facebook.com/story.php?stor…
Saya sedih sebenarnya. Sebab Tuan Syed Azmi menjadi sumber rujukan saya selama ni, tambah2 isu berkaitan kanak2 yang menjadi mangsa jenayah seksual.
Saya harap beliau juga tampil ke depan membela Adik Bella, sama seperti yang beliau lakukan sebelum2 ni dalam kes yg lain.
Semoga keadilan buat Adik Bella ditegakkan seadil-adilnya.
#justiceforbella
Terkini. Update terbaru di facebook Tuan Syed Azmi :
m.facebook.com/story.php?stor…
Share this Scrolly Tale with your friends.
A Scrolly Tale is a new way to read Twitter threads with a more visually immersive experience.
Discover more beautiful Scrolly Tales like this.